Terlalu awal deritamu Jasmin dan cerita mimi roziana zainal abidin di dalam


Terlalu awal deritamu Jasmin


Posted: 27 Oct 2014 02:15 PM PDT
am@hmetro.com.my
Ipoh: "Bila adik hendak balik rumah, abang tidak sabar mahu bermain dengan adik," kata Ahmad Hafiy Harzan Ahmad Nazri, 5, abang kepada Jasmin Nur Qomar Ahmad Nazri, dua bulan yang menghidap penyakit jantung berlubang sejak dilahirkan pramatang 11 Ogos lalu.
Lebih malang bayi perempuan dilahirkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh itu turut menghidap penyakit sindrom Down dan tiada saluran najis selain memerlukan pembiayaan kos pembedahan jantung dianggarkan berjumlah RM30,000.
Bapa, Ahmad Nazri Md Rejab, 37, berkata, anak sulungnya itu berulang-ulang kali bertanyakan soalan yang sama kerana tidak sabar untuk balik ke rumah bermain dengan adiknya itu.
"Sejak dua bulan lalu, saya, isteri dan Ahmad Hafiy kerap berulang alik ke hospital melawat Jasmin dan hampir setiap hari abangnya itu bertanyakan keadaan adiknya dan menyatakan tidak sabar untuk balik serta bermain bersama.
"Meskipun dia faham bahawa adiknya dalam kesakitan dia tetap menganggap adiknya itu akan sembuh dan pulang ke rumah tidak lama lagi, " kata Nazri ketika dihubungi di sini, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Posted: 27 Oct 2014 02:12 PM PDT
am@hmetro.com.my
Kuala Kangsar: Selepas kontroversi program menyentuh anjing di ibu negara baru-baru ini, kini timbul pula dakwaan orang Islam memakan daging biawak panggang dalam satu program di sini Sabtu lalu.
Isu tersebut timbul apabila ada pihak tertentu memuat naik gambar dan status di dalam laman sosial Facebook (FB) sejak jam 3 petang Sabtu lalu.
Status di laman FB berkenaan menyatakan 'test merasa daging biawak dari booth unit infantri di Karnival Semarak Minda Komuniti 1Malaysia Negeri Perak 2014 di Dataran Pavilion bersebelahan Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar berhampiran dekat masjid Ridzuaniah'.
Seorang pengunjung beragama Islam yang ditemui, tetapi enggan dikenali turut mendakwa ada menjamah daging berkenaan bersama beberapa rakannya selepas melihat ia dihidangkan di atas pinggan yang terletak dalam satu ruang pameran di karnival itu.
"Daging itu diletakkan dalam pinggan dan saya diberitahu itu daging biawak dan apabila melihat rakan lain menjamahnya, saya turut memberanikan diri mencuba dan mendapati ia sedikit keras dan liat.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Posted: 27 Oct 2014 02:09 PM PDT
ardyhansah@hmetro.com.my
Kota Kinabalu: Sesi pembelajaran murid Sekolah Kebangsaan (SK) Babagon Toki, Inanam, di sini, terjejas apabila satu-satunya jalan perhubungan ke sekolah berkenaan terputus berikutan tanah runtuh disebabkan hujan lebat yang melanda kawasan itu sejak beberapa hari lalu.
Difahamkan, gelongsoran tanah semakin buruk kelmarin apabila sebuah rumah penduduk yang terletak kira-kira 20 meter dari sekolah berkenaan mulai runtuh.
Guru Besar SK Babagon Toki, Yahya Yusop berkata, kejadian menyebabkan bekalan elektrik ke sekolah dan beberapa rumah didiami penduduk terputus.
"Ini bukanlah kejadian baru kerana sebelum ini runtuhan tanah turut berlaku di belakang bangunan yang menempatkan beberapa bilik darjah.
"Bagaimanapun, runtuhan ini ditutupi rumput yang tumbuh kecuali kejadian sama berlaku semalam (kelmarin) di hadapan sekolah membabitkan rumah penduduk," katanya ketika dihubungi, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Posted: 27 Oct 2014 02:06 PM PDT
Gwangju: Pendakwa raya semalam menuntut mahkamah mengenakan hukuman mati ke atas kapten feri yang karam April lalu.
Sambil menyifatkan dia penipu yang tidak menyesal kerana menyebabkan 300 orang terbunuh dalam kejadian itu, pendakwa raya juga meminta mahkamah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas tiga kakitangan kanan dan penjara antara 15 hingga 30 tahun untuk 11 yang lain.
Tuntutan itu dibuat pada akhir perbicaraan Kapten Lee Joon-Seok dan kakitangannya di Gwangju.
Lee, 69, menyelamatkan diri tanpa melakukan sebarang usaha untuk menyelamatkan penumpang, kata pasukan pendakwa raya ketika mengemukakan syor hukuman di mahkamah.
"Dia membuat alasan dan menipu. Dia tidak menunjukkan rasa kesal. Kerana itu kami meminta dia dihukum mati," kata pendakwa raya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Posted: 27 Oct 2014 02:03 PM PDT
saifulaffendy@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz kemungkinan besar diarah menemani Datuk Lee Chong Wei ke Norway bagi melakukan ujian Sampel B pada 4 atau 5 November ini.
Pemain perseorangan negara itu sebelum ini dikhabarkan positif ujian air kencing Sampel A pada Kejohanan Dunia 2014 di Copenhagen, Ogos lalu.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, beliau akan menemui sendiri Chong Wei sebaik atlet berkenaan pulang daripada bercuti sebelum membuat keputusan muktamad rombongan pemergian ke Norway.
"Saya tak tahu tarikh sebenar untuk pergi ke Norway sebab dia belum balik lagi. Esok (hari ini) atau lusa (esok) saya akan jumpa dia dan kita akan buat keputusan.
"Kemungkinan besar saya hanya akan hantar Ramlan bersama atlet berkenaan (ke Norway)," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda UMNO semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Posted: 27 Oct 2014 02:01 PM PDT
Raut wajahnya yang matang sama sekali tidak menampakkan gadis jelita bertubuh tinggi lampai ini baru berusia 19 tahun. Namun itulah realiti sebenarnya bagi Mimi Roziana Zainal Abidin atau mesra dengan sapaan Mimi. Tempoh dua tahun yang dilaluinya masih terlalu mentah.
Bermula sebagai pelakon tambahan pada usia 17 tahun menerusi drama Aku untuk slot Aksi di TV3, siapa sangka kini Mimi sudah mampu bergelar heroin drama. Dia dipilih membintangi drama Papa Chef untuk RTM.
Diarahkan Amor Rizan, lebih menarik lagi drama itu menggandingkan Mimi bersama pelakon berpengalaman tanah air, Faizal Hussein sebagai heronya. Ia diakui satu cabaran besar baginya.
Bertemu Mimi pada sesi fotografi baru-baru ini dia bukan saja seorang yang tenang, tetapi mesra berbicara. Meskipun, masih remaja namun kematangan Mimi cukup terserlah.
Ditambah dia juga tampak lebih anggun selepas disolek dan didandan jurumekap terkenal, Zulfazli Suhadi. Bahkan, beraksi di hadapan kamera pun Mimi tidak kekok.
Ujar Mimi yang juga anak kedua daripada tiga beradik, dia sebenarnya lebih dulu ligat di pentas peragaan seawal usia 15 tahun. Katanya, perkara itu berlaku secara kebetulan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.