Petaka tongkat kepala naga

Petaka tongkat kepala naga


Petaka tongkat kepala naga

Posted: 14 Oct 2014 02:21 PM PDT

hadzlihady@hmetro.com.my

Butterworth

Bermodalkan dua batang tongkat yang didakwa mempunyai kesaktian tertentu, seorang lelaki yang mendakwa dirinya bomoh dan boleh mengubati pesakit yang terkena sihir bijak mempergunakan mangsa apabila mengikis wang mereka untuk menampung kehidupannya sekeluarga.

Bomoh berusia 48 tahun itu dikatakan menggunakan dua tongkat berbentuk kepala naga serta ular yang diperbuat daripada kayu dan besi.

Tongkat berkepala ular yang diperbuat daripada besi itu juga sebenarnya pedang dan kedua-dua tongkat itu turut bertatahkan batu permata di sekelilingnya.

Difahamkan, bomoh berkenaan mendakwa tongkat itu azimat yang dianugerahkan kepadanya untuk mengubati setiap pesakit dan dia kononnya menjadi insan terpilih untuk menyimpan tongkat terbabit yang didakwa diperoleh melalui mimpi.

Bagaimanapun, semua barangan itu dirampas polis dan diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) untuk tindakan selanjutnya.

Bomoh berkenaan, isterinya dan seorang lelaki yang menjadi pembantu mereka dilihat turut tampil ke pejabat JAIPP untuk diambil keterangan pada jam 10 pagi semalam.

Selain itu, pasangan suami isteri yang juga pesakit yang mendapatkan rawatan dengan mereka dilihat berada di pejabat JAIPP dan tiga daripada mereka dibebaskan kira-kira jam 4 petang manakala bomoh berkenaan dan isterinya ditahan untuk siasatan lanjut.

Ketua Unit Penguatkuasa JAIPP Khairul Azman Azizan berkata, pihaknya merekodkan keterangan daripada lelaki yang mendakwa dirinya bomoh itu selepas mendapati ada beberapa perkara yang mencurigakan.

Menurutnya, hasil siasatan itu, JAIPP turut menemui sebuah buku mencurigakan yang dirampas polis ketika melakukan serbuan di sebuah rumah di Bukit Mertajam, awal pagi Jumaat lalu.

"Kami mengambil keterangan daripada lima individu berkenaan dan selepas hampir enam jam siasatan, bomoh berkenaan bersama isterinya ditahan kerana didapati memiliki dua buku yang disyaki bertentangan dengan hukum syarak.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 13 Enakmen Kesalahan Jenayah SYariah Pulau Pinang 1996 dan Seksyen 43 kerana bersubahat," katanya yang ditemui di pejabatnya di sini, semalam.

Sementara itu, anak lelaki kepada pasangan suami isteri yang berubat dengan bomoh berkenaan kecewa apabila ibu bapanya langsung tidak mengaku dia sebagai anak kandung mereka.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Farid, 28, berkata, ia kerana mereka menyalahkannya yang membuat laporan polis selepas ibu bapanya itu tidak pulang selama dua bulan sejurus mendapatkan rawatan dengan bomoh berkenaan.

"Saya hanya terdiam selepas ibu bapa saya enggan mengaku saya sebagai anak kandung mereka ketika berjumpa sejurus dilepaskan polis, baru-baru ini.

"Apa yang saya boleh lakukan hanyalah berdoa semoga mereka dilembutkan hati dan pulang semula ke pangkal jalan," katanya.

Menurutnya, dia percaya ibu bapanya sudah terpengaruh dengan ajaran yang dibawa bomoh berkenaan, malah wang gaji bapanya yang bekerja sebagai penjawat awam didapati semakin berkurangan.

"Saya percaya bomoh terbabit menggunakan ibu bapa saya untuk kesenangan hidupnya bersama anak serta isterinya dengan mengikis wang bapa," katanya.

"Selain itu, ibu bapa saya seolah-olah dipukau bomoh terbabit kerana mereka langsung tidak mahu pulang selama dua bulan selepas mendapatkan rawatan daripadanya," katanya.

keterangan gambar

DUA tongkat yang dirampas JAIPP.

DUA tongkat yang dirampas JAIPP.

DUA tongkat yang dirampas JAIPP.

Tak tahan tanggung sakit

Posted: 14 Oct 2014 02:21 PM PDT

am@hmetro.com.my

Alor Setar: "Isteri saya selalu mengadu seperti mahu mati kerana tidak tahan menanggung sakit akibat masalah sukar membuang air kecil yang dialaminya sejak dua minggu lalu.

"Saya hantar dia ke hospital malam tadi (kelmarin) dan dia ditahan di wad untuk pemeriksaan lanjut. Bagaimanapun, saya terkejut apabila dimaklumkan dia ditemui mati akibat terjatuh dari tingkat tujuh di belakang kantin Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), pagi ini (semalam)," kata Tan Ah Keat.

Dalam kejadian jam 7.20 pagi semalam, mangsa, Teoh Ah Fong, 48, ditemui terlentang di atas tanah dengan parah di kepala dan badan.

Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik HSB untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya untuk urusan pengebumian.

Ah Keat, 55, dari Alor Mengkudu, di sini, berkata, isterinya pernah ditahan di wad Hospital Alor Setar (HAS) Rabu lalu selepas mengadu mengalami masalah sukar membuang air kecil sebelum dibenarkan keluar wad, Sabtu lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

MAYAT wanita yang maut selepas terjatuh dari tingkat tujuh Hospital Sultanah Bahiyah.

MAYAT wanita yang maut selepas terjatuh dari tingkat tujuh Hospital Sultanah Bahiyah.

Meracau nak bakar diri

Posted: 14 Oct 2014 02:20 PM PDT

am@hmetro.com.my

Melaka : Gempar apabila seorang lelaki tiba-tiba mengamuk dan mengancam membakar diri di rumahnya di Batu Berendam, di sini, petang kelmarin.

Tambah mencemaskan apabila lelaki berusia 40-an itu membakar langsir dan pada masa sama membiarkan gas memasak terbuka dalam keadaan pintu jeriji berkunci.

Kejadian jam 3.45 petang itu menyebabkan anak, isteri dan seorang rakan yang tinggal bersama keluar menyelamatkan diri memaksa sepasukan anggota bomba dan polis dipanggil ke tempat kejadian.

Lelaki terbabit difahamkan bekerja sendiri dipercayai mengalami tekanan kerja sebelum mengambil alkohol berlebihan dan mengancam diri serta keluarganya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh Penolong Penguasa Bomba Wan Azlan Wan Abd Jalil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada jiran mangsa jam 4.07 petang.

"Bertindak atas aduan itu, lima pegawai dan anggota bersama sebuah jentera diketuai Pegawai Bomba Kanan II Khairul Nizam Ridhuan dikejarkan ke tempat kejadian.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

BOMBA dibantu anggota polis memujuk lelaki yang mengancam bunuh diri.

BOMBA dibantu anggota polis memujuk lelaki yang mengancam bunuh diri.

Menjerit punggung dibedil

Posted: 14 Oct 2014 02:09 PM PDT

am@hmetro.com.my

Kota Bharu: "Tolong, aku kena tembak ni." Jerit Syed Zainuddin Syed Noh, 52, kepada Azwan Mohd Noor, 25, saksi kejadian tembakan di Lorong Nyior Cabang dekat Berek 12, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.20 malam, mangsa yang juga seorang pegawai di syarikat keselamatan, terkena dua das tembakan dari arah belakang ketika menunggang motosikal sendirian dalam perjalanan pulang ke rumahnya yang terletak kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.

Mangsa yang parah di belakang badan dan punggung dikejarkan penduduk kampung ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini untuk rawatan lanjut dan dilaporkan masih kritikal.

Menceritakan kejadian itu, Azwan berkata, dia dalam perjalanan ke kedai berhampiran untuk membeli roti sebelum ternampak seorang lelaki tertindih motosikal yang awalnya disangka akibat kemalangan kecil.

"Bagaimanapun, apabila dia melaung ke arah saya dan memberitahu ditembak, saya terus meluru ke arahnya dan terkejut melihat dia dalam keadaan berlumuran darah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

ANGGOTA forensik memeriksa lokasi kejadian.

ANGGOTA forensik memeriksa lokasi kejadian.

Baik tak payah!

Posted: 14 Oct 2014 02:03 PM PDT

sukan@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: "Terima kasih PBNJ, simpan sajalah tiket 100 keping itu". Luahan kecewa itu terbit daripada mulut Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) Arpin Draman selepas gagal mendapat kerjasama Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) untuk membeli 2,000 tiket perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia antara Johor Darul Ta'zim (Johor DT) dan Terengganu di Stadium Tan Sri Hassan Yunos di Larkin, malam esok.

Setakat semalam, PBNJ cuma mampu memberi peruntukan 100 keping tiket walaupun sudah dua kali rayuan dibuat PBSNT, kata Arpin yang mengaku sekali lagi memohon jasa baik PBNJ dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk mendapatkan jumlah tiket yang jauh lebih besar.

"Jika cuma 100 keping saja yang kami dapat daripada PBNJ, saya berpendapat lebih baik persatuan kami tidak membelinya kerana jumlah itu tidak mencukupi untuk 2,000 penyokong pasukan Penyu yang berhasrat bertandang ke Johor Bahru.

"Namun ini cuma pendapat peribadi saya saja kerana mungkin pihak pengurusan tertinggi persatuan masih mahu membeli 100 keping tiket itu supaya tidak mengecewakan segelintir penyokong yang masih bersemangat untuk menyokong pasukan di stadium," katanya.

Menurutnya, PBSNT juga mempunyai maruah yang perlu dijaga dan beliau berharap pengurusan tertinggi PBNJ mengizinkan pembelian lebih banyak tiket lagi.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

ARPIN menunjukkan surat rayuan PBSNT kepada FAM dan PBNJ.

ARPIN menunjukkan surat rayuan PBSNT kepada FAM dan PBNJ.

Berdiam diri tanpa melatah

Posted: 14 Oct 2014 02:00 PM PDT

wahiduzzaman@mediaprima.com.my

Tanyalah secara rawak kepada mana-mana pihak mengenai Fasha Sandha, dua respon spontan yang selalu kita dengar adalah disiplinnya yang terpuji dan isu kontroversi yang singgah selama lebih sedekad bergelar anak seni.

Jika sebut mengenai disiplin, pembawaan diri pelakon berusia 30 tahun ini dalam mengamalkan aspek ketepatan masa dan profesionalisme kerja memang tidak dapat disangkal.

Namun perjalanan bintang ini juga tidak sunyi daripada asakan kontroversi. Tidak perlu dibariskan kontroversi yang pernah membelenggunya tapi semua unsur negatif makin lenyap seiring peralihan fasa kehidupannya.

Ketika diajukan perubahan itu, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan berkata, perkara itu sudah mampu ditangkis jauh-jauh sejurus dia bergelar isteri.

"Selepas saya berkahwin dan mempunyai cahaya mata, jarang sekali saya ditimpa kontroversi. Saya akui dapat merasakan perbezaan itu," jawabnya secara ringkas.

Katanya, kisah lama itu adalah pengalaman bernilai, menjadikan dirinya lebih bijak mengendalikan sebarang kontroversi.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.