Korban penjual burger

Korban penjual burger


Korban penjual burger

Posted: 15 Oct 2014 04:10 PM PDT

Jasin: Peniaga burger cedera di kaki kanan apabila menjadi korban tembakan rambang ketika cuba menangkap dua penjenayah dalam cubaan samun kedai runcit di Taman Bukit Tembakau Indah, Umbai, di sini, malam tadi.

Penjual burger berusia 29 tahun itu terkena tembakan di buku lali kaki kanannya yang dilepaskan seorang daripada penjenayah ketika mereka hendak melarikan diri, dalam kejadian kira-kira 8.30 malam.

Mangsa bertindak demikian selepas dia yang bersama isteri dan anaknya yang berada di gerai burger tidak jauh dari kedai runcit itu, terdengar jeritan wanita daripada premis berkenaan.

Dia kemudian mencapai kayu dan berlari ke arah kedai runcit berkenaan serta sempat membelasah seorang daripada penjenayah itu yang ketika itu hendak membonceng motosikal rakan jenayahnya.

Berikutan terkena hayunan kayu daripada penjual burger itu, seorang daripada mereka melepaskan tembakan dan terkena kaki mangsa.

Sebelum itu, kedua-dua penjenayah berusia lingkungan 20-an cuba menyamun kedai runcit tetapi gagal apabila pemiliknya menjerit meminta tolong dan menyembur ubat nyamuk ke arah seorang daripada mereka.

Berikutan tindakan itu, seorang daripada penjenayah itu mengetuk kepala wanita itu menggunakan pistol menyebabkannya cedera.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Nur Hishamudin Hashim mengesahkan kejadian dan berkata, penjual burger dan taukeh kedai runcit itu dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.

Mentor IS dicekup

Posted: 15 Oct 2014 04:07 PM PDT

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Penggerak kumpulan militan Negara Islam (IS) di negara ini diibaratkan lumpuh apabila tiga 'mentor' utama kumpulan berkenaan diberkas polis.

Tiga individu utama itu antara 14 suspek ditahan dalam dua serbuan berasingan yang dilakukan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas, Bukit Aman di sebuah restoran di Seksyen 7, Shah Alam dan sekitar Damansara, di sini.

Tiga perancang utama itu dikenal pasti aktif merekrut, membiayai dan mengatur pemergian rakyat Malaysia ke Syria untuk menyertai IS.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, semua 14 suspek itu ditahan antara jam 10 hingga 11 malam, Isnin lalu dan semalam.

Menurutnya, polis juga menahan 12 lelaki dan dua wanita berusia antara 14 hingga 48 tahun yang disyaki bertanggungjawab merekrut rakyat Malaysia bagi menyertai kumpulan berkenaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

SUSPEK dipercayai terbabit IS ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas, Bukit Aman.

SUSPEK dipercayai terbabit IS ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas, Bukit Aman.

Ajal tertinggal kereta api

Posted: 15 Oct 2014 04:04 PM PDT

am@hmetro.com.my

Sungai Petani: Seorang lelaki warga Thailand maut manakala dua rakan senegaranya parah apabila kereta yang mereka naiki bersama tiga lelaki lain terbabit kemalangan dengan dua kenderaan lain di Jalan Sungai Petani-Alor Setar, berhampiran Bedong, dekat sini, semalam.

Kejadian berlaku jam 6.45 pagi ketika mangsa, Araming Dusong, 34, yang memandu kereta Kia Spectra bersama lima rakannya cuba mengejar masa bagi menaiki kereta api di Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Gurun, dekat sini, untuk pulang ke negara mereka.

Bagaimanapun, sebaik tiba di tempat kejadian, kereta mangsa hilang kawalan lalu terbabas sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung van kilang yang membawa enam penumpang termasuk pemandu sebelum sebuah kereta Proton Saga turut melanggar belakang van berkenaan.

Akibat kejadian itu, mangsa berasal dari Kampung Yarong, Pattani, Selatan Thailand bersama dua rakannya tersepit di dalam kereta yang remuk, manakala 10 mangsa lain cedera ringan.

Difahamkan, mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan bagi mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan kemalangan.

ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan kemalangan.

Pukul ikat sekali

Posted: 15 Oct 2014 04:02 PM PDT

yusmawati_yusof@hmetro.com.my

Melaka: Seorang pengawal keselamatan terpaksa menahan kesakitan sehingga tidak sedarkan diri lebih empat jam sebelum ditemui terbaring berlumuran darah dengan kedua-dua tangan dan kedua-dua ibu jari kaki diikat, manakala mulutnya ditampal dengan pita pelekat dalam kejadian di sebuah sekolah memandu di Kandang, di sini, semalam.

Mangsa dikenali sebagai Omar, 60-an, ditemui pengusaha kantin di sekolah memandu itu jam 7.30 pagi.

Menurut sumber, mangsa dipercayai dipukul dengan kayu di belakang kepala oleh seorang daripada tiga lelaki yang menceroboh sekolah memandu itu dengan memanjat pagar jam 3.30 pagi hari sama.

"Dipercayai ketika itu mangsa yang duduk di depan kaunter dipukul di belakang kepala oleh seorang daripada penjenayah sebelum dua yang lain termasuk seorang daripada mereka masuk dengan membawa senjata disyaki pedang samurai.

"Mangsa dipercayai diseret sehingga ke depan bilik kuliah sebelum tangan dan kedua-dua kakinya diikat, manakala mulutnya ditampal dengan pita perekat dan dibiarkan terbaring di kaki lima sebelum ditemui pengusaha kantin," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

MANGSA ditemui dalam keadaan tangan dan kaki diikat.

MANGSA ditemui dalam keadaan tangan dan kaki diikat.

Saya bersih!

Posted: 15 Oct 2014 02:30 PM PDT

ferzalfie@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: "Tidak ada yang berani sogok saya!" Itu yang dijelaskan pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei apabila ditanya mengenai gejala mengatur perlawanan.

Menurut pemain berusia 31 tahun itu, dia memang ada mendengar gejala tidak sihat itu menular dalam sukan badminton, namun setakat ini masih belum ada individu berani menghampirinya.

"Saya kalau boleh tidak mahu masuk campur dalam gejala mengatur perlawanan ini, kalau boleh perkara ini lagi bagus dilenyapkan daripada sukan badminton," katanya.

Jelas naib juara Kejohanan Dunia 2014 Copenhagen itu, gejala mengatur perlawanan wujud apabila ada yang mula membuat pertaruhan terhadap sesuatu perlawanan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Rezeki siapa...

Posted: 15 Oct 2014 02:28 PM PDT

yati@hmetro.com.my .

Misi penca­rian pendakwah muda paling cemerlang, Da'i musim kedua kini semakin menghampiri episod kemuncak yang akan berlangsung jam 9 malam esok di Sri Pentas 2, Shah Alam.

Seramai tiga orang peserta terpilih akan berentap di pentas akhir iaitu Ammar Ismail, 25, dari Pulau Pinang, Nik Ahmad Farhan Nik Muhamad, 24 (Kelantan) dan Ahmad Izzhar Ahmad Nazri, 22 (Selangor).

Siapakah di antara tiga peserta terbaik ini akan merangkul gelaran juara Da'i yang sekali gus membawa pulang hadiah utama bernilai RM100,000.

Pastinya finalis akhir yang bertarung ini giat membuat persediaan termasuk menyusun strategi tersendiri. Apatah lagi, masing-masing memiliki kelebihan untuk muncul sebagai juara.

Bersua mereka pada sesi fotografi diatur pihak penerbitan, TV3 baru-baru ini apa yang menariknya salah seorang peserta akan berentap di pentas akhir itu pernah tersingkir daripada per­saingan.

Nik Ahmad Farhan atau Farhan tersingkir pada episod kelima berikutan masalah kesihatan tidak diduga. Pun begitu, Farhan nyata tidak mensia-siakan peluang keduanya pada minggu kelapan.

Pada minggu separuh akhir itu, ia membabit­kan pertarungan semula peserta Da'i tersingkir untuk merebut satu peluang berentap di malam kemuncak. Justeru, rezeki nyata menjadi milik Farhan.

Kata anak muda yang sudah berstatus haji ini, dia sangat bersyukur kerana masih diberikan peluang kedua oleh Allah. Ujarnya apapun tak dinafikan dia berasa agak kecewa tersingkir awal.

"Namun saya tetap akur dengan ketetapan Ilahi dan berserah. Apatah lagi, keluarga banyak memberikan sokongan supaya tidak berputus asa.

"Bahkan, kesakitan dialami itu hanyalah ujian kecil. Jadi, apabila dimaklumkan saya dapat peluang di separuh akhir Da'i musim kedua ini, saya tekad dalam hati ber­usaha gigih.

"Syukur usaha saya berjaya dan matlamat untuk melayakkan ke pentas final ini menjadi kenytaan. Apapun, sama ada menang atau sebaliknya saya berserah pada rezeki," katanya.

Farhan yang berpe­ngalaman sebagai pakar motivasi berkata apa yang diharapkan dia mampu membuat yang terbaik dalam dua ujian ditetapkan iaitu tazkirah dan imtihan.

Bagi Ammar pula dia berminat menyertai Da'i musim kedua ini sebagai platform untuk mempersiapkan diri bergelar pendakwah muda.

Katanya, berdakwah pada zaman kini bukan sekadar harus kreatif tetapi sokongan populariti juga memainkan peranan. Jadi, ujar­nya dia akan gunakan sedikit populariti dimiliki itu untuk berdakwah demi agama.

"Saya tidak mengejar kemenangan hadiah bernilai RM100,000 disediakan itu. Sebaliknya, saya sangat bersyukur kerana sudah menimba banyak pengalaman sepanjang me­nyertai program Da'i ini.

"Apapun, saya teruja menantikan malam kemuncak ini kerana berkemungkinan keluarga dari Pulau Pinang akan datang ke Shah Alam menyaksikannya," kata Ammar.

Ammar lulusan Usul­luddin dari Universiti Yarmouk, Jordan berkata selain terbabit dalam dakwah dia juga bercadang melanjutkan ­pengajiannya hingga ke tahap doktor falsafah.

Finalis termuda, Ahmad Izzhar berkata dia lebih selesa memastikan dirinya bersedia dari aspek mental dan fizikal.

Kata mahasiswa jurusan psikologi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak itu dia melihat Farhan sebagai saingan rapatnya. Namun tekadnya dia akan berusaha melakukan terbaik.

"Setakat ini, strategi saya adalah menggunakan kemahiran ­bahasa ketiga iaitu Mandarin dalam penyampaian tazkirah nanti.

"Meskipun tidak menggunakan kemahiran pe­nguasaan bahasa itu sepenuhnya, tetapi saya cuba memuatkannya dalam tazkirah dipersembahkan," katanya.

Ahmad Izzhar yang cukup cemerlang dalam penyampaian tazkirahnya bagaimanapun yakin persaingan malam kemuncak Da'i musim kedua ini pasti sengit.

PENERBIT Da'i musim kedua Shukri Ibrahim (dua dari kanan) bersama finalis.

PENERBIT Da'i musim kedua Shukri Ibrahim (dua dari kanan) bersama finalis.