Tak bayar aku bakar! |
- Tak bayar aku bakar!
- Korban 10 minit
- Budak kritikal jatuh kolam
- Perlu idea baru
- Kepayahan mainan Reen
Posted: 06 Oct 2014 11:07 AM PDT Kuala Lumpur: Sebuah premis menjual kereta import terpakai musnah dipercayai dibakar kumpulan kongsi gelap selepas pemilik premis itu dikatakan enggan membayar wang perlindungan kepada kumpulan terbabit dalam kejadian di Batu 4, Jalan Ipoh, awal pagi semalam. Menurut sumber, dalam kejadian jam 2.30 pagi, seorang pekerja premis dikatakan melihat kelibat dua lelaki mencurah petrol sebelum membakar tempat meletak kereta terpakai yang mengakibatkan 18 kereta pelbagai model hangus terbakar. Sumber berkata, sebaik melihat pekerja terbabit, dua suspek itu melarikan diri dengan memanjat pagar di belakang premis dan terus menghilangkan diri. "Pekerja berkenaan tidak sempat mengejar dua suspek kerana api marak merebak ke belakang premis sebelum dia menghubungi bomba bagi memadamkan kebakaran," kata sumber. ANTARA kereta yang musnah dalam kebakaran disyaki dilakukan kumpulan kongsi gelap.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/07 |
Posted: 06 Oct 2014 11:04 AM PDT Kangar: Buat julung kali, empat ekor lembu dikorbankan menggunakan peralatan sangkar sembelihan hidraulik hasil cetusan idea anak tempatan yang disifatkan lebih mudah sempena program ibadah korban di Masjid Ar-Raudhah, Sungai Batu Pahat, di sini, semalam. Sangkar berkenaan yang melalui proses inovasi disumbangkan oleh Taman Teknologi Malaysia (TPM) dengan kerjasama Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) pada Mei lalu sebelum digunakan penduduk untuk aktiviti korban yang hanya mengambil masa 10 minit bagi menumbang dan menyembelih setiap ekor lembu. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Batu Pahat Hamzan Hashim, 45, yang juga pencipta sangkar berkenaan berkata sebelum ini pihaknya menggunakan sangkar mudah alih untuk membaringkan lembu dan memerlukan tenaga manusia yang ramai sebelum disembelih. Menurutnya, apabila menggunakan sangkar sembelihan hidraulik bernilai RM20,000 berkenaan, proses sembelihan menjadi lebih mudah dan cepat sekali gus mengurangkan risiko kecederaan sama ada kepada manusia atau ternakan selain dapat mengurangkan tekanan pada haiwan terbabit. AJK Masjid Ar-Raudhah memasukkan lembu ke dalam sangkar sembelihan yang boleh dibaringkan dengan bantuan alat hidraulik, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/07 |
Posted: 06 Oct 2014 10:59 AM PDT Georgetown: Kanak-kanak perempuan berusia enam tahun kritikal selepas dia dikatakan tergelincir ke dalam kolam renang di sebuah kondominium di Bandar Baru Air Itam, di sini, semalam. Dalam kejadian 6.30 petang itu, mangsa Ooi Zhi Ting dikatakan mengikut bapanya ke rumah terbabit untuk berjumpa kenalan bapanya. Bagaimanapun, dia kemudian bersama anak kenalan bapanya serta beberapa lagi remaja berusia lingkungan 15 dan 16 tahun turun ke kolam renang berkenaan. Namun, mangsa yang dikatakan berjalan berseorangan berhampiran kolam tergelincir dan terjatuh dalam kolam itu. OOI diberi bantuan kecemasan selepas lemas di kolam renang di sebuah kondominium di Bandar Baru Air Itam, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/07 |
Posted: 06 Oct 2014 10:34 AM PDT Kuala Lumpur: Memang sudah tiba masa untuk rombakan dilakukan terhadap Majlis Sukan Negara (MSN) dalam usaha mengembalikan kecemerlangan atlet negara di pentas temasya Sukan Komanwel dan Asia. Demikian pandangan bekas Ketua Pengarah MSN Datuk Wira Mazlan Ahmad (gambar) sekali gus sependapat dengan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang sudah memberi isyarat sebelum ini untuk melakukan rombakan terhadap MSN serta Institut Sukan Negara (ISN). Mazlan yang juga anggota Panel Penasihat Sukan (PPS) berkata, suntikan orang baru diperlukan dalam MSN untuk membolehkan idea baru diketengahkan demi mencapai sasaran melahirkan atlet negara cemerlang menerusi program baru. "Saya sememangnya setuju dengan pendapat menteri untuk melakukan rombakan terhadap pegawai MSN.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/07 |
Posted: 06 Oct 2014 06:39 AM PDT Sekali imbas apabila melihat raut wajah gadis ini, dia persis pelakon wanita bukan Melayu pernah dikenali ramai, Pushpa Narayan. Namun, si empunya diri dimaksudkan ini ialah Reen Rahim, 26. Pelakon meningkat naik yang bakatnya dicungkil menerusi program realiti TV, Pilih Kasih 3 (PK3) pada 2012 yang menyaksikan dia muncul juara. Sejak itu bermulalah langkah Reen untuk berusaha membina nama.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/07 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |