Berjemur tanpa coli |
- Berjemur tanpa coli
- Fucuk jijik
- Besi buaian tikam mata
- Maut bersama 17 kes
- Tak cukup bagus
- Air mata Ustaz Zul tumpah di Cordoba
Posted: 16 Oct 2014 02:15 PM PDT am@hmetro.com.my Port Dickson: Empat wanita dipercayai pelancong asing selamba berjemur separuh bogel di Pantai Saujana, Batu 4, di sini, petang kelmarin. Dalam kejadian jam 2 petang itu, mereka yang dianggarkan berusia antara 20-an dan 30-an berjemur di atas tikar di pantai dalam keadaan cuaca panas terik. Bagaimanapun, gelagat mereka disedari seorang pengunjung, Chow Weng, 30-an, yang mandi di laut di pantai berkenaan. Menurut Chow, pada mulanya dia terpandang empat pelancong terbabit menghampiri pantai dengan memakai bikini sebelum berbaring di atas tikar. "Tidak lama kemudian, saya terkejut melihat mereka selamba menanggalkan coli yang dipakai. "Saya segera naik ke pantai dan membersihkan diri di tandas sebelum mengambil kamera di dalam kereta dan merakamkan beberapa gambar sebagai bukti pelakuan pelik mereka kerana mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pelancong yang berkelakuan tidak senonoh di tempat awam. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 16 Oct 2014 02:12 PM PDT am@hmetro.com.my Georgetown: Tindakan beberapa pekerja tidak memakai baju ketika memproses tauhu kering atau fucuk di sebuah kilang di Mount Eskrine mengejutkan kakitangan agensi penguatkuasaan yang melakukan pemeriksaan dalam Ops Premis Makanan Bersih Kali 17/2014 di seluruh negeri, kelmarin. Pekerja terbabit memberi alasan terpaksa membuka baju kerana berpeluh akibat keadaan panas, termasuk kerja memproses fucuk menggunakan air kacang soya panas serta suhu bilik yang berbahang. Bagaimanapun alasan itu menyebabkan kilang fucuk berkenaan diarah menutup operasi 14 hari. Tiga premis lain yakni kilang kicap, mi dan manisan turut dikenakan tindakan sama kerana sikap sambil lewa serta tidak mematuhi arahan aspek kebersihan ketika memproses makanan. Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan negeri, Ku Nafishah Ku Ariffin berkata, operasi berkenaan dilakukan di seluruh negeri membabitkan kawasan Mount Eskrine dan Tanjung Bungah (Timur Laut), Teluk Kumbar (Barat Daya), Butterworth (Seberang Perai Utara), Simpang Ampat (Seberang Perai Selatan) dan Bukit Mertajam (Seberang Perai Tengah). Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 16 Oct 2014 02:09 PM PDT am@hmetro.com.my Georgetown: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun menempuh pengalaman memeritkan apabila besi penyangkut buaian yang baru sebulan dibeli putus sebelum menikam mata kanannya ketika dia berada dalam buaian berkenaan dalam kejadian di rumahnya di Seberang Jaya, dekat sini, tengah malam Sabtu lalu. Kejadian berlaku pada jam 12.30 tengah malam ketika mangsa, Muhammad Adam Mukris Faizal, leka berayun di dalam buaian berkenaan sambil bermain permainan komputer menerusi telefon bimbit. Bapa mangsa, Faizal Sikh Mohd, 36, berkata, kejadian berlaku ketika dia baru pulang dari berniaga dan bersiap-siap untuk mandi. Beliau berkata, ketika itu, Adam berada dalam buaian sambil memegang telefon bimbit dan tiba-tiba satu daripada dua besi spring buaian putus mengakibatkan ia melantun dan mengenai mata kanan anak ketiga daripada lima beradik itu. "Saya yang terperanjat terus menghampiri Adam dan melihat darah mengalir keluar dari matanya, manakala kelopak mata pula menonjol keluar. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 16 Oct 2014 02:06 PM PDT ekhwan@hmetro.com.my Shah Alam: Seorang penjenayah yang mempunyai 17 rekod jenayah lampau akhirnya 'tersungkur' selepas ditembak mati polis di Persiaran Panglima Hitam, Alam Impian, di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, suspek berusia 30-an disahkan meninggal dunia terkena tembakan polis yang mempertahankan diri selepas dia melepaskan dua das tembakan ke arah anggota penguatkuasa. Sebelum kejadian, suspek dikesan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di Taman Sentosa, Klang dalam keadaan mencurigakan. Semakan nombor pendaftaran Proton Waja dinaiki suspek mendapati ia palsu dan didaftarkan untuk sebuah motosikal. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, menyedari diekori polis, suspek memecut kereta dan cuba merempuh polis yang menahannya. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 16 Oct 2014 02:01 PM PDT Johor Bahru: Tiada sesuatu yang magis mampu dipamerkan skuad remaja negara ketika bertemu India pada perlawanan keempat Piala Sultan Johor semalam yang menyaksikan mereka tewas 2-4, kekalahan ketiga pada saingan kali ini. Sebaliknya cerita sama dihidangkan, pemain mudah hilang fokus, tidak kreatif ketika di dalam kawasan D serta mensia-siakan peluang pukulan sudut penalti. "Pemain sepatutnya lebih tenang dan sentiasa berfikir pantas di atas padang. "Saya akui ini bukan persembahan terbaik mereka. Tempoh enam bulan membentuk pasukan ini belum cukup untuk menjadi pasukan yang bagus. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Air mata Ustaz Zul tumpah di Cordoba Posted: 16 Oct 2014 02:00 PM PDT Oleh Nor Akmar Samudin Terhidu bau rumput yang menghijau di kompleks Madinat Az-Zehra, Serville, SepaÂnyol yang menjadi 'alas' solat jamak Zohor dan Asar, terasa betapa agungnya setiap ciptaan Allah SWT. Aroma tumbuhan itu membuatkan seluruh saraf terasa segar lantaran dahi yang bersujud terus kepada bumi. Selesai solat berjemaah yang diimamkan ketua rombongan Kembara Muslim Cordoba-Spain, Ustaz Zul Ramli Mohamed Razali, diadakan pula tazkirah untuk mengingatkan 83 peserta rombongan meÂngenai tanggungjawab setiap hamba-Nya terhadap Allah dan kewajiban untuk meÂngerjakan solat lima waktu walau di mana saja kita berada. Itu adalah antara peÂngisian yang mengisi peÂngembaraan rombongan ke Sepanyol selama lapan hari meliputi lawatan ke lima bandar bersejarahnya, Madrid, Cordoba, Seville, Granada dan Toledo. Semua bandar itu lebih 700 tahun lalu dikenali dengan nama Andalusia yang menjadi pusat pemerintahan dan kegemilangan agama Islam pada zaman Bani Umayyah. Menitis air mata peserta rombongan melihat Masjid Cordoba yang dulunya menjadi kebanggan umat Islam kini bertukar gereja lantas Ustaz Zul mengingatkan mereka semua betapa umat Islam perlu mengukuhkan keimanan masing-masing agar agama Islam tidak lagi sewenang-wenangnya diceroboh. Ustaz Zul yang popular menerusi program Jalan Orang Mukmin bersiaran di TV AlHijrah setiap Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat dan Sabtu kini bersama syarikat konsultan, Dirgahayu Consultant Sdn Bhd yang turut diterajui Mohamad Sharudin Dawam, giat memperkenalkan pakej kembara Muslim di luar negara dan tahun depan akan mengadakan pakej kembara ke Itali dan New Zealand, selain mengadakan latihan kerohanian kepada kakitangan syarikat seperti Petronas, Malakoff dan jabatan kerajaan. Penceramah dan pendakwah bebas itu juga sering kali muncul dalam program Tanyalah Ustaz (TV9), Al-Hidayah (TV3), Al-Kuliyah (TV3), Forum Perdana (TV1) dan turut ke udara dalam segman Usrah Nurani di radio IkimFM, setiap Jumaat jam 5.15 hingga 6.45 petang. "Dirgahayu Consultant ditubuhkan pada 2013 yang pada asasnya menyediakan pengurusan latihan, melatih bekerja secara berkumpulan, membina jati diri dan keyakinan yang berpaksi kepada modul Islamik. "Kami memperkenalkan modul, Kerjaku Syurgaku di mana kami mahu mewujudkan sudut pandang berbeza dalam kalangan pekerja mengenai pekerjaan mereka yang boleh memberi ketenangan dan kepuasan ketika bekerja. Rasa ketenangan itu perlu ada untuk menzahirkan organisasi yang cemerlang," katanya. Namun untuk menjadi umat Islam yang hebat juga, jelas Ustaz Zul, mereka perlu melihat dunia luar. "Atas dasar itulah Dirgahayu Consultant memperkenalkan pakej kembara Muslim. Sambil berjalan melihat keindahan negara orang, kita boleh belajar sejarah dan tamadun di sesebuah negara. Contohnya, di Sepanyol bermulanya tamadun Islam di Eropah. "Ramai masyarakat kita hari mampu melancong ke luar negara namun mereka ke sana sekadar lawatan biasa dan membeli belah. Apabila pergi dengan kami, ada teori dan praktikal di mana kita terus menghayati sejarah negara itu menerusi tazkirah yang diberikan dari semasa ke semasa. Percutian itu akan jadi lebih bermakna," katanya. Kembara paling hampir ialah Kembara Harmain Muslim Dua Tanah Haram-Makkah dan Madinah pada 17 hingga 27 Disember ini. Kepada yang ingin menyertai pakej itu layari, www.dirgahayuconsultant.com.my. "Tidak salah untuk kita melancong ke negara mana pun kerana di lokasi yang disinggahi itu pasti ada tanda kebesaran Ilahi tetapi yang menjadi persoalannya macam mana kita nak membawa minda itu untuk menghayati kebesaran Allah SWT. Ada yang pergi ke Makkah dan Madinah seperti melancong tanpa ada penekanan dan penghayatan di setiap temapat yang dilawati. "Lawatan ke Masjid Quba di Madinah misalnya, mereka hanya pergi solat sunat dan bergambar tanpa menghayati sejarah pembinaan masjid pertama yang dibina oleh orang Islam," katanya. |
You are subscribed to email updates from utama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |