Lahir saiz botol susu |
- Lahir saiz botol susu
- Mati tak puas hasil samun
- Remaja sembelih kakak
- Kerana takut bini
- Suka duka Aidil
- Enggan tunggu lama-lama
Posted: 26 Oct 2014 02:15 PM PDT am@hmetro.com.my Ipoh: Ketika dilahirkan lima tahun lalu, beratnya hanya 530 gram dengan saiz sama besar seperti botol susu sehingga membolehkan dia mencatat rekod sebagai bayi paling kecil pernah dilahirkan di negara ini dalam Malaysia Book of Records (MBOR). Voasha J Kumar yang dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 9 Oktober 2009 itu kini seberat 12.5 kilogram (kg). Ibunya, Jashila Preya, 35, berkata, dia mengharungi saat sukar ketika melahirkan Voasha dan hampir putus asa apabila melihat kesengsaraan anaknya yang bertarung nyawa dan berada dalam keadaan kritikal selepas dilahirkan. "Ketika itu, doktor memberitahu bayi yang bakal saya lahir tidak matang dan peratusan hidup sangat rendah dan mungkin tidak dapat diselamatkan. "Saya diberi pilihan sama ada untuk meneruskan proses bersalin dan berhadapan dengan risiko tinggi atau tidak meneruskannya tetapi saya pilih untuk selamatkan zuriat ini," katanya selepas majlis penyerahan sijil pengiktirafan MBOR di sebuah hotel di sini. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 26 Oct 2014 02:12 PM PDT fadly@hmetro.com.my Kuala Lumpur: Tidak berpuas hati dengan hasil samun yang tidak seberapa, seorang lelaki warga Indonesia bertindak melakukan satu lagi samun di sebuah kafe siber di pusat perniagaan Fadason, Jinjang di sini, petang semalam. Bagaimanapun, tindakannya itu mengundang padah apabila dia maut ditembak, ketika mengacukan pistol kepada dua anggota polis yang sedang menjalankan rondaan di kawasan berkenaan. Dalam kejadian jam 2 petang itu, penjenayah solo terbabit sebelum itu berjaya melarikan wang tunai sebanyak RM152 dari sebuah klinik di Jalan Jambu, Jinjang kira-kira jam 1.30 petang sebelum cuba menyamun kafe siber berkenaan setengah jam kemudian. Difahamkan, suspek berusia 24 tahun itu dilihat beberapa kali berulang-alik di hadapan kafe siber berkenaan dengan menunggang sebuah motosikal Suzuki RG tanpa menggunakan nombor pendaftaran. Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, seorang anggota polis masuk ke dalam kafe siber berkenaan untuk menyamar sebagai pelanggan. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 26 Oct 2014 02:09 PM PDT Shah Alam: Sepasang suami isteri yang sedang tidur dikejutkan dengan ugutan anak bongsu untuk membunuh diri sebelum menemui mayat anak kedua di kediaman mereka di Kemuning Utama, di sini, awal pagi semalam. Dalam kejadian jam 3 pagi itu, mangsa yang berusia 22 tahun ditemui dalam keadaan lehernya dikelar di depan pintu biliknya manakala adiknya yang mengugut untuk membunuh diri berada dalam keadaan mabuk. Menurut sumber, jiran keluarga berkenaan yang menyedari kejadian itu menghubungi polis yang kemudian menahan suspek berusia 18 tahun terbabit. Katanya, jiran berkenaan hanya memaklumkan mengenai kejadian cubaan bunuh diri selepas terdengar bunyi bising dari kediaman keluarga terbabit. "Sebaik menerima maklumat itu, sepasukan anggota polis dikejarkan ke tempat kejadian, bagaimanapun, pihak ambulans terlebih dulu tiba di rumah berkenaan. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 26 Oct 2014 02:06 PM PDT China: Seorang lelaki mabuk jatuh ke dalam kolam kumbahan najis kerana mahu mengambil jalan pintas dengan harapan dapat mengelak daripada bergaduh dengan isterinya. Chi Fang, 42, menghabiskan masa minum bersama rakannya di Wuhu di daerah Anhui, timur China apabila isterinya telefon mengarah dia balik serta merta. Dalam keadaan tergesa-gesa dia mengambil jalan paling dekat untuk pulang, melintasi sebuah jambatan yang boleh menjimatkan beberapa minit masanya. Kerana 'pening' akibat minum arak, Chi berhenti seketika untuk muntah. Dia membongkok melepasi besi penghadang, tetapi tidak dapat mengawal diri lalu jatuh ke dalam kolam kumbahan itu. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 26 Oct 2014 02:03 PM PDT rizar@hmetro.com.my Johor Bahru: Kapten Johor Darul Ta'zim (Johor DT), Aidil Zafuan Radzak pasrah apabila keinginan untuk beraksi pada perlawanan akhir Piala Malaysia musim ini tidak kesampaian selepas dilayangkan kad kuning pada separuh akhir kedua di Stadium Larkin, kelmarin. Aidil kini mengumpul dua kad kuning sepanjang saingan kalah mati piala berprestij itu dan terlepas aksi final menentang Pahang di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini. Ia kali kedua berturut-turut Aidil tidak dapat beraksi pada final selepas musim lalu turut menerima nasib sama apabila dilayangkan kad merah pada separuh akhir Piala FA menentang LionsXII. "Gembira sebab Johor DT layak ke final, tapi berduka kerana saya tidak dapat beraksi malah ia amat memeritkan kerana tidak dapat beraksi pada final musim ini selepas turut digantung pada final Piala FA musim lalu. "Di sebalik rasa kecewa itu, saya tetap puas hati kerana membantu Johor DT layak ke final piala berprestij buat kali pertama dan kami semakin hampir melakar kejuaraan berganda selepas muncul juara Liga Super musim ini. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 26 Oct 2014 02:00 PM PDT michellegun@hmetro.com.my Biarpun tempoh berkenalan selama lapan bulan, pelakon Sharifah Sakinah, 25, sudah bersedia mendirikan rumah tangga dengan kekasih pilihan hatinya, Aliff Adha Jamil, 26. Baginya, hubungan percintaan apabila sudah serius seeloknya dibawa ke jenjang pelamin. Dengan itu, pasangan berkenaan mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan di majlis yang berlangsung di kediaman pihak perempuan di Taman Melawati, Kuala Lumpur pada malam kelmarin. Majlis pertunangan pasangan sepadan itu bermula pada jam 9 malam dengan ketibaan rombongan pihak lelaki diikuti dengan bacaan doa. Seterusnya, majlis berjalan lancar dengan perbincangan di antara kedua-dua pihak keluarga pasangan itu. Pada majlis itu, pihak lelaki menyerahkan lima dulang hantaran kepada pihak perempuan yang kemudian membalasnya dengan tujuh dulang. Majlis disempurnakan dengan adat menyarung cincin yang disempurnakan oleh ibu Aliff Adha, Datin Rodzi Abdullah. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
You are subscribed to email updates from utama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |