Bot tempur terputus hubungan

Bot tempur terputus hubungan


Bot tempur terputus hubungan

Posted: 05 Oct 2014 02:47 PM PDT

Kota Kinabalu: Tujuh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berpangkalan di Sepanggar yang dalam perjalanan ke Stesen Uniform berdekatan Pulau Layang-Layang, Labuan dengan menaiki bot tempur jenis CB90 bernombor panji CB204 terputus hubungan, jam 11.00 pagi tadi.

Sehingga kini bot berkenaan masih belum ditemui dan usaha mencari sedang giat dilaksanakan termasuk bantuan dari Kapal Diraja (KD) Lekiu dan KD Serang.

Difahamkan bot CB204 dipercayai berlepas dari pangkalan TLDM Sepanggar ke Stesen Uniform pada jam 5 pagi bersama KD Paus.

Ketika tiba di lokasi kejadian kira-kira 23 batu nautika di Pulau Mengalom, keadaan laut bergelora dan KD Paus membuat panggilan pada jam 10.35 pagi ke pusat operasi di pangkalan TLDM untuk berpatah balik berikutan cuaca tidak mengizinkan.

Foto

FOTO ihsan TLDM


Bagaimanapun, CB204 gagal dikesan dan hilang dari pemantauan KD PAUS sebelum terputus hubungan pada jam 1.05 petang.


Sementara itu, Panglima TLDM Laksamana Datuk Seri Abdul Aziz Jaafar menerusi akaun twitternya, mengesahkan kejadian itu dan meminta orang ramai mendoakan keselamatan anggota terbabit.

CB90 adalah antara aset terpenting milik TLDM kerana kemampuannya untuk tiba ke lokasi sasar dalam masa terpantas.

Bot tempur itu juga boleh beroperasi di kawasan air cetek sama ada lautan mahupun sungai atau tasik.

Bot ini turut digunakan oleh TLDM di kawasan-kawasan sensitif termasuk di Sabah bagi menangani sebarang pencerobohan musuh.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/06

Masjid terbuka 'Mini Dhaka'

Posted: 05 Oct 2014 01:26 PM PDT

Kuala Lumpur: Walaupun masjid di sekitar ibu negara mampu menampung jumlah jemaah untuk mengadakan solat namun ribuan warga Bangladesh memilih untuk bersolat sunat Aidiladha di atas jalan raya di kawasan Jalan Tun Tan Siew Sin di sini, semalam.

Perkara itu menyebabkan jalan di kawasan itu terpaksa ditutup kepada semua kenderaan bermula jam 7 hingga 10 pagi bagi membolehkan solat sunat Aidiladha itu dilakukan.

Tinjauan Harian Metro ke kawasan berkenaan mendapati mereka menghamparkan kanvas di Jalan Tun Tan Siew Sin di sini, selain ada juga yang membawa sejadah sendiri.

Difahamkan kawasan itu mempunyai sebuah surau namun ruangnya tidak mampu menampung jumlah jemaah yang terlalu ramai sehingga berlaku limpahan.

Foto

RIBUAN pekerja asing memenuhi ruang jalan sekitar Lebuh Pudu.


Difahamkan pada tahun 2009, kumpulan pekerja warga asing ini pernah mengemukakan permohonan bertulis kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)untuk menjadikan laluan di kawasan itu sebagai lokasi menunaikan solat sunat Aidilfitri dan Aidiladha.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/06

Mati tertembak pistol pen

Posted: 05 Oct 2014 01:22 PM PDT

Bintulu: Malang tidak berbau apabila seorang lelaki yang juga pemandu van sewa tiba-tiba rebah dan meninggal dunia selepas senjata berbentuk pen atau 'ball pen gun' di tangan meletup dan terkena dadanya dalam kejadian berhampiran pasar tamu, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, mangsa berusia 43 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas kesan peluru dari senjata itu mengena tepat pada jantungnya.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintendan Abdul Razak Mohammad berkata, sebelum kejadian mangsa dipercayai bertemu beberapa rakan yang ketika itu sedang menunggu penumpang di pasar berkenaan.

Menurutnya, secara tiba-tiba, rakannya terdengar bunyi seperti letupan mercun sebelum melihat mangsa rebah.

Foto

MANGSA rebah selepas 'ball pen gun' dipegang meletup.


"Rakannya memaklumkan 'ball pen gun' itu masih di tangan dan mangsa sempat memberitahu dadanya sakit.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/06

'Memang kita gagal'

Posted: 05 Oct 2014 12:52 PM PDT

Kuala Lumpur: Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong tanpa berselindung mengaku dan merumuskan kontinjen negara gagal pada temasya Sukan Asia Incheon yang melabuhkan tirainya kelmarin.

Kenyataan Zolkples itu nyata bertentangan dengan Chef de Mission negara Datuk Danyal Balagopal Abdullah yang menganggap pencapaian atlet negara pada temasya sukan itu bukanlah satu kegagalan.

Zolkples yang baru tiba di Malaysia semalam bagaimanapun enggan mengulas panjang mengenai kegagalan itu, sebaliknya mahu mengemukakan laporan kepada Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar terlebih dulu.

"Saya tak nak komen panjang. Saya akan kemukakan laporan kepada menteri dulu.

Foto

KONTINJEN negara gagal capai sasaran di Incheon.


"Tapi kita memang gagal dan tidak mencapai sasaran yang ditetapkan," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/06

Lee Min Ho jaga 'rating'

Posted: 05 Oct 2014 07:17 AM PDT

Segala-gala mengenai aktor tampan Korea Selatan ini tampak sempurna.

Baik paras rupa, kerjaya dan reputasi, tidak salah me�nyanjungnya daripada sudut positif lantaran kehadirannya mencetuskan inspirasi.

Hakikatnya, dia boleh dikatakan contoh terbaik artis paling berjaya di negara itu berikutan kejayaan diciptanya.

Menyebut nama Lee Min Ho, 27, pasti membuatkan peminat wanita menjerit.

Foto

LEE Min Ho sentiasa utamakan kualiti kerjanya.


Mana tidaknya, berbekalkan pakej wajah tampan serta drama dibintanginya meninggalkan kesan, kelibat jejaka itu boleh buat peminat wanita gila bayang dengannya.


Bukan sedikit impak ditinggalkannya sewaktu pertama kali meledak menerusi watak Gu Jun Pyo dalam drama Boys Over Flower pada 2009.

Lakonannya dalam drama itu menjadi sebutan hingga hari ini. Dia bukan saja menjadi kegilaan di negaranya sendiri, tetapi seluruh Asia.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/06