Sergah Millah Abraham

Sergah Millah Abraham


Sergah Millah Abraham

Posted: 20 Oct 2014 02:25 PM PDT

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Hasil pendedahan bersiri Harian Metro berhubung satu ajaran sesat yang dilaporkan aktif di sekitar Lembah Klang dan Kuala Lumpur, satu serbuan dilakukan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) terhadap sebuah premis di Jalan Cheras, di sini, sebelum berjaya menahan 20 individu termasuk tujuh kanak-kanak, semalam.

Serbuan dilakukan pada jam 9.30 malam itu oleh JAWI dengan dibantu enam anggota polis diketuai Ketua Penolong Pengarah Operasi JAWI Mohammd Rais Rasid melakukan pemeriksaan ke atas sebuah bangunan sebelum menemui sekumpulan individu yang dipercayai sedang mengikuti kelas ajaran terbabit.

Mohammad Rais berkata, 20 individu berkenaan terdiri daripada 11 lelaki, lima wanita dan tujuh kanak-kanak berusia antara tiga hingga 50-an.

"Dalam operasi ini juga kita menyita senaskhah al-Quran dalam bahasa Melayu termasuk sebuah Alkitab. Berdasarkan maklumat kami, ajaran ini adalah campuran antara Islam, Kristian dan Yahudi.

"Kami juga mengesyaki mereka mengadakan pengajian iaitu Millah Abraham yang mana bertentangan dengan Islam. Kita masih menjalankan siasatan lanjut berhubung ajaran ini," katanya selepas mengetuai Ops Millah, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Nasib pencuri

Posted: 20 Oct 2014 02:20 PM PDT

sitinor@hmetro.com.my

Kota Bharu: Seorang penganggur bukan saja ditangkap penduduk kampung selepas 15 minit mencuri sebuah motosikal malah turut diikat di sebatang pokok kelapa bagi mengelakkannya melarikan diri sebelum diserahkan kepada polis di Kampung Gua Salor, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, suspek berusia 40-an datang dari Padang Tembak, dekat Pengkalan Chepa dikatakan sanggup menaiki bas sejauh 25 kilometer sebelum mencuri motosikal jenis Yamaha Ego itu.

Menceritakan kejadian itu, mangsa Yaakob Harun, 45, berkata, sebelum kejadian dia sedang membeli barangan keperluan di sebuah kedai runcit di Kampung Seberang Pasir Mas.

"Tidak sampai lima minit di dalam kedai, saya mendapati motosikal dilarikan oleh seorang lelaki sebelum keluar untuk mengejarnya.

"Saya minta pertolongan penduduk kampung dengan menaiki motosikal dan mengejar lelaki itu sejauh tiga kilometer (km)," katanya di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Bergelut lawan api

Posted: 20 Oct 2014 02:15 PM PDT

fardy@hmetro.com.my

Sungai Buloh: "Kami bermati-matian cuba memadamkan kebakaran itu menggunakan hampir 30 tong alat pemadam kebakaran namun usaha itu tetap gagal," kata pekerja kilang perabot yang hanya mahu dikenali sebagai Sanmujan, 32.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, dua kilang perabot terletak di kawasan perindustrian Kampung Baru Sungai Buloh di sini, musnah terbakar menyebabkan kerugian berjuta ringgit.

Mangsa yang ditemui di lokasi kejadian berkata, kebakaran berlaku ketika mereka baru sahaja melelapkan mata sebelum terdengar bunyi rekahan kayu akibat kebakaran pada stor penyimpanan perabot yang sudah siap.

"Selepas menyedari kilang ini terbakar, saya dan beberapa rakan sekerja bertindak mengambil alat pemadam api untuk memadamkan kebakaran.

"Kami menggunakan hampir 30 tong alat pemadam api untuk mengawal kebakaran dari merebak namun gagal berikutan api marak dengan cepat dan merebak cepat ke bahagian lain," katanya.

Menurutnya, dia hanya sempat melarikan beberapa barangan peribadi sebelum keluar daripada kawasan kilang untuk menyelamatkan diri.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Tiga hari mimpikan anak

Posted: 20 Oct 2014 02:10 PM PDT

am@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: "Tiga hari berturut-turut saya bermimpikan dia dan setiap kali mimpi hati saya berasa tidak sedap," kata Faezah Mamat, 43, ibu kepada Muhammad Amizi Zuhaidi Salahuddin, 15, yang maut dalam kemalangan di Kampung Batu Hampar, Manir, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa menunggang motosikal Modenas Kriss dalam perjalanan membeli mi goreng yang dipesan kakaknya di sebuah kedai makan berhampiran.

Malangnya, dalam perjalanan itu motosikal ditunggang mangsa merempuh belakang lori tiga tan yang diparkir di tepi jalan.

Faezah yang juga ibu kepada 11 anak itu berkata, anak kelimanya itu maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan serius di kepala dan badan.

Katanya, dia mengetahui mengenai kejadian itu apabila dimaklumkan penduduk kampung dan bergegas ke tempat kejadian.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Hanya 3 minit

Posted: 20 Oct 2014 02:10 PM PDT

ismeth@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Tiga daripada enam peserta Malaysia mengharumkan nama negara dengan meraih kemenangan dalam kejohanan One Fighting Championship (ONE FC) yang diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil, minggu lalu.

Dalam perlawanan kategori flyweight wanita, peserta tunggal negara, Ann Osman sekali lagi mengukir kejayaan dengan mengalahkan bekas juara kickboxing dari Mesir, Aya Saeid Saber dengan pengadil memberhentikan perlawanan pusingan pertama ketika aksi berusia 3 minit 15 saat.

Aya yang memiliki enam rekod dalam perlawanan seni mempertahankan diri campuran (MMA) profesional cuba memberi tentangan dan serangan balas, namun skil pertahanan kuat dan pengalaman Ann dalam seni mempertahankan diri Brazil yang dikenali sebagai BJJ membolehkannya mengawal keseluruhan perlawanan.

"Aya seorang lawan yang memiliki tumbukan padu serta kelebihan tangan panjang, tapi saya menampilkan asakan dengan gabungan tumbukan dan sepakan untuk menjatuhkannya," katanya.

Ann yang dilatih AJ 'Pyro' Lias Mansor berkata, kesibukan menguruskan perniagaan sendiri menyebabkannya hanya mempunyai masa empat minggu untuk membuat persediaan bagi menghadapi Aya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Fathia puas, Jasmine mencuba

Posted: 20 Oct 2014 02:01 PM PDT

soctavia@hmetro.com.my

Walaupun berbeza kaum dan agama, dua wanita cantik keturunan Melayu dan India ini memiliki satu persamaan iaitu minat terhadap bidang lakonan.

Fathia Latiff, 27, dan Jasmine Michael, 35, masing-masing mempunyai kelompok peminat sendiri dalam industri lakonan Melayu dan Tamil tempatan.

Mengenali Fathia, semua orang tahu pelakon tinggi lampai ini dikenali selepas drama bersiri lakonannya Ariana Rose yang meletup-letup di TV3.

Tidak mengejar 'rating' atau popular terhadap sesebuah drama yang dilakonkan, Fathia mengakui dapat menghayati watak dan memberikan yang terbaik kepada pengarah sudah cukup puas buatnya.

Bagi Jasmine pula, dia sentiasa berharap diberi peluang untuk mencuri hati peminat Melayu tempatan dengan muncul dalam drama mahupun filem Melayu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.