'Dia ugut nak sembelih'

'Dia ugut nak sembelih'


'Dia ugut nak sembelih'

Posted: 23 Oct 2014 02:15 PM PDT

Kota Bharu: "Lelaki itu ugut nak sembelih mak cik dan lepas itu mahu meletakkan mak cik dalam but kereta," kata mangsa samun, Bidah Hasan, 82, yang dilarikan tiga lelaki sejauh kira-kira 10 kilometer dari rumahnya di Kampung Tunjong, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian itu, Bidah dipercayai mengalami lebam dan luka ringan di tangan kirinya apabila gelang tangan emas, anting-anting dan cincin emas, dianggarkan bernilai RM15,000, disamun penjenayah terbabit.

Sebaik barang kemasnya dirampas, dia ditinggalkan di tepi Jalan Salor-Pasir Mas, dekat sini, sebelum diselamatkan pemandu lori membawa muatan ais yang menghantarnya pulang ke rumah kira-kira 6.50 petang.

Menceritakan kejadian itu, Bidah berkata, dia sedang berbual dengan seorang jiran berusia 40 tahun di tepi beranda rumah anaknya sebelum terlihat sebuah kereta Proton Wira dinaiki tiga lelaki berusia 20 tahun hingga 30 tahun menghampirinya.

"Ketika berbual-bual, tiba-tiba pemandu kereta terbabit mengundurkan kenderaannya dengan laju dan seorang lelaki tiba-tiba menarik makcik dengan kasar supaya masuk ke dalam kereta.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

'Hati saya tersentuh'

Posted: 23 Oct 2014 02:15 PM PDT

mahaizura@hmetro.com.my

Rawang: "Hati saya tersentuh setiap kali tengok budak-budak ini yang kematian ibu bapa, ada yang merayau dan tiada tempat tinggal. Itulah sebab saya buka pusat ini," kata Mazliza Abu Bakar yang mengasaskan Rumah Amal Baitul Fitrah dan Qasih di Country Home, di sini, sejak 2008.

Menurutnya, ketika itu dia hanya bekerja menguruskan jenazah orang Islam.

"Pada mulanya saya ambil seorang dua orang saja, lama-lama semakin ramai.

"Ada kanak-kanak tiada saudara-mara melainkan ibu bapa mereka saja. Saya rasa, jika saya tidak ambil, apa akan jadi pada masa depan mereka nanti.

"Atas rasa simpati dan tanggungjawab, saya mengambil mereka dengan menempatkannya di dua rumah iaitu untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan," katanya, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Empat pembunuh!

Posted: 23 Oct 2014 02:06 PM PDT

Washington: Empat bekas anggota firma keselamatan swasta Blackwater didapati bersalah menembak mati penduduk Baghdad pada 2007 yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 14 orang maut dan meningkatkan lagi kebencian Iraq terhadap kehadiran tentera Amerika Syarikat (AS) di situ.

Juri Mahkamah Persekutuan mendapati Nicholas Slatten, 32, bersalah atas tuduhan membunuh tahap pertama, manakala tiga rakannya, Paul Slough, 35, Evan Liberty, 32, dan Dustin Heard, 33, bersalah atas pelbagai kesalahan termasuk menyebabkan kematian.

Mereka ditahan sementara menunggu prosiding untuk hukuman yang masih belum ditetapkan.

Slatten berdepan hukuman penjara seumur hidup bagi tuduhan bunuh manakala tiga yang lain menghadapi sekurang-kurangnya 15 tahun bagi setiap kematian.

Keputusan itu dicapai selepas perbicaraan berlangsung selama dua bulan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Chong Wei tak ambil dadah!

Posted: 23 Oct 2014 02:03 PM PDT

ferzalfie@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Datuk Lee Chong Wei tidak mengambil dadah terlarang sepanjang menyertai Kejohanan Dunia 2014 Copenhagen, itulah dijelaskan rakan terdekatnya yang enggan dinamakan.

Menurut pemain berkenaan, Chong Wei pernah memberitahunya sendiri, bermula dari pusingan pertama hingga perlawanan akhir menentang Chen Long, dia tidak ada mengambil sebarang dadah terlarang mahupun ubat penahan sakit.

"Dia hanya memberitahu saya mengambil suntikan sel induk (stem cell) sebelum menyertai kejohanan itu," kata sumber berkenaan.

Chong Wei tidak menyertai Sukan Komanwel 2014 Glasgow kerana mengalami kecederaan paha dan untuk memastikan sempat sembuh sebelum Kejohanan Dunia, dia mengambil tiga kali suntikan sel induk.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2008 dan 2012 itu, mengambil tiga suntikan berkenaan di salah sebuah hospital swasta di Lembah Klang.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Waspada jaga diri

Posted: 23 Oct 2014 02:03 PM PDT

yati@hmetro.com.my

Hampir sembilan tahun aktif membina nama dalam industri hiburan tempatan cukup mematangkan pelakon Shakilla Khoriri, 25. Pengalaman diakuinya banyak membantu.

Meskipun bukan mudah untuk pelakon wanita meningkat naik ini mengecap populariti, ia sedikit pun tidak merunsingkan. Baginya, maruah diri dan keluarga paling utama.

Bertemu Shakilla atau nama sebenarnya Nurul Shakilla Mohd Khoriri pada sesi fotografi dengannya, gadis petah ini berkata dia lebih gemar bersikap positif dan optimis. Apatah lagi, membabitkan soal rezeki.

"Saya sebenarnya terima dengan hati terbuka apa saja syarat ditetapkan stesen televisyen kepada pelakon untuk dipatuhi. Terutama, elakkan diri daripada terpalit kontroversi.

"Pada saya adalah wajar seseorang pelakon atau sesiapa saja yang menceburi industri hiburan ini mengelak diri daripada kontroversi. Semuanya bergantung atas diri sendiri.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Empat maut, dua parah

Posted: 23 Oct 2014 11:14 AM PDT

am@hmetro.com.my.

Kota Tinggi: Empat maut, dua parah dalam kemalangan jalan raya babitkan dua kereta di Batu 13 Jalan Kota Tinggi-Mersing, di sini, 10 malam tadi.

Dalam kejadian itu Proton Wira dinaiki tiga lelaki dalam perjalanan pulang ke Gugusan Felda Tenggaroh bertembung dengan Perodua Kenari dinaiki tiga beradik dari Endau menuju Mersing.

Jurucakap polis berkata, pertembungan itu menyebabkan masing-masing dua dari Proton Wira dan Perodua Kenari maut di tempat kejadian.

Katanya, dua mangsa yang parah turut dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk rawatan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Deputi Superintenden Low Hang Seng ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengakutan Jalan 1987.