Terpaksa patah balik

Terpaksa patah balik


Terpaksa patah balik

Posted: 09 Oct 2014 03:12 PM PDT

Tambunan: Orang ramai tidak ada pilihan melainkan terpaksa menggunakan laluan alternatif yang lebih jauh dan mengambil masa lebih lama berikutan jalan Tambunan-Panampang terputus sepanjang 50 meter akibat tanah runtuh di Kilometer 22, awal pagi semalam.

Seorang pengguna jalan raya yang mahu dikenali sebagai Bryan berkata, dia bersama rakan terpaksa menggunakan laluan alternatif Keningau - Kimanis selepas mengetahui jalan berkenaan terputus.

"Saya bersama rakan yang mahu ke Kota Kinabalu terpaksa melalui laluan alternatif selepas mengetahui berlaku kejadian tanah runtuh berhampiran Kampung Sunsuron.

"Saya tahu melalui Facebook dan aplikasi Whatsapp yang disebarkan rakan-rakan," katanya.

Foto

KEADAAN tanah runtuh menyebabkan ramai terjejas.


Seorang lagi pengguna, Frederick Herman, 32, berkata dia dan keluarganya yang dalam perjalanan dari Tambunan ke pusat bandar raya untuk bercuti hujung minggu, terpaksa berpatah balik akibat kejadian itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/10

Pilih berjimat tak bertempat

Posted: 09 Oct 2014 02:00 PM PDT

Kuala Lumpur: Lima daripada 10 atau 50 peratus pemilik kenderaan di negara ini lebih suka memilih alat ganti tiruan walaupun sedar risiko kemalangan menanti mereka.

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Dr Tam Weng Wah berkata, pihak berkuasa menghadapi kesukaran mengekang kebanjiran alat ganti kenderaan tiruan kerana permintaannya amat tinggi.

"Situasi ini menunjukkan rakyat Malaysia memilih untuk 'berjimat' dengan cara yang salah. Banyak perkara yang boleh berjimat, tetapi bukan perkara yang boleh mendatangkan risiko kepada diri dan keluarga," katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan muka depan akhbar ini, semalam yang mendedahkan mengenai sikap ramai pemilik kenderaan negara ini yang lebih gemar memilih alat ganti tiruan hanya kerana ingin menjimatkan kos.

Foto

ANGGOTA penguat kuasa memeriksa barangan yang dirampas.


Menurutnya, orang ramai perlu sedar bahawa penggunaan alat ganti tiruan sebenarnya lebih membazir kerana ia tidak tahan lama dan perlu diganti baru dalam tempoh singkat.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/10

Rebah muntah darah

Posted: 09 Oct 2014 01:51 PM PDT

Muar: Seorang wanita secara tiba-tiba muntah darah dan rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika berjalan ke arah kereta yang diletakkan di stesen minyak di Taman Pagoh Jaya, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9 malam itu, wanita terbabit dikenali sebagai Ana berusia lingkungan 40-an yang dipercayai hamil keluar dari tandas dan menuju ke kereta yang dikatakan dipandu seorang rakan.

Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 30, berkata, dia sedang mengisi minyak di stesen itu sebelum orang ramai terkejut melihat kejadian berkenaan.

Katanya, dia difahamkan wanita itu bersama rakannya datang ke Muar atas urusan perniagaan dan dalam perjalanan ke Johor Bahru.

Foto

MAYAT wanita hamil yang rebah selepas keluar dari tandas stesen minyak ditutup dengan kain sementara menunggu pasukan penyiasat polis tiba, kelmarin.


Menurutnya, ketika rakannya mengisi minyak, wanita itu dikatakan ke tandas dan dipercayai mula muntah darah ketika berada di dalam tandas.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/10

Kesal sikap Ultras

Posted: 09 Oct 2014 11:43 AM PDT

Shah Alam: Kelab Penyokong Bola Sepak Selangor (SSFC) membidas tindakan sebilangan penyokong Ultras Selangor yang disifatkan kurang bijak hingga mampu menggugat moral dan tumpuan pemain menjelang aksi suku akhir kedua kempen Piala Malaysia, hari ini.

Menurut Naib Presiden SSFC Noor Azman Abbas, pihaknya tetap akan memberi sokongan penuh tanpa berbelah bagi biarpun mengakui nasib skuad kendalian Mehmet Durakovic ibarat telur di hujung tanduk yang memerlukan keajaiban untuk bangkit kembali memadam defisit empat gol yang dimiliki pasukan FELDA United.

"Apa yang berlaku semalam (kelmarin) memang mengecewakan kami. Insiden seperti itu tidak sepatutnya berlaku ketika pasukan Selangor sedang sibuk melakukan persiapan terakhir sebelum turun bertemu FELDA.

"Kami kesal dan kecewa dengan tindakan Ultras Selangor itu. Mereka sepatutnya menggunakan saluran yang betul dan bukannya datang mengganggu latihan pasukan.

Foto

PEMAIN Selangor, Bunyamin Omar (kiri) menenangkan seorang penyokong Ultras.


"Mereka kena sedar, pemain itu juga manusia biasa seperti kita, mungkin ada masalah tertentu yang kita tidak tahu hingga prestasi mereka merudum malam itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/10

Sudah mula dapat kepercayaan

Posted: 09 Oct 2014 08:51 AM PDT

Gadis ini lebih cantik tanpa secalit solekan. Perkara yang mungkin remeh untuk diketahui umum namun itulah kelebihan sempat diperhatikan penulis sepanjang menemubualnya, baru-baru ini.

Memiliki kecantikan unik wanita Brunei Darussalam, berdarah campuran Cina sebelah ibu dan Pakistan di sebelah bapa turut memberi kelebihan kepada pelakon Nina Iskandar, 23, atau nama sebenarnya Nur Akmalina Iskandar.

Selepas dua tahun setengah berkelana membina nama sebagai pelakon di negara ini, dia ditanya mengenai cabaran sepanjang berkecimpung dalam lakonan serta kedatangannya di sini.

"Diam tak diam tahun depan sudah nak masuk tiga tahun saya berada di sini (Malaysia). Alhamdulillah, meskipun belum begitu dikenali, dari segi kepercayaan produser drama dan filem, ia sangat memberangsangkan.

Foto


"Mungkin kerana persaingan pelakon kelahiran Brunei di sini sangat kecil, sekali gus membuatkan orang mudah mengingati saya berbanding pelakon lain daripada segi wajah serta pertuturan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/10