Besi lekat di kaki

Besi lekat di kaki


Besi lekat di kaki

Posted: 01 Oct 2014 02:51 PM PDT

Kulim: Seorang remaja perempuan cedera selepas kaki kirinya ditembusi besi konkrit sepanjang satu meter ketika membonceng motosikal di Bukit Kukus, di sini, malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam menyebabkan bahagian bawah buku lali pada kaki mangsa berusia 19 tahun mengalami pendarahan.

Difahamkan, mangsa dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Kulim untuk rawatan, sebelum Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dipanggil untuk bantuan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi-Tech Mohd Faisol Shuaib berkata, sepasukan empat anggota dihantar ke Hospital Kulim untuk membantu memotong besi terbabit menggunakan pemotong hidraulik.

Foto

KAKI kiri ditembusi besi konkrit sepanjang satu meter FOTO ihsan Bomba

Foto

ANGGOTA bomba memotong besi yang menembusi kaki remaja perempuan menggunakan pemotong hidraulik. FOTO ihsan Bomba


"Keadaan mangsa kini dilapor stabil dan diserahkan kepada pihak hospital untuk rawatan susulan," katanya.


Belum dapat dipastikan macam mana kejadian boleh berlaku.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/02

Pil sakit sendi gugur janin

Posted: 01 Oct 2014 12:14 PM PDT

Subang Jaya: Jika dahulu pil gastrik Cytotec menjadi pilihan remaja yang mahu menggugurkan janin namun kini mereka dikesan menelan pil sakit sendi tulang untuk membunuh bayi dikandung dalam tempoh kurang 12 jam.

Dalam kejadian Isnin lalu, suspek penuntut kolej swasta berusia 21 tahun itu dipercayai menelan pil mengandungi kimia celecoxib untuk kegunaan antiradang dan sakit sendi bagi membolehkan janin bayi dikandung mengalami keguguran.

Sumber polis berkata, tindakan gadis itu bagaimanapun diketahui rakan sekolej serta seorang penjaga asrama kolej didiami wanita itu di Puchong di sini.

Menurutnya, suspek dipercayai melakukan hubungan seks terlarang dengan teman lelaki menyebabkan dia mengandung anak luar nikah awal tahun ini.

Foto

JANIN yang ditemui dalam bungkusan plastik hitam.

Foto

PIL yang dipercayai digunakan suspek.


"Pada hari kejadian, suspek memberitahu rakan asrama kononnya dia mengalami sakit perut. Susulan itu dia segera dihantar ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/02

'Tebus' solat raya bersama

Posted: 01 Oct 2014 12:05 PM PDT

Sepang: "Saya tidak sabar menunaikan solat sunat Aidiladha bersama anak-anak pada Ahad ini. Ketika Aidilfitri lalu kami tidak menyambutnya bersama dan kali ini saya akan 'menebusnya' kembali," kata Shalwati Norshal, 46, menceritakan perasaannya sebaik tiba di tanah air, semalam.

Shalwati dibebaskan dari Penjara Hinseberg di Frovi, Sweden Isnin lalu atas kesalahan mendera dan mengasari anaknya.

Menurutnya, walaupun dia ada menghubungi empat anaknya sebaik keluar dari penjara, perbualan itu singkat serta tidak banyak perkara boleh dibualkan.

"Semalam (kelmarin) saya hubungi mereka (anak) dan beritahu kita akan berjumpa esok (semalam).

Foto

SHALWATI memeluk erat keempat-empat anaknya sambil disaksikan Azizul.


"Mereka menangis dan kelihatan sedikit kaku ketika itu. Mungkin mereka malu memandangkan pada waktu itu, ada petugas media," katanya pada sidang media sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Sweden di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/02

Fokus gangsa

Posted: 01 Oct 2014 11:41 AM PDT

Incheon: Malaysia tidak bernasib baik apabila kecundang menerusi penentuan penalti pada separuh akhir hoki lelaki Sukan Asia Incheon kelmarin, namun kini mereka mungkin pulang tangan kosong jika gagal mengatasi Korea Selatan pada perlawanan penentuan pingat gangsa, hari ini.

Penjaga gol S Kumar bagaimanapun berazam membantu pasukan kendalian jurulatih sementara Arul Selvaraj merebut pingat gangsa sekali gus memulihkan maruah negara.

Dia tidak berada dalam skuad Sukan Komanwel Glasgow yang turut tewas mengejut kepada Trinidad & Tobago, namun mengakui ada peningkatan ketara dari segi semangat sepasukan dan komitmen.

"Kami tidak menghantar pasukan terbaik ke Sukan Komanwel dan tidak mempunyai sasaran di sana," jelas Kumar, yang menyelamatkan dua pukulan penalti ketika tewas 5-6 kepada Pakistan di Stadium Hoki Seonhak, kelmarin.

Foto

Azlan (kiri) gagal menjaringkan gol.


"Bagi Sukan Asia, kami tampil dengan pasukan terbaik dan cuba membuktikan sesuatu. Semangat sepasukan bagus, sesuatu yang sudah lama saya tidak rasai.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/02

Terjemah kisah hidup

Posted: 01 Oct 2014 10:47 AM PDT

Enggan menoleh ke belakang dan memikirkan kisah cinta yang terputus bersama pelakon Hanez Suraya, penyanyi Awi Rafael mengakui jiwanya kini semakin mencintai bidang muzik.

Malah sejak putus kasih dengan pelakon berkenaan, Awi langsung tidak berhubung apatah lagi menyedari kisah cinta bekas kekasihnya yang kecundang itu dan tidak terlintas di hatinya untuk berhubung semula.

Bagi Awi, apa yang berlaku biarkanlah berlalu dan dia mahu fokus dengan apa yang sedang dilakukan kini.

"Saya tidak pernah memikirkan sesiapa termasuklah dia. Apa yang boleh saya katakan sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk hidupnya.


"Begitu juga dengan kehidupan saya kini yang terlalu sibuk menghasilkan pelbagai lagu tidak hanya untuk diri sendiri, malah untuk beberapa artis lain antaranya Datuk Siti Nurhaliza dan Aliff Aziz.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/02