Terbakar tiba-tiba

Terbakar tiba-tiba


Terbakar tiba-tiba

Posted: 08 Oct 2014 12:02 PM PDT

Kuala Lumpur: Beberapa pelanggan yang menikmati sarapan terkejut apabila mendapati restoran yang dikunjungi tiba-tiba terbakar dalam kejadian di Wangsa Maju, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 9.15 pagi itu, beberapa pekerja restoran turut lari bertempiaran menyelamatkan diri apabila menyedari api mula membakar bahagian dapur restoran berkenaan.

Seorang pekerja yang berjaya menyelamatkan diri terus menghubungi pihak bomba dan penyelamat bagi mendapatkan bantuan.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju Che Shaari Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 9.31 pagi sebelum pasukan bomba bergegas ke lokasi kejadian.

Foto

ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/09

'Arkitek abang dah tiada'

Posted: 08 Oct 2014 11:42 AM PDT

Arau: Harapan untuk mendiami rumah yang direka bentuk oleh Wan Markiah Wan Hamid, 35, kini hanya tinggal kenangan apabila mangsa maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki bersama suami dan lima anaknya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 366.8, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Sungkai, awal pagi semalam.

Suami mangsa, Mohd Zahir Abd Rahman @ Dahaman, 41, berkata, isterinya sangat teruja untuk menyiapkan rumah terbabit dan kepulangan mereka berhari raya pada Sabtu lalu digunakan sebaiknya untuk memantau perkembangan pembinaan rumah mereka di kawasan Abi, di sini, yang kini hampir 70 peratus siap.

"Isteri saya pernah berkata ingin berpindah ke rumah baru kami yang direkanya sendiri sekiranya dapat kembali ke Perlis atau selepas pencen nanti. Namun, kini arwah tidak sempat pun untuk tinggal di rumah itu.

"Arwah begitu ramah dengan sanak saudara dan kami sempat menziarahi hampir semua rumah keluarga terdekat pada Aidiladha lalu sehingga melewatkan sehari kepulangan ke Kuala Lumpur selepas menziarahi ahli keluarga yang berkumpul di rumah ibu mentua abang sulung arwah di Jitra.

Foto

KEADAAN MPV yang dinaiki tujuh sekeluarga remuk di lokasi kejadian. Gambar kecil, Wan Markiah.


"Malah, arwah tidak menunjukkan perubahan, namun sekali-sekala mudah marah dan sensitif walaupun hanya perkara kecil sepanjang berada di Perlis," katanya dalam nada sebak ketika ditemui di rumah abang iparnya, Wan Idris Wan Hamid , 49, di Taman Pauh Utama, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/09

'Ayah saya hero'

Posted: 08 Oct 2014 11:35 AM PDT

Kota Kinabalu: "Ayah saya hero dan hero pasti akan selamat," kata Adam Haris Sulhajji, 7, ketika bertemu bapanya, Laskar Kanan Sulhajji Daah, 35, lima daripada kru bot tempur CB204 yang selamat tiba di Pangkalan TLDM Sepanggar, dekat sini, semalam.

Dalam pertemuan menyentuh hati itu, Adam Haris bersama adiknya Aidil Hafiz, 5, berlari mendapatkan Sulhajji sebaik anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu naik ke jeti di Pangkalan Wilayah Dua TLDM Teluk Sepanggar, di sini, semalam.

Keadaan itu turut menyebabkan isteri Sulhajji, Ahaine Maidin, 37, bersama anggota keluarga lain menangis sambil memeluk Sulhajji bergilir-gilir.

Ahaine berkata, Adam tahu kejadian yang menimpa bapanya yang botnya dilambung ombak selama lebih 30 jam selepas rosak dan terputus hubungan, namun anaknya itu tidak pernah bersedih.

Foto

BOT membawa pegawai dan kru yang terselamat tiba di Pangkalan TLDM Sepanggar.

Foto

Sulhajji menikmati juadah sambil berbual dengan ahli keluarganya.


"Dia (Adam) banyak menonton cerita perang, khususnya kisah tentera laut dan pada akhir cerita menunjukkan hero akan selamat pulang ke pangkuan keluarga.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/09

'MHC jangan lepas tangan'

Posted: 08 Oct 2014 10:41 AM PDT

Kuala Lumpur: Kegagalan skuad hoki negara memenuhi sasaran meraih pingat emas di temasya Sukan Asia Incheon sememangnya sudah dijangka, namun siapakah harus dipersalahkan di sebalik kegagalan itu?

Ketika ramai menuding jari kepada barisan pemain serta jurulatih, bekas pemain kebangsaan Mohamad Abdul Hadi tampil mempersoalkan mengapa kesalahan itu tidak diletakkan di bahu pengurusan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC).

Jelasnya, sudah cukup beban dan cemuhan dilemparkan kepada barisan pemain serta jurulatih yang pada pandangannya sudah bertungkus lumus melakukan terbaik untuk negara.

"Saya sudah bosan setiap kali kita gagal semua meletakkan kesalahan kepada pemain dan jurulatih.

Foto

KERENAH MHC buat keputusan tidak masuk akal merosakkan skuad negara.


"Pernah tak kita terfikir apa pula fungsi pihak pengurusan MHC? Mereka sebenarnya yang membuatkan segala-galanya jadi kucar kacir.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/09

Teruja lakon babak dramatik

Posted: 08 Oct 2014 07:11 AM PDT

Pasti ramai yang terpesona dengan kejelitaan aktres berambut perang, Sarah Gadon dalam filem Dracula Untold arahan Gary Shore yang mula ditayangkan di pawagam seluruh dunia sejak 2 Oktober lalu.

Sememangnya penampilan bintang filem The Amazing Spider-Man 2 yang memegang watak Puteri Mirena, isteri kepada Putera Wallachia iaitu Vlad III dalam filem ini juga tarikan untuk menarik penonton ke pawagam.

Mula berlakon pada usia 10 tahun, aktres kelahiran Toronto, Kanada yang turut dikenali dalam filem A Dangerous Method dan Cosmopolis juga bukan sekadar bersandarkan paras rupa jelita sebalik�nya bakat besar dalam bidang lakonan.

Justeru, tidak hairanlah, Sarah yang hangat digosipkan dengan aktor kacak Twilight Saga, Robert Pattinson terpilih untuk beraksi dalam filem ini bergandingan dengan aktor kacak, Luke Evans selaku teraju utamanya.

Foto

GANDINGAN mantap Sarah dan Luke dalam Dracula Untold.


Penulis berpeluang menemubual Sarah di London, baru-baru ini yang berkongsi pengalamannya ketika berlakon dalam filem genre epik bercorak aksi pengembaraan terbitan Universal Pictures ini.


Ia hasil tulisan Matt Sazama dan Burk Sharpless yang juga adaptasi daripada novel Bram Stoker.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/09