Tragedi petang 1 syawal |
- Tragedi petang 1 syawal
- 'Cukuplah ejek saya'
- Drebar panik lori diperiksa
- Tolong realistik!
- Mesej sebenar Apa Khabar
Posted: 14 Aug 2014 02:30 PM PDT Kaherah (Mesir): Ketika umat Islam seluruh dunia meraikan Aidilfitri dengan insan tersayang, satu keluarga di Gaza bermandi darah dan airmata apabila dibedil dalam serangan udara rejim Zionis. Lebih menyedihkan tragedi berlaku pada petang 1 Syawal ketika sanak saudara dari seluruh Palestin berkumpul di rumah Ziyad Abu Zaid yang terletak di Rafah. Serpihan peluru berpandu yang meletup di ruang tamu ketika mereka sedang menjamu selera mengorbankan lapan saudara termasuk adik-beradik, bapa saudara dan sepupu. "Ketika kejadian, saya keluar sebentar untuk membeli makanan di kawasan berdekatan dan tidak lama kemudian terdengar bunyi letupan. ZIYAD mengucup dahi anak perempuannya Roah di hospital di Kaherah. FOTO Mior Azlan Kamarulbaid
Roah Ziyad, 9, cedera di perut yang mengakibatkan kerosakan buah pinggang manakala adiknya Muthasin Ziyad, 8, patah tulang kaki dan mengalami komplikasi saraf. Malam tadi, Ketua Misi Kemanusiaan Malaysia ke Gaza, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkesempatan melawat dan memberi sumbangan kepada keluarga mangsa. Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/15 |
Posted: 14 Aug 2014 02:25 PM PDT Kuala Berang: "Pedih rasanya hati dan dalam tidak sedar air mata bercucuran apabila sering diejek dengan perkataan 'muka hodoh' oleh murid lelaki ketika saya berada di sekolah," kata Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizam, 12, mangsa simbahan asid oleh bapa kandungnya pada 15 Ogos 2010 lalu. Menurutnya, walaupun kejadian itu genap empat tahun berlaku, namun ia meninggalkan kesan dalam kehidupannya terutama kecacatan kekal pada wajah yang mengakibatkannya sering menjadi ejekan rakan. Katanya, dia terkilan dengan perbuatan rakannya itu memandangkan sekolah tempat mendapatkan ilmu dan bukannya melakukan cacian serta hinaan. "Tolong jangan jadikan saya sebagai bahan cacian kerana semua yang berlaku ketentuan Allah dan bukan kehendak diri ini, namun saya kuatkan diri bagi mengharungi situasi berkenaan. Nurul Dahyatul Fazlinda bersama nenek dan adiknya mendengar nasihat daripada Sudin (kiri). Nurul Dahyatul Fazlinda bercita-cita menjadi doktor dan berharap ejekan rakan sekolahnya menjadi pembakar semangatnya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/15 |
Posted: 14 Aug 2014 12:58 PM PDT Alor Gajah: Empat lelaki iaitu dua pemandu lori, kelindan dan pemandu gantian bas ekspres ditahan selepas didapati positif dadah dalam operasi bersepadu Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Restoran Jejantas Ayer Keroh di sini, semalam. Dalam operasi bermula jam 9 pagi, polis turut menemui beberapa tiub dipercayai mengandungi dadah disorokkan di bawah tempat duduk pemandu. Jurucakap polis berkata, seorang daripada pemandu lori terbabit panik apabila anggota polis melakukan pemeriksaan dalam lorinya sebelum dadah dipercayai jenis syabu ditemui. "Ujian air kencing terhadap tiga lagi suspek mendapati mereka positif dadah. Keempat-empat mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah untuk siasatan lanjut," katanya ketika ditemui, semalam. OPERASI yang dijalankan di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Restoran Jejantas Ayer Keroh, semalam. Gambar kecil, pendatang asing tanpa izin yang ditahan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/15 |
Posted: 14 Aug 2014 10:36 AM PDT Kuala Lumpur: Jurulatih skuad Bawah 23 (B-23) negara Datuk Ong Kim Swee belum bersedia menetapkan sebarang sasaran di Sukan Asia Incheon, Korea Selatan bulan depan, sebaliknya menuntut semua pihak bersikap realistik. Beliau berkata, temasya sukan terbesar itu menjanjikan saingan mencabar buat anak buahnya dan apa yang diharapkan agar tuah undian dapat membantu mereka sekurang-kurangnya meloloskan diri dari saingan peringkat kumpulan. "Saya tidak boleh membuat sebarang komen mengenai sasaran pasukan ini di Sukan Asia kerana pihak pengurusan juga belum membuat sebarang keputusan lagi. "Undian peringkat kumpulan belum lagi dikeluarkan, apa yang saya harapkan agar kita juga mendapat tuah daripada undian itu. KIM Swee (tengah) mahu anak buah tenang jumpa lawan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/15 |
Posted: 14 Aug 2014 07:11 AM PDT Selepas berjaya mempromosikan lagu Havoc hingga menduduki tangga pertama carta iTunes Malaysia, rapper terkemuka tempatan Joe Flizzow tidak menunggu lama untuk melancarkan lagu baru berjudul Apa Khabar. Lagu menampilkan kolaborasi dengan penyanyi SonaOne itu semakin mendapat perhatian ramai sejak diperkenalkan kepada peminat baru-baru ini. Jika diamati lirik serta video muzik lagu itu, Joe seolah meluahkan perasaan rindu terhadap rakan rapper Too Phat, Malique serta menitip semula zaman kegemilangan mereka dalam industri hip hop. Persoalan mengenai mesej sebenar di sebalik Apa Khabar akhirnya terjawab oleh pemilik lagu itu sendiri ketika ditemui dalam satu majlis kelmarin.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/15 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |