Mara ke separuh akhir

Mara ke separuh akhir


Mara ke separuh akhir

Posted: 29 Aug 2014 12:48 PM PDT

Copenhagen (Denmark): Pemain perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei mara ke separuh akhir Kejohanan Dunia selepas menewaskan Wang Zhengming dari China 21-8, 21-11 di Ballerup Super Arena, sebentar tadi.

Pada aksi suku akhir itu, Chong Wei tenang mengawal permainan terutama di set pertama.

Pemain nombor satu dunia itu meneruskan rentak cemerlang di set kedua dan hanya memerlukan masa selama 39 minit untuk menewaskan lawannya itu.

Kejayaan mara ke separuh akhir hari ini menyaksikan Chong Wei terus berada di landasan tepat untuk merangkul kejuaraan dunia pertamanya.

Foto

AKSI Lee Chong Wei semasa Kejohanan Dunia. FOTO Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/30

'Tak tahu tiruan'

Posted: 29 Aug 2014 12:03 PM PDT

Kuala Lumpur: "Saya hanya bayar duit kepada dia (pembekal) dan terima barang. Saya tidak tahu beg tangan itu jenama tiruan," itu adalah alasan diberikan seorang pemborong beg tangan tiruan berusia 30-an sejurus ditahan sepasukan anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya semalam.

Dalam operasi jam 3 petang itu, seramai 15 anggota penguat kuasa KPDNKK Putrajaya diketuai Ahmad Puat Abdul Hamid menyerbu premis berkenaan yang terletak di Lorong Haji Taib, Chow Kit di sini.

Pihak KPDNKK turut menyerbu empat lagi premis yang terletak di Plaza GM berhampiran kawasan sama.

Hasil serbuan itu, sebanyak 2,000 beg tiruan bernilai hampir RM30,000 berjaya dirampas.

Foto

AHMAD Puat (kiri) merampas beg tiruan pelbagai jenama di sebuah premis di Chow Kit, semalam.


Sementara itu seorang pemilik premis yang disoal siasat mendakwa tidak sukar untuk mendapatkan bekalan beg tangan jenama terkemuka tiruan daripada pembekal.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/30

Dia hendal, saya brek

Posted: 29 Aug 2014 11:51 AM PDT

Tumpat: Seorang cacat penglihatan manakala seorang lagi dilahirkan sebagai kerdil, tetapi kedua-duanya saling melengkapi apabila mengayuh basikal roda tiga sejauh 20 kilometer (km) setiap hari untuk mencari rezeki.

Kaedah digunakan mereka ialah si kerdil menjadi pengemudi manakala yang cacat penglihatan mengayuh serta menjaga brek basikal yang sudah diubah suai dengan roda tambahan.

Walaupun pelik, itu rutin pasangan Mohamad Yusoff, 65, dan adik iparnya Hasnah Ngah, 56, untuk mencari sesuap nasi untuk menyara kehidupan mereka.

Walaupun pernah beberapa kali terjatuh ke dalam parit, gara-gara arahan Hasnah yang gagal difahami Mohamad kedua-duanya tetap komited berniaga dan tidak menjadikan insiden itu sebagai halangan.

Foto

MOHAMAD mengangkut barangan dan dipantau adik iparnya yang menunggu di roda tiga.

Foto

HASNAH yang kepanasan memegang payung untuk berteduh sambil memberi panduan jalan kepada abang iparnya.

Foto

HASNAH menunjukkan wau yang dihasilkan bersama abang iparnya, Mohamad.


Ini kerana mereka yang dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU) tidak mahu menjadikan kekurangan diri sebagai alasan untuk terperuk di rumah dan mengharapkan bantuan semata-mata.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/30

Dikejar 1 km

Posted: 29 Aug 2014 11:46 AM PDT

Sungai Petani: Polis merampas sepucuk sub mesingan jenis Uzi, ratusan butir peluru serta lapan peket heroin selepas menahan seorang lelaki dalam satu kejadian di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, anggota polis peronda (MPV) yang sedang membuat rondaan cegah jenayah di kawasan berkenaan terserempak dengan suspek yang memandu Proton Wira Aeroback dalam keadaan mencurigakan.

Menurut sumber, suspek berusia 30-an yang berasal dari Padang Besar ditahan selepas dikejar kira-kira satu kilometer dari Jalan Hospital ke arah Jalan Badlishah, di sini, berhadapan IPD Kuala Muda selepas dia enggan memberhentikan keretanya.

"Suspek memecut keretanya sehingga merempuh dua kereta di kawasan berkenaan. Suspek cuba melarikan diri menyebabkan anggota polis terpaksa melepaskan dua tembakan ke arah tayar kereta menyebabkan kenderaan itu terbabas.

Foto

KERETA milik suspek yang ditahan bersama senjata api. Gambar kecil, suspek dikawal rapi.


"Suspek kemudian ditahan polis di Jalan Badlishah berhadapan IPD Kuala Muda.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/30

Siapa Salmah Ismail?

Posted: 29 Aug 2014 08:03 AM PDT

"Without doubt, she's Marilyn Monroe of the East."

Inilah yang keluar daripada mulut aktor legenda Hollywood Marlon Brando pada 1958 yang kagum dengan kecantikan Biduanita Negara Allahyarham Puan Sri Saloma.

Selain digelar Marilyn Monroe Asia, Saloma atau nama sebenarnya Salmah Ismail juga menjadi penya�nyi Melayu pertama yang diundang menyanyi di luar negara antaranya Australia dan Amerika Syarikat.

Mengahwini Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee pada 1961 yang juga pernikah�an keduanya selepas Allahyarham Seniman AR Tompel, suara merdu Saloma bagaikan nadi dalam hampir kebanyakan filem arahan P Ramlee.

Foto

Kisah kehidupan Saloma yang pernah digelar Marilyn Monroe Asia dalam super telefilem di Astro First Eksklusif.


Bahkan kisah cinta mereka sejati seperti membaca karya Romeo & Juliet.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/30