Mayat warganegara Malaysia dikenal pasti

Mayat warganegara Malaysia dikenal pasti


Mayat warganegara Malaysia dikenal pasti

Posted: 01 Aug 2014 04:34 PM PDT

Mayat warganegara Malaysia dikenal pastiBeberapa pakar antarabangsa masuk ke lokasi nahas pesawat MH17 di Donetsk, Ukraine, semalam.

Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) antarabangsa mengesahkan ada mayat warga Malaysia sudah diperiksa bagi proses pengenalan identiti, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, ia adalah antara 126 beg mayat yang sudah dibuka dan diproses daripada 226 keranda diterima oleh pasukan DVI antarabangsa. Katanya, kerajaan akan membuat ketetapan berhubung penghantaran pulang jenazah ke tanah air, selepas proses lanjut yang dijangka mengambil masa dua minggu.

"Kerajaan akan mengisytiharkan tarikh itu sebagai hari berkabung di seluruh negara dan mengatur majlis rasmi bersesuaian bagi memastikan ia dilakukan secara terhormat dan bermaruah," katanya pada sidang media di akhir lawatan kerja dua hari ke Belanda di Intercontinental Amstel Hotel di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Duta Malaysia ke Belanda, Datuk Dr Fauziah Mohd Taib.

‘Saya buat apa yang perlu’

Posted: 01 Aug 2014 04:32 PM PDT

‘Saya buat apa yang perlu’Najib bersalaman dengan pasukan pengecaman mangsa bencana Malaysia selepas mendengar taklimat proses pengesahan identiti di Pangkalan Tentera Hilversum, Belanda semalam. Turut serta Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramanaiam (kiri).

Datuk Seri Najib Razak mengakui tindakannya berunding dengan kumpulan pemisah di Ukraine menyentuh sensitiviti pihak tertentu, selain meletakkan 12 nyawa pasukan keselamatan dalam risiko. Bagaimanapun, tegas Perdana Menteri, gerak hatinya kuat menyatakan ia perlu dilakukan dan merentasi dimensi geopolitik.

"Saya buat apa yang perlu saya lakukan. Saya memikirkan soal beban emosi keluarga mangsa jika perlu menunggu lebih lama. Rundingan itu sulit dan saya perlu melakukannya sendiri. Saya memberi arahan spesifik dan tersilap langkah, risikonya ditanggung 12 anggota pasukan kita dan hakikat itu sentiasa berada di fikiran saya.

Dugaan Ramadan

"Emosi saya bercampur-baur. Kekuatan saya adalah Tuhan dan keluarga. Dugaan Ramadan ini memang hebat, saya perlu membuat panggilan pada jam 3 hingga 5 pagi, tidur tak cukup tetapi semua itu perlu dilalui. Alhamdulillah, di akhirnya semua berjalan lancar," katanya pada sidang media pada akhir lawatan kerja dua hari ke Belanda di Hotel Intercontinental Amstel di sini, semalam.

AS cuba raih sokongan negara Asia sekat Russia

Posted: 01 Aug 2014 04:30 PM PDT

Kuasa besar Amerika Syarikat (AS) kini berusaha mendapat sokongan negara di Asia, supaya mengikut jejak Kesatuan Eropah melakukan sekatan terhadap Russia susulan kejadian menembak jatuh pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) di kawasan Ukraine yang dikawal oleh puak pemisah pro-Russia.

Perkara itu dinyatakan Pegawai Kanan Jabatan Negara AS yang tidak dinamakan, tetapi dipercayai Timbalan Setiausaha Negara Bagi Ancaman Kewangan dan Sekatan, Peter Harrell ketika beliau menyampaikan taklimat media mengenai usaha terbaharu AS dalam isu Russia pada Rabu lalu, ketika berkunjung ke Singapura.

Cuba dapatkan sokongan rantau

Pegawai Kanan AS itu dalam rangka lawatan ke China dan Korea Selatan, sebelum singgah di Singapura seterusnya ke Jepun dalam usaha mendapatkan sokongan rantau ini terhadap sekatan ke atas Russia. Menurut laporan Wall Street Jurnal, Harrell dijangka mengadakan pertemuan dengan wakil kerajaan dan pemimpin korporat di negara yang beliau kunjungi.

"Adalah menjadi harapan kita mendapatkan sokongan negara di rantau ini, terutama di sini ada banyak pusat sektor kewangan dan komersial, akan menyertai kami melakukan sekatan (ke atas Russia)," kata pegawai berkenaan.

Beliau juga dilaporkan berkata, perjumpaan itu bertujuan menjelaskan apa yang AS sudah dilakukan, apa yang ia boleh lakukan pada masa akan datang selain menjawab persoalan berkaitan sekatan berkenaan.

Selasa lalu, AS dan Kesatuan Eropah mengumumkan sekatan ke atas sektor perbankan, tenaga dan industri pertahanan Russia susulan kejadian menembak jatuh pesawat MAS, baru-baru ini. Sehingga kini, tiada negara di Asia yang menyatakan sokongan kepada sekatan ke atas Russia berhubung pertikaiannya dengan Ukraine.

Anggota Kongres AS puji tindakan Najib

Posted: 01 Aug 2014 04:29 PM PDT

Anggota Kongres AS puji tindakan NajibAnggota Kongres Amerika Syarikat (AS), Eni Faleomavaega.

Washington: Anggota Kongres Amerika Syarikat (AS), Eni Faleomavaega (gambar), memuji kebijaksanaan Datuk Seri Najib Razak mengendalikan rundingan dengan pelbagai pihak, bagi membolehkan pasukan penyiasat antarabangsa membawa keluar mayat mangsa nahas MH17 daripada lokasi tragedi di timur sempadan Ukraine-Russia dengan selamat, minggu lalu.

Faleomavaega dalam kenyataannya yang turut disiarkan menerusi laman web the-constituent.com berkata, Perdana Menteri juga berjaya mengadakan rundingan dan perjanjian rahsia dengan pihak pemisah bagi membolehkan pasukan penyiasat antarabangsa memasuki kawasan nahas dengan selamat.

Kagum usaha Najib

Beliau yang berketurunan Amerika-Samoa berkata, Najib juga berjaya berunding dengan pemimpin pemisah supaya mereka menyerahkan dua kotak hitam milik pesawat MH17 kepada pasukan penyiasat antarabangsa bagi membolehkan siasatan terperinci mengenai punca sebenar nahas udara itu berlaku.

"Kejayaan Perdana Menteri Malaysia yang terbabit dalam rundingan berkenaan menetapkan tanda aras baharu dalam diplomasi di seluruh dunia.

"Saya kagum dengan sikap Najib kerana tidak hanya bergantung sepenuhnya kepada rundingan dengan pihak terbabit di atas bahu pembantunya sematamata," katanya ketika berucap di Dewan Senat AS, baru-baru ini.

Pada 22 Julai lalu, Najib berhubung dengan pemimpin pemisah pro-Russia, Alexander Borodai dan mencapai tiga persetujuan termasuk mendapatkan dua kotak hitam serta membawa keluar mayat mangsa, selain jaminan keselamatan ke atas pasukan penyiasat antarabangsa di lokasi pesawat MH17 terhempas.
Borodai yang berasal dari Russia terbabit kemelut di Ukraine selepas menjadi penasihat strategik dan keselamatan kumpulan pemisah di Crimea, serta penyokong ketua kumpulan pemisah di wilayah itu, Sergey Aksyonov.

Faleomavaega berkata, Najib memang berhak diberikan pujian kerana menunjukkan keikhlasannya mengetepikan kepentingan politik bagi membolehkan ahli keluarga mangsa nahas pesawat MH17 dapat menatap mayat orang kesayangan mereka.

1.6 juta kereta gerak serentak punca sesak

Posted: 01 Aug 2014 04:26 PM PDT

1.6 juta kereta gerak serentak punca sesakKenderaan bergerak perlahan di Karak menuju ke Pantai Timur menjelang Aidilfitri pada Sabtu lalu.

Kuala Lumpur: Kira-kira 1.6 juta kenderaan bergerak serentak menjelang Aidilfitri lalu adalah punca utama kesesakan luar biasa di kebanyakan lebuh raya utama di seluruh negara.

Keadaan itu menyebabkan waktu perjalanan ke semua arah keluar dari pusat bandar raya meningkat kepada 10 jam hingga 16 jam berbanding waktu perjalanan biasa yang lazimnya antara tiga jam dan lima jam. Cuti panjang Kesesakan luar biasa itu juga berpunca daripada orang ramai berbilang bangsa turut mengambil peluang bercuti panjang berikutan Aidilfitri jatuh pada Isnin dan Selasa.

Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad, berkata jumlah kenderaan yang meningkat di lebuh raya berkemungkinan disebabkan sebuah keluarga menggunakan lebih daripada satu kereta untuk pulang ke kampung.

"Kesesakan ini berlaku setiap tahun dan pergerakan pada satu masa oleh semua kenderaan menyebabkan keadaan bertambah teruk," katanya yang dihubungi di sini, semalam.

Aishah diminta mengulas mengenai punca warga kota terpaksa berdepan kesesakan paling teruk untuk pulang ke kampung halaman masingmasing bagi menyambut Aidilfitri tahun ini.

Dua hari sebelum perayaan itu, pengguna yang ingin pulang ke Kota Bharu terpaksa menempuh perjalanan sehingga 16 jam, yang biasanya mengambil masa lapan jam manakala perjalanan ke Alor Setar mengambil masa sehingga 11 jam.

Sementara itu, Pengarah Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM), Husain Osman, berkata jumlah kenderaan di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) meningkat sehingga 85 peratus pada Sabtu lalu.
Dapatkan akhbar BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

Tiada bantahan di Kompleks CIQ

Posted: 01 Aug 2014 04:25 PM PDT

Johor Bahru: Kementerian Kerjaraya menjelaskan tiada sebarang bantahan dilakukan oleh kira-kira 200 pemandu bas kilang di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar, di sini, semalam.

Kementerian itu dalam satu kenyataan memberitahu, kesesakan yang berlaku di laluan CIQ menuju ke Singapura kirakira jam 5 pagi semalam, adalah disebabkan keengganan dua pemandu bas kilang membayar kadar baharu tol.

Enggan bayar tol

"Tiada sebarang bantahan dilakukan di CIQ, sebaliknya dua pemandu bas kilang enggan membayar kadar tol baharu di CIQ, yang mula berkuat kuasa semalam. Kerajaan memandang serius kejadian ini dan tindakan tegas akan dikenakan terhadap pemandu bas yang tidak bertanggungjawab itu.

"Keseluruhan operasi kutipan tol di CIQ berjalan lancar tanpa sebarang masalah dan pegawai Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Lebuhraya Eastern Dispersal Link (EDL) dan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) akan berada di CIQ bagi memantau keadaan trafik bagi mengelakkan berlakunya kesesakan," katanya.

Keengganan dua pemandu bas terbabit membayar kadar tol baharu menyebabkan pekerja dari Malaysia terpaksa berjalan kaki hampir dua kilometer di Tambak Johor menuju Singapura selepas berlaku kesesakan. Keadaan trafik kembali lancar kira-kira jam 8 pagi.