Pisah kasih di tandas |
- Pisah kasih di tandas
- Terperosok bawah lori
- 4,500 bayi ganti mujahid gugur
- Hoki 'turun taraf'
- 'Bersuamikan' penagih dadah
Posted: 13 Aug 2014 12:31 PM PDT Port Dickson: Seorang tukang cuci wanita ditemui mati oleh suaminya dalam tandas asrama pelajar lelaki Sekolah Menengah Agama Teluk Kemang di sini, selepas diserang sakit jantung ketika bekerja, semalam. Difahamkan, kejadian berlaku jam 10.30 pagi dan mangsa, Rosnani Mat Yusof, 41, sudah bekerja di sekolah itu sejak empat tahun lalu. Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa ada meluahkan keinginan mahu bekerja bersama suami yang juga tukang cuci di sekolah sama. Sumber berkata, pasangan itu mempunyai sembilan anak dan sering melakukan pelbagai kerja lain selepas waktu kerja di sekolah. MAYAT Rosnani dibawa ke hospital.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/14 |
Posted: 13 Aug 2014 12:16 PM PDT Putrajaya: Empat lelaki maut selepas kereta Proton Waja dinaiki mereka terbabas dan merempuh sebuah lori pasir dalam kemalangan di Kilometer 29.5Lebuh raya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) di sini, semalam. Difahamkan, dalam kejadian jam 5.16 pagi itu, empat mangsa terbabit, N Gopi, 28; N Murugan, 41; S Kalaiselvan, 41 dan Mazuan Malik, 42, dalam perjalanan dari Seremban ke Shah Alam. Bagaimanapun, kereta yang dinaiki hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh belakang lori pasir berhenti di lorong kecemasan. Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Mohd Yusoff Awang berkata, semua mangsa maut serta merta di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala. KEADAAN kereta yang terperosok bawah lori pasir.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/14 |
4,500 bayi ganti mujahid gugur Posted: 13 Aug 2014 12:12 PM PDT Malam-malam di Gaza nyata tidak sama seperti di Malaysia. Malam di Gaza sering dihiasi jeritan tangis kanak-kanak, bapa, ibu serta saudara yang kehilangan individu tersayang. Gelap malam di Gaza ada sesekali disinari cahaya, namun kilaunya datang daripada pancaran cahaya roket, peluru dan letupan bom. Ini keadaan biasa bagi kami, tidur kami sering dimulai dengan syahadah kerana tidak pasti esok membuka mata atau membuka mata di dalam liang lahad bertemu Rabbul Jalil. Bumi ini terus menangis, meratapi kehilangan ribuan insan, anak kecil, bayi dan pejuang mujahidin yang gugur di medan pertempuran kerana mempertahankan perjuangan suci. Alhamdulillah, di sebalik kesedihan yang menyelimuti rakyat Gaza saban hari, Allah kirimkan hikmah-Nya terhadap apa yang terjadi. Selepas sebulan rejim Zionis mengganas di bumi Gaza, 4,500 kelahiran direkodkan. KANAK-kanak yang terselamat dalam serangan tentera Israel duduk di atas runtuhan rumah mereka.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/14 |
Posted: 13 Aug 2014 10:08 AM PDT Kuala Lumpur: Aksi hambar pada dua kejohanan utama, Piala Dunia dan Sukan Komanwel menyebabkan skuad hoki negara 'turun taraf' apabila diletakkan dalam Kategori B untuk temasya Sukan Asia yang bakal berlangsung di Incheon, Korea Selatan, bulan depan. Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Sieh Kok Chi berkata, belum pernah dalam sejarah, skuad hoki diletakkan dalam kategori itu yang menyaksikan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) terpaksa mengeluarkan wang dari poket sendiri untuk membiayai segala kos di Incheon. "Sebelum ini, termasuk Sukan Asia 2010, skuad hoki sentiasa diletakkan dalam Kategori A dengan segala kos ditanggung MOM. "Tapi kerana prestasi hambar sejak kebelakangan ini termasuk di Sukan Komanwel menyebabkan kami mengambil keputusan meletakkan mereka dalam Kategori B," katanya. AKSI skuad hoki negara (kuning) ketika beraksi di Sukan Komanwel.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/14 |
Posted: 13 Aug 2014 07:03 AM PDT Ketika Nisha Dirr mula melangkah dalam bidang lakonan 10 tahun lalu, dia membawa bersama pesanan ibunya agar menjaga perilaku dan usah sekali-kali menconteng arang ke muka keluarga. Biarpun ketika itu usianya baru 19 tahun, dia sudah nekad menjadikan pesanan itu sebagai azimat demi memburu cita-cita dalam dunia yang mencabar. Pemilik nama sebenar Nik Shahri'ah Nik Dir ini bersyukur kerana sejak menjadi pelakon dia belum pernah menjadi mangsa gosip liar dan diburu kontroversi. Rezeki juga sentiasa berpihak kepadanya kerana saban minggu ada saja tawaran yang menjemput dan terbaru bakal menjalani penggambaran drama episod berjudul Waris Kasih bagi slot Azalea di TV3.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/14 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |