'Pergilah Hakimi' |
Posted: 22 Aug 2014 02:17 PM PDT Putrajaya: "Kami dengan ikhlas 'melepaskan' Ahmad Hakimi dan kami reda atas ketentuan ini," kata Dr Hanapi Mohd Noor, 67, bapa pembantu juruterbang Penerbangan Malaysia (MAS) Allahyarham Ahmad Hakimi, 29, yang terbabit dalam nahas penerbangan MH17. Dr Hanapi yang juga bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, mereka sekeluarga menerima tragedi dengan ikhlas dan tenang kerana yakin, ada hikmah di sebalik kejadian berkenaan. "Anak kami sudah dipanggil ke hadrat-Nya dan kami yakin serta pasti Allah SWT tetap dengan kasih sayangnya tanpa mengira bagaimana seseorang itu meninggal dunia. "Biarpun tragedi ini (nahas MH17) luar biasa, Allah SWT sudah menjanjikan sebaik-baik ganjaran kepada seseorang yang meninggal dunia melalui cara luar biasa seperti tenggelam, terbakar dan sebagainya," katanya ketika berucap secara rela di khalayak ramai selepas selesai pengebumian jenazah di Tanah Perkuburan Presint 20, di sini, semalam. NORIAH (tengah) yang tidak dapat menahan sebak melihat keranda Hakimi ditenangkan ahli keluarganya, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/23 |
Posted: 22 Aug 2014 01:51 PM PDT Seremban: Walaupun air mukanya tenang, tidak pernah menyatakan rasa rindu kepada arwah Mastura Mustafa yang terkorban dalam tragedi di Timur Ukraine, pada 17 Julai lalu, namun jauh di lubuk hatinya, bapa mangsa amat merindui anaknya itu. Kakak pramugari Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 itu, Munirah Mustafa, 52, berkata, bapa mereka, Mustafa Abdul Samad, 83, sejak ketiadaan Mastura, 40, akibat tragedi berkenaan, setiap minggu dia pulang ke rumah bapanya di Kampung Sentosa, Paroi, di sini, bagi menjaga dan menguruskan keperluan bapanya itu. "Abah tidak pernah beritahu saya dia merindui adik, tetapi setiap kali pulang, dia tidak jemu bercerita mengenai Mastura, apa yang mereka lakukan bersama sebelum ini. "Saya faham abah amat merindui Mastura. Saya sentiasa mengingatkannya supaya sentiasa berdoa dan beristighfar agar tenang," katanya yang ditemui di pekarangan Masjid At-Taqwa, Paroi, di sini, semalam. ANAK tunggal Mastura, Muhriz tidak dapat menahan kesedihan melihat keranda jenazah ibunya di Masjid At-Taqwa.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/23 |
Posted: 22 Aug 2014 01:44 PM PDT Ipoh: "Saya lega dan bersyukur kerana urusan pengebumian ibu yang dirancang dengan bantuan daripada semua pihak khususnya kerajaan berjalan lancar. "Cuma adik (Johan Hippolyte Tourner, 26) yang cukup rapat dengan arwah ibu masih tidak boleh terima kematian ibu disebabkan itu dia tidak menghadiri majlis pengebumian ini," kata Anne Rahimmah Tournier, 29, anak sulung Noor Rahimmah Mohd Noor, mangsa tragedi MH17. Menurut Anne, hanya dia dan bapanya, Hippolyte Tournier, 70, yang pulang ke tanah air menghadiri majlis pengebumian ibunya, manakala adik lelakinya, Johan Hippolyte Tournier, 26, tidak mahu turut serta pada majlis pengebumian kerana belum dapat menerima tragedi menimpa ibunya. Seorang ahli keluarga rapat arwah Noor Rahimmah yang hanya mahu dikenali sebagai Apis berkata, kedua-dua anak terutama yang lelaki cukup rapat dengan arwah. HIPPOLYTE memegang keranda isterinya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Lama Tambun.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/23 |
Posted: 22 Aug 2014 11:32 AM PDT Kota Bharu: Seorang bapa terkejut apabila dua anak yang diberi minum susu kultur buatan tempatan tiba-tiba beraksi ganas selepas bermain dengan alat permainan yang dipek bersama minuman itu. Lebih membuatkannya terkedu apabila mainan terbabit bukan mainan biasa untuk kanak-kanak berumur di bawah enam tahun, sebaliknya dibentuk seperti buku lima. Meskipun diperbuat daripada plastik berukuran 11 sentimeter dan disertakan pen, alat itu tetap mengundang bahaya kerana bentuknya tajam di bahagian hujung sekali gus tidak wajar dijadikan alat permainan kanak-kanak. Bapa terbabit yang mahu dikenali sebagai Wan, 35, berkata, dia tidak menyedari pek susu kultur yang dibelinya dengan harga RM4 di sebuah pasar raya baru-baru ini menyelitkan hadiah permainan itu. BENTUK yang hampir menyerupai buku lima itu boleh mencederakan kanak-kanak.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/23 |
Posted: 22 Aug 2014 10:24 AM PDT Kuala Lumpur: Jurulatih skuad bawah 23 tahun negara (B-23) Datuk Ong Kim Swee berharap anak buahnya tidak tertekan apabila beraksi pada perlawanan pembukaan Sukan Asia menentang tuan rumah Korea Selatan di Stadium Incheon Munhak pada 14 September. Ia pasti tugasan menggunung buat pasukan negara apabila berdepan juara tiga kali yang bakal mendapat sokongan padu penyokong sendiri, namun Kim Swee tetap optimis pertemuan yang pasti menjadi tumpuan itu akan memberikan motivasi kepada pemainnya. "Beraksi perlawanan pertama menentang tuan rumah bagaikan penghormatan buat kami. "Memang perlawanan itu sukar kerana Korea pasukan pilihan, tapi saya percaya pemain akan mendapat lebih motivasi untuk beraksi lebih baik. KIM Swee pasti ada percaturan jerat lawan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/23 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |