LCW buru hadiah hari merdeka |
- LCW buru hadiah hari merdeka
- Bujang 'kurang senang'
- Lori pasir tagih nyawa
- Selamat pulang
- Semai jiwa patriotik
Posted: 30 Aug 2014 02:59 PM PDT PEMAIN perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei mara ke final selepas menang straight set ke atas Viktor Axelsen dengan keputusan 21-9, 21-7, pada Kejohanan Badminton Dunia 2014 di Copenhagen, Denmark, hari ini. Chong Wei tidak berdepan masalah langsung untuk menewaskan lawan dari Denmark yang juga pilihan ke-14 itu dalam perlawanan memakan masa hanya 34 minit. Lawan final pilihan utama dari Malaysia itu adalah sama ada menentang pemenang Chen Long dari China atau pemain Indonesia, Tommy Sugiarto. Kejayaan itu meletakkan Chong Wei dalam laluan terbaik bergelar juara dunia untuk kali pertama dalam kariernya.
Pada aksi suku akhir itu, Chong Wei tenang mengawal permainan terutama di set pertama dan menang dalam 39 minit. Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/30 |
Posted: 30 Aug 2014 02:58 PM PDT Petra Jaya: Sebuah kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terbakar manakala dua unit kereta peronda ditolak ke parit berikutan suasana tegang penyokong di Stadium Negeri apabila Sarawak gagal melangkah ke suku akhir Piala Malaysia, malam tadi. Terdahulu, beratus penyokong Bujang Senang yang dikatakan tidak berpuas hati apabila skuad mereka seri 1-1 menentang Perak, bertindak memasuki stadium selain membaling mercun dan suar. Keadaan semakin tegang apabila anggota keselamatan terpaksa berkampung di tengah padang bagi menghalang penyokong Sarawak. Insiden ini berlaku sebaik wisel perlawanan ditiup apabila rata-rata penyokong bertindak liar membaling objek ke padang. Suasana di Stadium Negeri Petra Jaya selepas Sarawak tersingkir di peringkat Kumpulan B.
Keadaan di luar stadium masih kecoh sehingga memaksa anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) melepaskan peluru pemedih mata. Pada masa sama, polis terpaksa menambah anggota FRU bagi mengawal keadaan. Pada perlawanan penentuan ke pusingan seterusnya, Sarawak mendahului Perak 1-0, melalui tandukan Hairol Mokhtar pada minit ke-60. Gol berkenaan yang hadir pada babak kedua dilihat bagaikan membuka ruang buat Sarawak untuk lolos ke suku akhir. Bagaimanapun, Perak menyamakan kedudukan pada minit ke-76 menerusi Marco Lopes Silva dan sekaligus mengikat kedudukan itu sehingga tamat perlawanan. Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/31 |
Posted: 30 Aug 2014 02:56 PM PDT Dengkil: Nyawa lebih 2,000 penduduk Kampung Bukit Changgang, di sini, boleh diibaratkan seperti telur di hujung tanduk apabila kenderaan dinaiki mereka sering berselisih dengan lori pasir dipandu laju ketika melalui jalan raya kampung itu. Difahamkan, lebih 10 lori mengangkut pasir dari tapak lombong di depan sebuah stesen minyak untuk tujuan aktiviti pembinaan di kawasan sekitar menggunakan jalan kampung berkenaan hampir setiap hari. Tinjauan mendapati, lori pasir itu keluar masuk di simpang berhampiran sebuah stesen minyak seawal jam 7 pagi dan difahamkan beroperasi pada masa tertentu sehingga jam 5 petang. Lori itu didapati menggunakan jalan utama kampung terbabit, sekali gus mengundang bahaya kepada penduduk, terutama pelajar sekolah yang menunggang basikal dan berjalan. LALUAN lori pasir menyebabkan keadaan berhabuk dan berdebu mulai jam 7 pagi hingga 5 petang.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/31 |
Posted: 30 Aug 2014 02:00 PM PDT 'Selamat Pulang Wahai Pejuang'. Itu antara kata-kata yang terzahir bagi penduduk Gaza sebaik melihat kelibat anggota pasukan Briged Izudin Al-Qassam yang kembali berjumpa dengan ibu bapa, anak isteri dan sanak saudara sebaik peperangan tamat, minggu lalu. Kepulangan pejuang jihad ini sememangnya dinantikan oleh orang tersayang. Bukan orang yang mengenali mereka saja yang menanti, sebaliknya semua lapisan masyarakat menunggu kepulangan mereka. Merekalah 'wira hitam' yang sangat digeruni Zionis. Saya merasai suasana hiba itu. Saya melihat seorang lelaki usia emas memeluk anaknya dengan linangan air mata sambil anaknya itu masih memakai pakaian seragam tentera hitam milik briged berkenaan. Mereka ini berjuang, tidak mengira siang malam. Tidur mereka hanya beralaskan batu bata sambil mimpi malamnya hanya lintasan percikan api roket, mahupun bunyi letupan. ANGGOTA pasukan Briged Izudin Al-Qassam yang kembali berjumpa dengan orang tersayang.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/31 |
Posted: 30 Aug 2014 01:18 PM PDT Malaysia Di Sini Lahir�nya Sebuah Cinta menjadi tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-57. Uniknya, ia dipetik daripada lagu Warisan dendangan Allahyarham Sudirman Arshad yang menjadi siulan wajib setiap kali tiba tarikh keramat, 31 Ogos. Tema itu sangat bersesuaian dengan suasana semasa yang diselubungi kepiluan berikutan dua tragedi besar menimpa negara. Dugaan perit kehilangan pesawat penerbangan MH370, diikuti insiden MH17 yang ditembak jatuh baru-baru ini, membangkitkan penyatuan dan rasa cinta rakyat terhadap negara. Tanpa mengira bangsa dan agama, semua sepakat bangkit mempertahankan maruah negara yang menjadi titik tumpu negara luar.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/31 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |