Si kecil selami derita Gaza |
- Si kecil selami derita Gaza
- Ahli keluarga pitam
- Tengkorak bawah bongkah batu
- Idam tiga mata
- Mraz selesa dengan Raining Jane
Posted: 19 Aug 2014 03:09 PM PDT Kuala Lumpur: Usia mereka hanya 10 tahun. Tapi, luahan hati terhadap penderitaan penduduk Gaza menerusi surat dalam Bahasa Inggeris amat mengagumkan. Malah, surat mereka yang kemudiannya dimuat naik ke laman Facebook menjadi viral kerana menarik perhatian ramai pengguna dengan kebanyakannya memberi reaksi positif. Biarpun, beberapa tatabahasa perlu diperbetulkan oleh guru mereka, surat mereka nyata menyentuh hati pengguna laman sosial dan boleh dianggap mencapai maksud penyampaian. Itulah luahan Mohammad Aqeef Mohd Radzlan yang mendakwa dia menulis surat itu bagi menggambarkan perasaannya terhadap penderitaan penduduk Gaza. Aqeef (kanan atas) meluahkan keprihatinan terhadap penduduk gaza manakala Farhad menyatakan perasaan sedih dengan kejadian menimpa bumi Palestin.
Katanya, dia juga sentiasa mengikuti perkembangan semasa mengenai nasib rakyat Palestin di televisyen, media tempatan, laman blog selain berkongsi maklumat dan pengetahuan bersama keluarga serta rakan. Bagi rakannya yang juga anak bongsu daripada dua beradik, Farhad Rusyidi, berkata dia sedih dengan situasi melanda penduduk Gaza. "Isi surat itu mengenai sejarah kedua-dua negara di mana sebelum ini Palestin pernah membantu Israel. Jika Israel hancurkan bumi Palestin, negara itu akan musnah kerana Palestin hidup susah," katanya. Selain itu, guru kelas, Wan Faris Mohd Wan Yusoff, 26, berkata saya kerap mendedahkan maksud kemanusiaan dalam slot pengajaran kepada muridnya. Sementara itu, Guru Besar SK Setiawangsa merangkap Pengerusi Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia, Ruslan Madon berkata pihaknya terkejut dan tidak menyangka surat rasmi yang dimuat naik di laman sosial itu mendapat perhatian pengguna dan orang ramai. "Ini juga perkembangan positif yang pihak kami terima dan ia sesuatu membanggakan. Pihak sekolah sentiasa menekankan kepad murid untuk mempunyai sikap saling membantu di kalangan manusia dan mereka yang memerlukan. "Baru-baru ini, pihak sekolah turut melancarkan kutipan derma di kalangan murid dan ibu bapa dan berjaya mengutip RM6,080 untuk disumbangkan kepada penduduk Gaza," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/20 |
Posted: 19 Aug 2014 11:13 AM PDT The Hague: Suasana penuh pilu menyelubungi upacara sembahyang dan pembakaran lima mayat penumpang serta anak kapal pesawat penerbangan MH17 warga Malaysia beragama Buddha di pusat pengurusan mayat di Monuta di sini apabila ahli keluarga mangsa menangis dan pitam akibat kesedihan. Upacara khas itu yang bermula jam 8.30 pagi, semalam waktu tempatan dihadiri lebih 40 ahli keluarga mangsa yang dibawa menaiki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong. Kesedihan jelas dilihat apabila ahli keluarga mangsa tidak henti meratap sedih sepanjang satu jam upacara itu dilakukan. Lima keranda berisi mayat mangsa terlebih dahulu disusun di hadapan dewan khas sebelum upacara keagamaan dimulakan. DUA rakyat Malaysia mangsa nahas MH17 dibawa ke pusat pembakaran di Zoetermeer di Monuta Innemee, S-Gravenhage, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/20 |
Posted: 19 Aug 2014 11:06 AM PDT Petaling Jaya: Seorang pekerja kontrak warga asing terkejut apabila menemui tengkorak manusia ketika sedang mengalihkan bongkah batu di bawah tangga sebuah pangsapuri berhampiran PJCC Taman Medan, Petaling Jaya di sini, pagi semalam. Dalam kejadian jam 11.45 pagi itu, pekerja berusia 30-an itu sedang mengalihkan beberapa bongkah batu di bawah pangsapuri yang sedang melalui proses pengubahsuaian itu. Pekerja yang hanya dikenali sebagai Ahmad berkata, dia terkejut apabila mendapati terdapat tengkorak manusia di dalam timbunan batu itu. "Saya langsung tidak sangka ia adalah tengkorak, saya ingatkan besi buruk ataupun bongkah batu sehinggalah saya ternampak bahagian mata dan mulut tengkorak itu," katanya. KEADAAN tengkorak manusia yang dijumpai pekerja ubah suai di sebuah pangsapuri, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/20 |
Posted: 19 Aug 2014 09:55 AM PDT Kuala Lumpur: Rentak kemenangan mahu diteruskan juara 32 kali Piala Malaysia, Selangor apabila bertemu PDRM di Stadium Shah Alam, malam ini. Kedua-dua pasukan bermula dengan kemenangan apabila Selangor menumbangkan T-Team, 2-1 dan PDRM yang juga juara Liga Perdana menewaskan pencabar dari Liga Super, Sime Darby FC (SDFC) 3-0 pada perlawanan pembukaan Kumpulan D, minggu lalu. Kehebatan PDRM yang menumbangkan pasukan di kedudukan kelima Liga Super itu menjadi perhatian pemain Merah Kuning bagi memastikan mereka tidak berputih mata dan menjadi mangsa seterusnya apabila turun di gelanggang sendiri buat kali pertama dalam kancah Piala Malaysia. "Lawan bagus, namun kami tak perlu takut apabila beraksi di gelanggang sendiri. Kami perlu memanfaatkan kelebihan beraksi di depan penyokong sendiri bagi memastikan kemenangan," kata tonggak import, Andik Vermansah. ANDIK (tengah) yakin pecah benteng lawan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/20 |
Mraz selesa dengan Raining Jane Posted: 19 Aug 2014 08:52 AM PDT Selepas dua tahun tidak mengeluarkan produk baru, penyanyi dan penulis lagu Jason Mraz yang mencipta nama dalam industri muzik menerusi lagu I'm Yours, akhirnya melancarkan album terbaru, Yes!. Istimewanya, album kelima penyanyi dari Amerika Syarikat itu adalah album akustik pertamanya dan turut menampilkan kumpulan pop rock indie wanita, Raining Jane yang dianggotai empat wanita iaitu Mai Bloomfield, Chaska Potter, Mona Tavakoli dan Becky Geb�hardt. Album memuatkan sebanyak 14 lagu itu turut mencatat jualan memberangsangkan sejak dilancarkan pada 15 Julai lalu, sekali gus menduduki tempat kedua di carta muzik Amerika Syarikat, Billboard 200. Menceritakan mengenai album Yes! serta kolaborasi�nya dengan Raining Jane, pemilik nama sebenar Jason Thomas Mraz berkata, dia mengenali kumpulan itu ketika mengadakan persembahan di satu pesta pada September 2006.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/20 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |