Takbir bergema di Gaza |
- Takbir bergema di Gaza
- Salah wajah mirip ayah
- Tabah menanti...
- Demi negara
- Cabaran baru Ella, Mas Idayu, Dayang
Posted: 26 Aug 2014 01:25 PM PDT Gaza: "Semua rakyat Gaza berada jalan raya. Mereka melaungkan takbir dan zikir sempena gencatan senjata jangka panjang yang termeterai antara Hamas dan Israel, petang tadi (malam tadi waktu Malaysia). Begitulah kata penuntut Malaysia yang belajar di Universiti Islam Gaza, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman. "Rata-rata rakyat Gaza turun ke jalan raya dan berhimpun beramai-ramai sambil mengalunkan takbir serta munajat kepada Tuhan. "Ada di antara rakyat Gaza yang menitiskan air mata sambil bersujud terhadap gencatan senjata berkenaan. Takbir saling bersahutan sejak lewat petang tadi sebagai tanda kesyukuran. JURUCAKAP Hamas, Fawzi Barhoum, dijulang oleh rakyat Palestin selepas gencatan senjata terbaru dipersetujui kedua-dua pihak. FOTO Reuters
Mengikut maklumat oleh beberapa agensi berita antarabangsa, Israel akhirnya mengalah dalam peperangan dan memberikan persetujuan `gencatan senjata tanpa had' yang sekali gus menamatkan peperangan tujuh minggu di Gaza. Pegawai kanan Israel memberitahu: "Kami sudah menerima cadangan yang diusahakan oleh Mesir, termasuk menamatkan peperangan ini." Mesir dalam satu kenyataan di Kaherah mendakwa antara dipersetujui adalah membuka sempadan antara Israel dan Gaza untuk membawa masuk bantuan kemanusiaan dan bahan binaan. Difahamkan, kedua-dua pihak iaitu Hamas dan Israel akan kembali ke meja rundingan sebulan selepas ini. Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/27 |
Posted: 26 Aug 2014 11:44 AM PDT Kuala Lumpur: "Saya tak tahu apa salah saya sehingga emak begitu membenci dan membuang saya sejak kecil hingga sekarang biarpun saya sudah berjaya menyambung pelajaran ke peringkat tertinggi." Demikian keluhan pemuda malang mahu dikenali sebagai Razman, 20, yang pernah mengalami pengalaman pahit didera ibu sendiri ketika kecil hanya kerana rupa parasnya seiras bapanya. Menurutnya, selepas ibu bapanya bercerai ketika dia berusia tujuh tahun dia tinggal bersama ibu dan ketika itu bermula episod hitam di dalam hidupnya apabila ibunya selalu memukulnya biarpun hanya melakukan kesalahan kecil. "Saya dilabel ibu sebagai anak sial dan dia sering meluahkan sesalan kerana tidak membunuh saya ketika saya masih bayi. Kadangkala, saya tak buat salahpun ibu akan rotan saya," katanya. RAZMAN
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/27 |
Posted: 26 Aug 2014 11:26 AM PDT Bintulu: "Saya tidak pernah berputus asa, malah sering berdoa semoga ada berita baik mengenai jenazah suami," kata Simbut Kedit, 39, isteri kepada Meling Mula, 48, yang terkorban dalam nahas Penerbangan Malaysia (MAS), MH17, 17 Julai lalu. Simbut berkata, dia bersama anak tetap tabah menanti berita mengenai pengecaman jenazah suaminya yang masih belum diketahui sehingga kini. "Setiap kali ada pengumuman mengenai pengecaman mayat, saya sentiasa berharap nama suami ada dalam senarai. "Namun, setakat ini belum ada perkembangan terbaru mengenainya, saya perlu bersabar dan berdoa semoga semuanya berjalan dengan baik," katanya ketika dihubungi, semalam. SIMBUT bersama anaknya Gabriel melihat gambar Meling, di kediaman mereka di Rancangan Perumahan Rakyat Sungai Plan, Bintulu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/27 |
Posted: 26 Aug 2014 10:12 AM PDT Kuala Lumpur: Isu berebut pemain tidak timbul apabila ketua jurulatih Harimau Malaya Dollah Salleh bersedia melepaskan mana-mana pemain senior untuk bersama skuad bawah 23 tahun (B-23) kendalian Datuk Ong Kim Swee ke Sukan Asia Incheon, bulan depan. Skuad kebangsaan akan memulakan kem latihan kedua di bawah kendalian Dollah pada 4 September ini, sehari selepas rakan sejawatnya Kim Swee mengumpul 25 pemain bagi sesi pemilihan ke temasya Sukan Asia. Kim Swee merancang untuk memanggil lima pemain senior yang kemungkinan besar berada dalam senarai 35 pemain skuad Dollah bagi sesi latihan pusat serta aksi persahabatan antarabangsa dengan Indonesia di Jakarta pada 14 September ini. Antara yang berada dalam perhatian pengendali Harimau Muda A itu adalah pemain pertahanan yang juga kapten skuad kebangsaan Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak, S Subramaniam, pemain tengah Brendan Gan, penyerang Mohd Nor Farhan Muhammad dan Bobby Gonzales. BOBBY (dua dari kanan) sedia dipanggil Kim Swee.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/27 |
Cabaran baru Ella, Mas Idayu, Dayang Posted: 26 Aug 2014 06:22 AM PDT Bukan mudah untuk menggandingkan tiga penyanyi bertaraf le�genda ini dalam satu program mahupun sesi fotografi. Maklumlah, agenda seni masing-masing sangat padat dengan pelbagai acara dan undangan persembahan. Namun, pentas Mentor Legend berjaya menemukan tiga penyanyi hebat dari genre muzik berbeza ini bersaing mencari protege terbaik mereka. Jika penyanyi Ella mempelopori genre muzik rock, Dayang Nurfaizah pula menampilkan genre pop dan R&B, manakala Mas Idayu pula mewakili irama dangdut.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/27 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |