Maut disangka tidur |
- Maut disangka tidur
- Malaysia di hati Gaza
- Pergi balik solo
- Skuad olahraga enggan pulang tangan kosong
- Amy tidak percayakan botoks
Posted: 15 Aug 2014 03:30 PM PDT Juru: Dua lelaki berusia 30-an ditemui mati di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda di sebuah stesen minyak di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Juru (arah selatan), malam tadi. Difahamkan, kejadian disedari orang awam kira-kira jam 7.30 malam selepas melihat kedua-dua lelaki itu dalam keadaan mencurigakan dan enjin kenderaan itu masih hidup sebelum memaklumkan kepada pekerja stesen minyak berkenaan. Pekerja stesen minyak berkenaan yang pada mulanya menyangka kedua-dua lelaki itu tidur cuba mengejutkan mereka dan menghubungi polis selepas kedua-duanya tidak memberikan reaksi. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kedua-dua lelaki itu ditemui mati di tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan. ANGGOTA forensik memeriksa kereta mangsa selepas dimaklumkan orang awam mendapati dua orang lelaki melayu dan cina berumur 30 an tidak sedarkan diri sejak pukul 7.30 malam tadi. FOTO Amir Irsyad Omar ANGGOTA polis mengusung salah seorang mayat daripada dua orang lelaki bangsa melayu dan cina. FOTO Amir Irsyad Omar
|
Posted: 15 Aug 2014 03:30 PM PDT Kaherah (Mesir): "Saya sayang Malaysia. Saya hormati pengorbanan Malaysia." Itulah luahan hati pemuda Palestin yang sukar untuk berkata-kata berikutan wajah yang berubah cacat akibat serangan senjata kimia rejim Zionis. Di sebalik kecederaan parah di muka yang turut mengakibatkan mata kanannya buta, Ahmed Hamid, 24, masih cuba melemparkan senyuman apabila diberitahu rombongan Misi Kemanusiaan Malaysia ke Gaza diketuai Presiden Kelab Putera 1Malaysia melawatnya, di Hospital Institut Nasser, di sini, malam tadi. Ahmed kemudiannya membuka kata yang diterjemahkan dari bahasa Arab ke Melayu oleh Pengarah Jabatan Agama FELDA, ustaz Hasanuddin Mohd Yunus. AHMED masih bersemangat untuk berbicara meskipun melecur teruk di muka. FOTO Miorazlan Mior Kamarulbaid
"Saya mendoakan semua rakyat Malaysia bahagia. Kita semua adalah satu masyarakat yang dicipta oleh Allah SWT dan kita semua menuju kepada-Nya," katanya. Difahamkan, Ahmed akan menjalani pembedahan dalam masa terdekat untuk memulihkan sebahagian daripada struktur wajahnya. Sementara itu, sukarelawan misi sedang melakukan persiapan akhir untuk bergerak ke sempadan Rafah kira-kira 2 pagi (7 pagi waktu Malaysia), 16 Ogos. |
Posted: 15 Aug 2014 03:09 PM PDT Kuching: "Dia (Muhamad Afif Tambi) pergi seorang diri untuk jumpa keluarga mereka di sana (Kazakhstan) dan pulang pun berseorangan," kata Adenan Jiee, 60, bapa saudara kepada Muhamad Afif selepas jenazahnya 'pulang' berseorangan berikutan ibu bapa serta tiga adiknya masih dalam proses pengecaman. Muhamad Afif adalah antara 16 penumpang dan anak kapal yang sudah dikenal pasti identiti selepas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17, dinaiki bersama keluarganya dalam perjalanan dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur terhempas dipercayai ditembak di Timur Ukraine, 17 Julai lalu. Selain Afif, turut terbunuh dalam tragedi paling buruk dalam sejarah negara adalah kedua ibu bapanya, Tambi, 48, dan Ariza Gazalee, 46, serta tiga lagi adiknya, Mohd Afzal, 17; Marsha Azmeena, 15 dan Mohd Afruz, 13. Adenan berkata, mereka sekeluarga lega selepas hampir sebulan menanti berita menimpa adik lelakinya sekeluarga. Adenan menatap foto mangsa bersama keluarga.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/16 |
Skuad olahraga enggan pulang tangan kosong Posted: 15 Aug 2014 01:10 PM PDT Nanjing: Skuad olahraga pelapis negara di temasya Sukan Olimpik Remaja (YOG 2014) yang secara rasmi bermula Isnin ini enggan pulang dengan 'tangan kosong', sebaliknya nekad meraih pingat tanpa mengira warna pada cabaran edisi kedua penganjuran sukan remaja terbesar dunia itu. Atlet lompat tinggi negara, Norshafiee Mohd Shah berkata, walaupun tidak diletakkan sandaran, dia tetap berhasrat menjadi antara penyumbang pingat bagi mengharumkan nama negara di pentas sukan dunia. "Saya sedar bahawa kejohanan ini bertaraf tinggi namun itu bukan alasan untuk kami sebagai atlet pelapis negara gentar kepada lawan. "Kalau boleh saya ingin membawa pulang pingat tanpa mengira warna walaupun di atas kertas ia agak mustahil kerana ramai atlet handalan dunia seperti dari Russia, Australia dan Belanda yang akan memberi cabaran hebat nanti," katanya semalam. NORSHAFIEE (kanan), Kirthana dan Rizzuan (kiri) mengulangkaji pelajaran di Perkampungan Sukan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/16 |
Posted: 15 Aug 2014 10:23 AM PDT Selepas menjuarai program Asia Bagus! pada 1993 di Jepun, nama penyanyi dan pelakon Amy Mastura terus bertahan dalam bidang seni tanah air hampir dua dekad. Bukan saja hebat di pentas nyanyian dan lakonan, bekas pramugari Penerbangan Malaysia ini juga berbakat dalam bidang pengacaraan sepanjang berkecimpung dalam bidang hiburan selama 20 tahun. Mengekalkan imej bersih tanpa gosip liar, nama Pelakon Filem Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-14 (filem Puteri Impian) ini, mampu duduk sebaris dengan rakan seperjuangan seperti Ziana Zain, Fauziah Latiff, Erra Fazira dan Ning Baizura hingga kini. Namanya turut menjadi pilihan sebagai duta untuk jenama terkenal seperti Quaker Oat, Life Buoy, Omega dan Kose. Kehebatan Amy juga terbukti kerana ramai menganggap penampilannya dalam Anugerah Bintang Popular BH 2013 (ABPBH 2013) Mei lalu bersama Fara Fauzana dan kumpulan Shiro sebagai 'penyelamat' dalam menyemarakkan lagi acara berprestij berkenaan. Itulah aura dan kehebatan pelakon dan penyanyi yang popular dengan lagu Jawapan Kasih, Sha Na Na Na dan Happy ini.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/16 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |