Israel bunuh tujuh sekeluarga |
- Israel bunuh tujuh sekeluarga
- 'Anak awak cukup sifat'
- Rintihan anak dari Sumatera
- 'Gol pelik' cetus tanda tanya
- Nyanyian, lakonan fokus utama Daiyan
Posted: 20 Aug 2014 03:07 PM PDT Gaza: Israel melancarkan serangan udara pada pagi Rabu yang mengorbankan tujuh ahli keluarga termasuk seorang wanita sarat mengandung dan tiga anaknya, menurut pegawai kesihatan Palestin. Mangsa dikenal pasti sebagai Raafat al-Louh, adik-beradiknya Muhammad dan Ahmad, isterinya yang sarat mengandung Nabila, serta anak lelakinya Farah, Maysara dan Mustafa. Anggota keselamatan juga gagal menyelamatkan nyawa janin Nabila yang hampir sembilan bulan mengandung. Keluarga Al-Louh yang tinggal di Deir al-Balah antara sekurangnya 20 warga Palestin yang terkorban selain lebih 120 cedera sejak gencatan senjata sementara itu tamat dan Israel memulakan semula serangan udara ke atas Gaza.. AHLI keluarga menghadiri upacara pengebumian di Deir al-Balah. FOTO EPA
Pegawai kesihatan Gaza berkata, jumlah kematian meningkat kepada 2,028 orang sejak serangan Israel bermula pada Julai lalu. - Agensi Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/21 |
Posted: 20 Aug 2014 12:10 PM PDT Kota Bharu: Meskipun tidak dapat menatap wajah anaknya buat kali terakhir, ibu pembantu juruterbang pesawat penerbangan MH17 milik Penerbangan Malaysia (MAS) Ahmad Hakimi Hanapi, 29, tetap lega apabila dimaklumkan jasad anaknya cukup sifat. Noriah Daud, 57, dilapor terharu dan mengucap syukur sebaik mendengar bait ayat 'anak awak cukup sifat' oleh petugas yang mengurus jenazah mangsa MH17. Perkara itu dimaklumkan Noriah kepada ibunya Zaleha Bawal Khan, 73, yang memberitahu semua urusan memandi dan mengkafankan jenazah cucunya berjalan baik. "Dia memberitahu ayat pertama diberitahu petugas kepada mereka di Amsterdam Ahmad Hakimi cukup sifat. Kami bersyukur mendengarnya. ZALEHA (tengah) menunjukkan jenazah cucunya yang diletakkan di dalam keranda.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/21 |
Posted: 20 Aug 2014 11:59 AM PDT Melaka: "Ummi tolong adik ummi...adik dah tak tahan duduk sini. Nak makan pun susah sampai kena kerja di sawah setiap hari," rayu Suliza Kassim, 18, ketika menghubungi ibunya, Azizah Ahmad, 49, petang, kelmarin selepas dua bulan terkandas di Jambi, Sumatera, Indonesia, kerana mengikut kekasihnya pulang ke negara asalnya. Anak bongsu daripada lima beradik itu kini terkandas di kampung kekasihnya selepas dibawa pulang lelaki terbabit dikenali sebagai Laili Iskandar 30-an yang membawa Suliza masuk secara haram ke negara itu pada Jun lalu. Azizah kini tidak mengetahui bagaimana nasib anak gadisnya selepas mendakwa Suliza sudah bernikah dengan lelaki terbabit dan kini hamil serta bekerja keras untuk menyara kehidupan hariannya. Tertekan dengan nasib menimpanya, ibu tunggal yang menghidap tiroid dan penyakit jantung kini dirawat di Hospital Melaka selepas menerima panggilan anaknya merayu membantunya pulang. KANDUNGAN SMS yang diterima mendakwa Suliza mahu berkahwin dengan Laili. AZIZAH yang dirawat di Hospital Melaka cuba menghubungi anaknya semalam, namun gagal.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/21 |
Posted: 20 Aug 2014 11:31 AM PDT Kuala Lumpur: Pahang pasti lega kerana membawa pulang tiga mata hasil kemenangan 2-1 ke atas LionsXII dalam aksi kedua Kumpulan A Piala Malaysia namun insiden 'gol pelik' pasukan tuan rumah masih menjadi bualan hangat selepas perlawanan di Stadium Jalan Besar itu berakhir kelmarin. LionsXII mendapat gol lewat permainan selepas Safuwan Baharudin merampas bola yang pada mulanya disangka sudah terkeluar oleh pertahanan Pahang kerana terkena penjaga garisan Sabri Mat Daud yang berada di dalam padang sebelum pemain tengah itu mengumpan kepada Faris Ramli untuk dijaringkan. Meskipun gol itu tidak memberi kesan kepada kemenangan pasukan pelawat namun kapten skuad Tok Gajah Mohd Razman Roslan tetap mempersoalkan insiden itu. "Memang gol kerana bola masih belum keluar dari kawasan permainan, tapi sepatutnya penjaga garisan berada di luar padang. Saya fikir bola sudah terkeluar kerana kalau bola terkena penjaga garisan mestilah di luar padang. Sufian Anuar (dua dari kanan) diasak Razman.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/21 |
Nyanyian, lakonan fokus utama Daiyan Posted: 20 Aug 2014 10:15 AM PDT Tidak keterlaluan dikatakan Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 21, bakal mencipta populariti dalam industri hiburan tanah air. Tanpa perlu melalui cabaran besar menyertai pertandingan nyanyian dan lakonan, pemegang Diploma Perakaunan dari Universiti institut Teknologi MARA (UiTM), Melaka ini bertuah kerana dilamar menjadi artis di bawah pengurusan Astro Talent & Management. Berkebolehan bermain piano sejak berusia lapan tahun dan belajar bermain gitar sendiri menerusi Internet dan kawan-kawan pada usia 14 tahun, anak kedua daripada lima adik beradik ini juga mampu menyanyi dengan baik dan mempunyai pengikut hampir 200,000 menerusi medium YouTube. "Ketika belajar piano di Yamaha Music sehingga usia 16 tahun, saya kerap didedahkan dengan konsert di depan khalayak ramai. Di situ ia dapat membina keyakinan setiap pelajar. Pada usia 16 tahun juga, saya mula bergiat aktif secara 'indie' dalam bidang seni. "Saya ada saluran Myspace yang menjadi tempat memaparkan karya nyanyian saya. Dari situ saya banyak diundang terbabit dengan persembahan di karnival beli. Sebaik mencecah usia 19 tahun, langkah saya diperluaskan lagi menerusi medium YouTube pula.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/21 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |