Tiga beranak terbunuh

Tiga beranak terbunuh


Tiga beranak terbunuh

Posted: 23 Aug 2014 03:06 PM PDT

Lubok Antu: Seorang ibu dan dua anak lelakinya terbunuh apabila Perodua Alza dinaiki bertembung sebuah van dalam kemalangan di Jalan Sri Aman-Betong, lewat petang semalam.

Kemalangan berlaku pada jam 5.45 petang mengorbankan wanita berusia 37 tahun serta anak lelaki masing-masing berusia lapan dan 20 tahun.

Ketua Polis Daerah Lubok Antu, Deputi Superintendan James Johnanthan berkata, tiga beranak itu maut di tempat kejadian manakala suaminya parah.

Beliau berkata, pemandu van patah kaki kiri dan dikejarkan ke Hospital Betong untuk rawatan lanjut.

Foto


"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki empat beranak dalam perjalanan dari Sarikei ke Sri Aman, bergesel dengan sebuah MPV dari arah sama.


"Kenderaan dinaiki mangsa kemudian berpusing dan secara kebetulan, sebuah van dinaiki tiga lelaki datang dari arah bertentangan gagal mengelak lalu merempuh.

"Rempuhan itu menyebabkan ketiga-tiga beranak tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Menurutnya, mayat tiga beranak itu kemudian dibawa ke Hospital Sri Aman untuk bedah siasat manakala punca kemalangan masih dalam siasatan polis.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/23

Rakaman ubat rindu

Posted: 23 Aug 2014 01:53 PM PDT

The Hague: "Ibu (Fatimah Ibrahim, 64) akan mendengar rakaman suara Firdaus setiap kali dia rindukan adik. Hati saya sebak melihat keadaannya," kata Muhammad Faris Abdul Rahim, 29, abang kepada pembantu juruterbang Muhamad Firdaus Abdul Rahim, 27, yang terkorban dalam tragedi pesawat MH17.

Dia yang ditemui di Hotel Novotel, di sini, semalam berkata, rakaman suara adiknya sepanjang lebih seminit itu perbualan terakhir antara Firdaus dengan menara kawalan di Lapangan Terbang Schiphol, di sini, ketika pesawat MH17 berlepas ke Malaysia pada 17 Julai lalu.

Menurutnya, rakaman suara yang turut tersebar melalui laman YouTube itu kerap diulang dengar ibunya saban hari sejak nahas itu berlaku.

"Suara Firdaus bagaikan menjadi pengubat rindunya. Kemanjaan adik selama ini menyebabkan ibu sukar mempercayai apa yang berlaku. Kerap ibu menangis sedih ketika makan. Dia masih rindukan Firdaus," katanya sebak.

Foto

MUHAMMAD Faris


Menurutnya, dia dan dua kakaknya mengambil keputusan datang ke Amsterdam bagi mengetahui perkembangan yang berlaku terhadap jenazah adiknya.


"Kami dimaklumkan, jenazah adik tidak dapat dihantar pulang bersama kumpulan 20 jenazah pertama Khamis lalu berikutan perlu melalui bedah siasat.

"Keadaan mayatnya yang sempurna membolehkan bedah siasat dilakukan pihak forensik bagi mencari bukti dan punca nahas pesawat MH17. Ada kemungkinan jenazah adik saya dibawa pulang ke tanah air bersama dua mangsa lain hari ini (semalam)," katanya.

Katanya, jenazah adiknya akan dikebumi bersebelahan kubur ayah di Tanah Perkuburan Islam Daerah Hilir Perak, Jalan Sultan Abdullah, Teluk Intan, Perak.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/24

Mayat bayi terapung di tali air

Posted: 23 Aug 2014 01:46 PM PDT

Langkawi: Mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui tersangkut pada ranting pokok dan terapung di dalam tali air di Kampung Titi Cangwang, Mukim Ulu Melaka, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.30 petang, orang ramai yang terlihat sebahagian badan mayat bayi tenggelam di dalam air melaporkan penemuan itu kepada polis.

Ketua Polis Daerah Langkawi Superintendan Harrith Kam Abdullah mengesahkan, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian daripada orang awam.

"Sepasukan anggota dikejarkan ke tempat kejadian untuk melakukan siasatan. Siasatan awal mendapati tiada kecederaan fizikal pada mangsa.

Foto

MAYAT bayi lelaki ditemui tersangkut pada ranting pokok dan terapung di tali air.


"Mayat bayi yang memakai lampin pakai buang itu dibawa ke Hospital Langkawi sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah untuk bedah siasat," katanya.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/24

RvP kembali

Posted: 23 Aug 2014 01:25 PM PDT

Manchester, United Kingdom: Robin van Persie (gambar) kembali disenaraikan di dalam kesebelasan utama Manchester United sekali gus membawa khabar gembira buat pengurus Louis van Gaal menjelang pertemuan kedua Liga Perdana Inggeris menentang Sunderland malam ini.

Van Gaal berharap anak buahnya dapat bangkit daripada kekalahan 2-1 di tangan Swansea minggu lalu dan beliau berdepan masalah kecederaan di bahagian tengah dengan Ander Herrera muncul pemain terbaru yang terpaksa diketepikan selain Michael Carrick, Marouane Fellaini dan Jesse Lingard.

Jonny Evans, Luke Shaw serta Antonio Valencia mungkin turut terlepas aksi di Stadium of Light malam ini dan ketika van Gaal amat berharap kepada kekuatan bahagian berkenaan, jentera serangannya pula dilihat sudah kembali kukuh.

Van Persie diberikan rehat lebih panjang selepas membantu negaranya di separuh akhir Piala Dunia Brazil tetapi minggu ini bakal menjadi aksi pertama penggempur Belanda itu sejak ditundukkan 3-0 oleh Liverpool, Mac lalu.

Foto


Formasi 3-4-1-2 yang diamalkan van Gaal menuntut kekuatan jentera serangan yang dibarisi Juan Mata, van Persie serta Wayne Rooney.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/24

Nekad berhijab

Posted: 23 Aug 2014 04:36 AM PDT

Kemunculan penyanyi Adira Suhaimi, 23, di Balai Berita, Selasa lalu, mencuri perhatian ramai. Sejak bila penyanyi cantik berkulit putih gebu ini bertudung?

Itulah soalan pertama ketika menyambut kedatangan Adira. Dengan senyuman manis, anak jati Ranau, Sabah ini menjelaskan, dia baru berhijab dan sengaja tidak memaklumkan kerana mahu buat kejutan apabila bertemu.

Kata Adira, hasrat bertudung sudah lama tersimpan, cuma baru kini benar-benar bersedia melaksanakan kewajiban itu. Nyata langkah dilakukannya membawa ketenangan di hati, malah sangat selesa dengan imej barunya.

"Ahad lalu, saya tiba-tiba rasa mahu pakai tudung apabila bangun tidur. Saya tanya pada diri, bila lagi mahu melaksanakan kewajiban ini. Saya mengadap cermin dan terus pakai tudung. Seharian di rumah saya bertudung.

Foto


"Perubahan itu tentu menggembirakan keluarga saya, lebih-lebih lagi mak. Esoknya, saya pulang ke ibu kota dan terus berhijab sampai sekarang.


"Saya nekad berhijrah dan rasa sangat selesa dengan perubahan ini. Sikit pun tak rasa kekok kerana di bangku sekolah dulu pun memang bertudung," katanya.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/24