Nahas MH17: 'Kesabaran teruji cari bukti' |
- Nahas MH17: 'Kesabaran teruji cari bukti'
- Proaktif lonjak pendidikan
- Bantuan persekolahan mesti seimbang
- Abdul Khalid sedia disiasat
- Lembaga Disiplin PKR serah surat tunjuk sebab
- Nahas MH17: Pertempuran di Donestk sukarkan misi pencarian
Nahas MH17: 'Kesabaran teruji cari bukti' Posted: 05 Aug 2014 04:50 PM PDT Meskipun dentuman bedilan bom dan tembak menembak di antara tentera Ukraine dan pemisah jelas kedengaran, pasukan penyiasat Malaysia, diketuai Tan Sri Khalid Abu Bakar bersama penyiasat dari Belanda dan Australia, cekal berada di lokasi nahas MH17 untuk mencari bukti. Ikuti pengalaman dilalui Ketua Polis Negara, seperti diceritakan kepada wartawan BH, Safeek Affendy Razali, semalam. Kesabaran kami ketika hendak menjalankan siasatan di lokasi nahas, pagi semalam (kelmarin) mula diuji ketika mengharungi perjalanan lebih 100 kilometer dari Forward Operation Base (Pangkalan Operasi Hadapan) di Solidur ke Torres di Donetsk. Apa tidaknya, pasukan kami terdiri daripada 12 pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM), 14 pegawai penyiasat Belanda dan 12 pegawai penyiasat Australia terpaksa menghadapi 14 sekatan jalan raya, iaitu 10 oleh tentera Ukraine dan empat oleh puak pemisah sebelum dibenarkan masuk ke kawasan nahas. Kemudian, niat memulakan tugas sebelum tengah hari, sekali lagi terhalang selepas puak pemisah dan tentera Ukraine tiba-tiba bertempur tidak jauh dari kedudukan kami sehingga memaksa semua pegawai dalam misi siasatan mencari perlindungan di ladang gandum. Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/ |
Posted: 05 Aug 2014 04:47 PM PDT 11 individu, pakar dilantik anggotai MPPK sesi 2014-2016 Putrajaya: Pelantikan 11 individu termasuk pakar akademik menganggotai Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) sesi baharu 2014 - 2016 diharap bertindak proaktif dalam membantu melonjakkan sistem pendidikan negara. "Kepelbagaian latar belakang dan kepakaran ahli MPPK diharap dapat membantu kementerian terutama dari segi pandangan dan nasihat dalam perkara berkaitan pendidikan, khusus bagi menjayakan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025 serta Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN)," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis mesyuarat MPPK yang pertama sebelum menyampaikan watikah pelantikan anggota MPPK sesi baharu, di sini semalam. MPPK sesi baharu dipengerusikan oleh Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad, yang juga Pengerusi Panel Penasihat Sekolah Kluster Kecemerlangan manakala Pengerusi Majlis Profesor Negara, Tan Sri Profesor Dr Zakri Abdul Hamid, dilantik selaku Timbalan Pengerusi MPPK. Anggotanya termasuk Pengerusi Ahli Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Tan Sri Napsiah Omar; Presiden Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki serta Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan. Baki tiga lagi anggota MPPK ialah Felo Penyelidik Utama Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Profesor Dr Teo Kok Seong; Felo Penyelidik Institut Kajian Etnik UKM, Datuk Dr Denison Jayasooria dan Pengetua Sekolah Menengah Sri KDU, Datin Ong Guan Siew. Selain itu, Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan, berkata kepentingan menubuhkan majlis itu diperuntukkan dalam Akta Pelajaran 1961 dan diteruskan dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), di bawah Seksyen 10. Katanya, beliau akan mempengerusikan mesyuarat MPPK sekurang-kurangnya dua kali setahun untuk mendengar pandangan dan nasihat MPPK berkaitan pendidikan, khususnya mengenai pelaksanaan PPPM serta PSPTN selain kesepaduan dan kesinambungan pendidikan di sektor pelajaran dan pengajian tinggi. "Kita mengamalkan sikap yang agak terbuka. Walaupun ada dasar tertentu yang kita laksanakan selepas diputuskan Jemaah Menteri dan berdasarkan undang-undang, hakikatnya kita sentiasa terbuka kerana proses pendidikan adalah sesuatu yang amat dinamik serta berubah sepanjang masa," katanya. |
Bantuan persekolahan mesti seimbang Posted: 05 Aug 2014 04:45 PM PDT Putrajaya: Bantuan pendidikan yang disalurkan kerajaan kepada sekolah di bandar dan luar bandar harus diseimbangkan bagi memastikan sistem pendidikan negara terus cemerlang. Pengerusi Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK), Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad, berkata usaha mewujudkan keseimbangan dalam pendidikan menjadi antara cabaran utama MPPK bagi membantu melonjak pendidikan negara ke tahap lebih baik. "Seolah-olah sekarang kita hanya majukan yang maju, kita majukan Victoria Institution (VI)... kita majukan (Sekolah) St John, tapi Sekolah Hutan Melintang macam mana pula. "Saya takut nanti kita berat sebelah, majukan sekolah yang sudah maju, yang tidak maju bagaimana? Bagi saya, selesaikan perkara ini dahulu supaya pendidikan dapat terus dimajukan dan barulah dunia akan mengiktiraf usaha kita," katanya. Beliau berkata demikian selepas menerima Watikah Lantikan Anggota MPPK Sesi 2014 - 2016 yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di sini semalam. Selain itu, Abdul Rahman berkata, beberapa aspek perlu diberi perhatian bagi meningkatkan pendidikan negara bermula daripada tahap prasekolah hingga ke peringkat pengajian tinggi. "Kita bukan melahirkan pekerja semata-mata tapi melahirkan manusia yang berguna kepada masyarakat dan negara," katanya. |
Posted: 05 Aug 2014 04:00 PM PDT Nafi dakwaan tak amanah, dipecat daripada PKR Shah Alam: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sedia berdepan siasatan dan dihakimi, sekiranya beliau tidak berlaku amanah sepanjang pentadbirannya. Beliau mendakwa, sentiasa berpegang pada konsep ketelusan dan bertanggungjawab sepanjang menjalankan tugasnya selama ini. "Saya bersedia dihakimi atau disemak, jadi pada saya itu adalah reformasi yang dilalui, maknanya kita percaya pada ketelusan dan bertanggungjawab. "Saya (bersedia) menerima segala teguran terhadap kelemahan dan kesilapan sepanjang pentadbiran saya dalam kerajaan negeri tetapi ia perlu dilakukan secara berhemah," katanya. Abdul Khalid berkata demikian ketika ditemui selepas memberi keterangan dalam perbicaraan kes rampasan tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Selangor di mahkamah di sini, semalam. Beliau mengulas kenyataan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, kelmarin bahawa Abdul Khalid berpeluang mengekalkan kedudukan selaku teraju utama negeri itu sekiranya memb eri p enjelasan lanjut terhadap beberapa isu yang menimbulkan konflik dalaman parti. Masih ahli PKR Abdul Khalid turut menafikan menerima surat pemecatan ahli daripada PKR seperti yang tersebar kelmarin, sebaliknya menegaskan yang sehingga kini beliau masih sah sebagai ahli parti itu. "Saya belum menerima apa-apa surat berkaitan perkara itu (pemecatan). Jadi saya rasa tidak perlu mengulas lanjut mengenai perkara itu," katanya. Kelmarin, khabar angin mendakwa Abdul Khalid dipecat kerana enggan meletakkan jawatan bagi membolehkan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik menduduki jawatan itu. Sementara itu, mengulas perkembangan semasa mengenai kapasiti air empangan di Selangor, Abdul Khalid memberi jaminan tidak akan berlaku catuan ketika ini. "Kita sedang merancang langkah perlu untuk mengekalkan paras air semasa untuk tempoh sekurang-kurangnya sebulan lagi," katanya. |
Lembaga Disiplin PKR serah surat tunjuk sebab Posted: 05 Aug 2014 03:58 PM PDT Shah Alam: Sehari selepas khabar angin mengatakan surat pemecatan dihantar kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Lembaga Disiplin PKR semalam, mengeluarkan surat tunjuk terhadap Menteri Besar Selangor itu. Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong, berkata surat tunjuk sebab itu dikeluarkan susulan arahan Biro Politik PKR yang bermesyuarat pada Ahad lalu. Beliau berkata, Abdul Khalid perlu menjawab surat tunjuk sebab terbabit sebelum atau pada Jumaat ini, sebelum Lembaga Disiplin mengambil tindakan. "Lembaga Disiplin ingin memaklumkan, mesyuarat khas dijalankan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada 15 Januari 2014, bersetuju dengan keputusan pertukaran Menteri Besar Selangor. "Mesyuarat Khas MPP pada 21 Julai lalu, seterusnya membuat keputusan sebulat suara bahawa Presiden PKR merangkap ADUN Kajang, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu. Kee Kwong berkata, kegagalan Abdul Khalid menjawab surat tunjuk sebab itu menyebabkan pihaknya akan meneruskan tindakan disiplin berdasarkan bukti yang ada. Usaha media untuk mendapatkan penjelasan Abdul Khalid mengenai surat tunjuk itu bagaimanapun tidak berhasil apabila beliau tidak menjawab panggilan. |
Nahas MH17: Pertempuran di Donestk sukarkan misi pencarian Posted: 05 Aug 2014 03:56 PM PDT Kiev (Ukraine): Pasukan penyiasat antarabangsa mengakui sukar melengkapkan tugas pencarian di lokasi nahas MH17 di Wilayah Donestk ekoran pertempuran di antara kumpulan pemisah dan tentera Ukraine semakin kritikal. Selain mengancam keselamatan mereka, pasukan dianggotai tiga negara, Belanda, Australia dan Malaysia juga tidak menolak kemungkinan menangguhkan pencarian seketika. Selain mengesahkan pergerakan pasukan berkenaan sentiasa dipantau secara berterusan oleh tentera Ukraine, beliau juga memberitahu, penyiasat tidak akan berjalan jauh dari kawasan misi. Konflik di sekeliling "Realitinya kami bekerja dalam persekitaran di mana terdapat konflik di sekelilingnya. Kami hanya akan tinggal di sekitar sini (lokasi nahas MH17) selama ia membenarkan, dengan syarat keadaan di sini membenarkannya. "Jika ada apa-apa keraguan (ancaman), kita akan berhenti (mencari) seperti yang kita lakukan hari ini (semalam)," katanya seperti dipetik portal radio ABC dan agensi, AP semalam. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |