Hanya Tambi 'pulang' Sabtu ini

Hanya Tambi 'pulang' Sabtu ini


Hanya Tambi 'pulang' Sabtu ini

Posted: 25 Aug 2014 11:55 AM PDT

Kuching: Ahli keluarga arwah Tambi Jiee, 48, dan Ariza Ghazalee, 46, yang terkorban dalam nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 sudah dimaklumkan mengenai kepulangan satu lagi jenazah ahli keluarga mereka, Sabtu ini.

Perkara itu dinyatakan Drahman Jiee, 60, selepas kakitangan MAS memaklumkan jenazah adiknya Tambi disahkan akan dibawa pulang manakala jenazah tiga anak saudaranya, Muhammad Afzar, 17, Marsha Azmeena, 15, dan Muhammad Afruz, 13, masih dalam proses pengecaman.

"Kami sudah menerima maklumat ini (pengecaman Tambi), tapi masih menunggu pengesahan rasmi (kerajaan)," katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
Menurutnya, keluarganya menerima pengesahan itu petang kelmarin melalui kakitangan MAS yang datang ke kediaman keluarga mereka.

Foto

"Syukur...kami hanya perlu menunggu pengesahan rasmi daripada kerajaan dan berharap jenazah Tambi dapat dibawa pulang dan dikebumikan bersebelahan pusara isteri dan anaknya.

"Kami sentiasa bersabar menanti dengan penuh harapan dan semoga kepulangan tiga lagi jenazah anak arwah juga akan dipermudahkan nanti," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/26

Bertutur empat bahasa

Posted: 25 Aug 2014 11:11 AM PDT

Johor Bahru: "Saya seronok kerana boleh bertutur dalam empat bahasa utama kerana saya sendiri adalah anak hasil perkahwinan Cina dan India," kata Nur Adilah Nuha Abdullah, 40.

Menurut Nuha, antara kelebihan anak hasil perkahwinan campur adalah seseorang itu boleh mempelajari pelbagai budaya termasuk bahasa sekali gus nilai tambah dalam diri untuk berjaya dalam hidup.

Katanya, meskipun lahir dalam sebuah keluarga kahwin campur, dia tidak berasa kekok malah berbangga kerana ia bukti keharmonian pelbagai kaum yang hidup bersama dalam negara bertuah ini.

"Malah saya dan adik lelaki turut memilih perkahwinan campur kerana jodoh kami adalah dengan orang Melayu. Perkahwinan campur bukanlah perkara asing kerana secara tradisi ia diamalkan sejak zaman nenek moyang saya yang juga kaum peranakan Baba dan Nyonya dari Melaka.

Foto

NUR Adilah Nuha (duduk tiga dari kiri) bergambar kenangan bersama ahli keluarga ketika perkahwinan adik lelakinya Iskandar Mirza.


"Dalam sejarah sendiri tercatit masyarakat Baba atau peranakan berbeza kerana kebudayaan mereka yang berasal daripada warisan tradisi Cina dan mempunyai unsur pengaruh kebudayaan Melayu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/26

'Ini hadiah Hari Merdeka'

Posted: 25 Aug 2014 11:09 AM PDT

Kuala Lumpur: "Kenderaan konvoi kami pernah ditembak ketika dalam perjalanan melakukan pemeriksaan senjata kimia di Syria namun nasib baik tiada kemalangan jiwa berlaku."

Itulah antara rintangan terpaksa ditempuh Leftenan Kolonel (B) Nasarudin Mohd Yusof ketika ditugaskan memeriksa dan menyelidik senjata kimia di Syria, tahun lalu.

Pasukannya yang berkhidmat dengan Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW) dianugerah Hadiah Nobel Keamanan 2013 baru-baru ini, sebagai penghargaan pasukan itu memerangi penggunaan senjata kimia di peringkat antarabangsa.

"Saya tidak memenangi Hadiah Nobel Keamanan ini kerana pencapaian individu tetapi menerimanya bersama dengan pertubuhan saya untuk keseluruhan kerja pasukan kami.

Foto

NASARUDIN (dua dari kiri, gambar kecil) bersama pasukannya yang bertugas memeriksa dan menyelidik senjata kimia.


"Namun, sebagai satu-satunya anak Malaysia yang menerima penghargaan, sudah tentu saya amat berbangga dan ini adalah hadiah sempena ulang tahun Hari Kemerdekaan negara tidak lama lagi," kata Nasarudin ketika dihubungi Harian Metro semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/26

FELDA enggan kecewa

Posted: 25 Aug 2014 10:53 AM PDT

Kuala Lumpur: Meskipun mendahului tangga teratas Kumpulan A Piala Malaysia, pengendali FELDA United FC Irfan Bakti Abu Salim tidak mahu anak buahnya leka sebaliknya menggesa mereka meraih tiga mata apabila bertemu Pahang di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam ini.

Selepas tiga perlawanan, FELDA memimpin saingan peringkat kumpulan dengan mencatat dua kemenangan serta tewas sekali.

Tewas kepada Pahang pada perlawanan terakhir, Irfan tidak mahu peristiwa sama berulang apabila bertemu juara Piala Malaysia musim lalu itu.

"Kami hormati lawan, tapi juga ada misi untuk meraih tiga mata di tempat sendiri.

Foto

FELDA (jersi biru) sentak ego Pahang Sabtu lalu.


"Walaupun beraksi di gelanggang sendiri, kekuatan penyokong tetap menyebelahi Pahang. Namun kami sudah biasa dengan suasana seperti ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/26

AF2014 bukan sekadar fantasi

Posted: 25 Aug 2014 07:39 AM PDT

Apakah Akademi Fantasia (AF) masih relevan untuk ditonton sebagai platform mencungkil bakat-bakat baru?

Segala pertanyaan hanya akan terjawab dengan keupayaan bakat 12 peserta AF 2014 yang diperkenalkan dalam satu majlis di sebuah hotel baru-baru ini.

Semua 12 pelajar - enam lelaki dan enam wanita itu dilihat mempunyai keunikan vokal masing-masing serta personaliti penuh warna sekali gus menjadikan 'first impression' sudah cukup menarik.

Mereka ialah Azwan, 30, atau nama sebenarnya Azwan Satar dari Johor; Ewal, 22 (Ikhwal Hafiz Ismail, Perak; Firman, 25 (Mohd Firman Bansir, Sabah); Aman, 21 (Mohd Razman Abd Aziz, Melaka); Zarif, 26 (Muhd Zharif Mohd Kamil, Johor); dan Farez, 19 (Muhammad Fareezuan Adnan, Kuala Lumpur).

Foto


Manakala perempuan terdiri daripada Adel, 21 (Adeline Joyce Masidah, Sabah); Muna, 20 (Muna Shahirah Munadi, Johor); Nina, 22 (Nina Nadira Naharuddin, Selangor); Ziha, 20 (Nor Aziha Md Salleh, Johor); Nuha, 21 (Syamila Nuhair Zainordi, Perak] dan Wawa, 19 (Walfadhilah Suhaizat, Selangor).


Memperkasakan lagi kandungan program AF musim ke-11 ini, Astro Ria selaku penyiar program realiti terkemuka ini membawa masuk format asal selain menggabungkan semula barisan tenaga pengajar yang cukup sinonim dengan penerbitan AF serta pernah menyumbangkan khidmat dan kepakaran untuk mendidik bakal-bakal bintang untuk musim-musim terdahulu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/26