Terasa 'dia' ada |
- Terasa 'dia' ada
- Bangga isytihar murtad
- 'Ubat gugur' mamah rahim
- Usah putus harap
- 2 sahabat berkongsi kesetiaan
Posted: 21 Aug 2014 01:45 PM PDT "Sayang tak akan selamanya sentiasa ada bersama abang suatu hari nanti. Sayang akan temui Allah dan takkan kembali, " itu SMS terakhir diterima Mohamed Affendi Khairuddin, 43, suami kepada pramugari Penerbangan Malaysia (MAS), Mastura Mustapha, 40, yang terkorban dalam tragedi pesawat penerbangan MH17. Mesej pilu dihantar Mastura pada malam 17 Julai sebelum pesawat MH17 berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol, Belanda itu membuatkan hati Affendi tidak tenteram. Affendi yang juga seorang guru agama berkata, isterinya itu bagaikan dapat meramal tragedi ngeri yang bakal menimpa 298 penumpang dan anak kapal pesawat berkenaan. Menurutnya, dia menerima SMS 'pelik' itu daripada isterinya pada malam nahas pesawat MH17 berlaku selepas isterinya berulang kali meluahkan rasa gusar terhadap keselamatannya sebelum ini. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/22 |
Posted: 21 Aug 2014 01:15 PM PDT Kuala Lumpur: Ruang maya hangat apabila seorang lelaki yang menggunakan nama samaran, Orkid Anggerik di dalam akaun Twitter miliknya mengisytiharkan dirinya murtad. Lelaki berusia lingkungan 20-an itu dengan penuh bangga membuat beberapa status mengakui secara terang-terangan tidak lagi mengamalkan ajaran Islam kerana tidak mempercayainya. Perkara itu membuatkan ramai pengguna Twitter menyelar perlakuannya dan ada juga yang menyatakan simpati terhadap nasibnya yang jauh tersasar daripada Islam selain mendoakan dia kembali ke pangkal jalan. Bagaimanapun, akaun Twitter lelaki berkenaan sudah ditutup dan segala kandungan yang dimuat naik sebelum ini tidak boleh lagi diakses sejak kelmarin. ANTARA status dimuat naik seorang lelaki di laman Twitter mengenai pengakuan keluar daripada Islam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/22 |
Posted: 21 Aug 2014 12:59 PM PDT Kuala Terengganu: Pecah rahim, sakit pinggul serta pendarahan teruk pada kemaluan antara risiko ditanggung individu yang sanggup membeli ubat terlarang untuk menggugurkan kandungan di sebuah premis di Bandar Permaisuri, Setiu yang beroperasi sejak setahun lalu. Premis yang berselindung di sebalik jualan pakaian dan aksesori itu sebelum ini menjadi buruan golongan tertentu untuk menggugurkan kandungan secara haram bagi menutup keaiban diri. Bagaimanapun, kelicikan tauke wanita terbabit untuk mengaut keuntungan mudah dengan menjual 'ubat gugur' itu tidak bertahan lama selepas anggota Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) berjaya menghidu penjualan bahan terlarang itu Ahad lalu. Pengarah JKNT Datuk Dr Anwa Sulaiman berkata, hasil risikan pihaknya berjaya menahan wanita berkenaan dan merampas baki 'ubat gugur' bernilai kira-kira RM1,000. PENGUAT kuasa JKNT menyerbu premis menjual ubat terlarang.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/22 |
Posted: 21 Aug 2014 11:39 AM PDT Kuala Lumpur: Ia umpama mimpi ngeri bagi skuad bawah 23 tahun negara (B-23) apabila terpaksa berdepan laluan sukar menentang pasukan tuan rumah Korea Selatan dan Arab Saudi pada pusingan awal Sukan Asia di Incheon bulan depan. Undian peringkat kumpulan semalam bukanlah seperti diharapkan jurulatih Datuk Ong Kim Swee apabila menyaksikan anak buahnya diundi dalam Kumpulan A bersama juara tiga kali Korea, naib juara Piala AFC 2013 Arab Saudi dan Laos. Bagaimanapun pengendali berusia 43 tahun itu tidak mahu menekan butang panik kerana beliau percaya kejutan boleh berlaku untuk mereka melepasi halangan pertama itu. "Walaupun keputusan undian dan persiapan tidak memihak kepada kita, saya percaya ada hikmahnya. Kemungkinan besar kejutan akan berlaku," katanya ketika dihubungi semalam. KIM Swee (kiri) mahu anak buah kental hadapi saingan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/22 |
Posted: 21 Aug 2014 07:00 AM PDT Barangkali nama pe�nyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia 6 (AF6) , Saida Tarudin tidak sehebat adiknya yang juga penyanyi tersohor tempatan Datuk Siti Nurhaliza. Namun, pemilik nama sebenar Siti Norsaida, 38, ini mempunyai misi tersendiri dalam menempatkan namanya dalam bidang seni tempatan. "Jika sesetengah artis menceburi bidang seni untuk mengejar glamor dan populariti, saya pula menya�nyi kerana periuk nasi dalam bidang seni dan untuk menyara keluarga. "Maklumlah, bukan mudah untuk bergelar ibu tunggal kepada empat anak. Bukan saja belajar erti hidup berdikari, saya juga perlu bekerja keras untuk memberi kehidupan selesa kepada anak-anak yang semakin membesar," katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/22 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |