Penunggang motosikal digalakkan berpakaian cerah pada waktu malam

Penunggang motosikal digalakkan berpakaian cerah pada waktu malam


Penunggang motosikal digalakkan berpakaian cerah pada waktu malam

Posted: 19 Aug 2014 08:27 AM PDT

KOTA BAHARU: Pengguna motosikal digalakkan berpakaian cerah pada waktu malam bagi mengelakkan kemalangan di jalan raya, kata Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Dr Tam Weng Wah.

"Kemalangan lebih mudah terjadi kepada pengguna motosikal kerana mereka gagal dilihat sekiranya tidak berpakaian cerah dan kita dapati kemalangan libatkan pengguna motosikal kerap berlaku pada waktu malam," katanya.

Kemalangan melibatkan penunggang motosikal adalah tinggi iaitu 60 peratus, katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran kempen 'Jom Cerah' JKJR Peringkat Negeri Kelantan di sini malam kelmarin.

Turut hadir Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Kelantan Datuk Abdul Fattah Mahmood dan Pengarah JKJR Kelantan Yusrina Md Yusof.

Sementara itu, Abdul Fattah berkata pihaknya bercadang menghidupkan kembali budaya membawa lampu picit ketika berjalan malam. — Bernama

Print Friendly
We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Kereta kebal terbabas, dua anggota tentera maut

Posted: 19 Aug 2014 07:56 AM PDT

Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Dua anggota tentera maut manakala empat lagi cedera selepas sebuah kebal perisai Adenan terbabas ke tepi jalan Batu 19 Jalan Sungai Tiram, pagi kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Superintenden Fadzil Mohd Ali berkata, mangsa yang terkorban dikenali sebagai Sarjan Mohd Hanif Patahur, 31, dan Prebet Ahmad Fikri Mansor, 23.

"Manakala empat lagi yang cedera dikenali sebagai Mohd Faizal Ahmad (pemandu), 29, Mohd Amaruddin Che Soh, 29, Mohamad Haffez Khairudin, 24, dan Ifaiznor Ismail, 23," katanya.

Beliau berkata, dalam kejadian kira-kira 11.45 pagi, kereta kebal yang dinaiki enam anggota itu sedang dalam perjalanan balik ke Kem Sri Kinabatangan selepas membuat rondaan di kawasan berkenaan.

Apabila sampai di simpang tiga jalan berkenaan, kereta kebal itu terbabas ke tepi jalan sebelum terbalik, katanya.

Fadzil berkata berkata, empat yang cedera itu kini masih menerima rawatan di Hospital Duchess of Kent. Manakala mayat dua anggota itu kemudiannya dihantar oleh pihak polis ke hospital yang sama untuk di bedah siasat.

"Sebelum kejadian kira-kira jam 8 pagi, seorang pegawai bersama 15 anggota bersama dua kereta kebal telah keluar membuat rondaan seperti yang di jadualkan," katanya.

Namun katanya, apabila dalam perjalan balik ke kem dan sewaktu sampai di tempat kejadian, kereta kebal yang dinaiki semua mangsa telah terbabas.

Print Friendly

Cucu terselamat, nenek rentung

Posted: 19 Aug 2014 07:55 AM PDT

Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Bunyi bising ayam yang mengejutkannya dari tidur menjadi 'penyelamat' kepada seorang lelaki berusia 25 tahun daripada rentung dalam kebakaran rumah papan dua tingkat di Jalan Lintas-Cecily, di sini pagi kelmarin.

Bagaimanapun, disebabkan bunyi bising ayam itu, mangsa yang dikenali sebagai Clark Jason Chia tidak sempat menyelamatkan neneknya yang rentung dalam kejadian terbabit.

Menurut mangsa, ketika kejadian hanya dia dan neneknya Voon Ho Hee, 71, berada di rumah manakala ibunya keluar bekerja dan tiga lagi adik perempuannya pergi ke sekolah.

Mangsa memberitahu ketika itu dia sedang tidur dan terkejut dengan bunyi bising ayam, manakala neneknya berada di ruang tamu dan mempunyai masalah berjalan.

"Api bermula dari bawah. Bunyi ayam bising…saya tidak sempat selamatkan nenek. Saya menyelamatkan diri dari pintu belakang kerana pintu hadapan musnah," katanya.

Dia hanya sempat menyelamatkan surat lahir manakala kad pengenalan yang diletak di tempat sembahyang hangus terbakar dalam kejadian itu.

Sementara itu, Timbalan Penguasa Bomba Sandakan Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 6.43 pagi dan sampai di lokasi kejadian pada jam 7.02 pagi.

Tiga jentera bomba yang melibatkan 16 anggota berjaya mengawal api pada jam 7.28 pagi. Api berjaya dipadamkan pada jam 8.16 pagi, dengan turut dibantu lima anggota JPAM.

Print Friendly

Sembunyi syabu dalam periuk nasi

Posted: 19 Aug 2014 07:53 AM PDT

Oleh RUZAINI ZULKIFLI

KOTA KINABALU: Taktik seorang wanita warga China menyembunyikan dadah jenis syabu dengan menyorokkannya dalam sebuah periuk nasi tidak berjaya selepas dia dicekup sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) di sini kelmarin.

Wanita yang berusia 26 tahun terbabit terlebih dahulu dikatakan baharu sahaja tiba di negeri ini menerusi penerbangan dari Hong Kong sebelum ditahan sepasukan penguatkuasa kira-kira jam 6.30 petang.

Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah Datuk Dr Janathan Kandok berkata, siasatan awal mendapati suspek berjalan seorang diri menuju ke kaunter pemeriksaan dengan membawa satu beg pakaian dan kotak barangan bersaiz sederhana.

"Curiga dengan tindak tanduk wanita itu dan selepas melihat hasil imbasan ke atas kotak yang dibawanya, beberapa anggota kastam yang bertugas menahannya untuk diperiksa.

"Hasil pemeriksaan lanjut ke atas kotak itu, didapati ia berisi sebuah periuk nasi elektrik dan seterusnya menemukan lima bungkusan berwarna hitam disyaki mengandungi dadah syabu seberat 1,396 gram," katanya di sini kelmarin.

Janathan berkata, anggaran nilai pasaran syabu berkenaan mampu mencecah RM265,000.

Menurut beliau, JKDM Sabah percaya modus operandi dijalankan suspek adalah dengan menggunakan taktik menyorok kesemua bungkusan itu di bahagian tepi periuk nasi dibawanya bagi mengaburi mata penguatkuasa.

"Berdasarkan maklumat awal, suspek yang tiba berseorangan pada jam 6 petang itu dijadualkan meneruskan penerbangannya ke Kuala Lumpur pada waktu malam hari yang sama.

"Suspek juga dipercayai menjadikan Sabah sebagai transit penerbangannya ke ibu negara sebelum dia ditahan di LTAKK kelmarin," katanya sambil menambah, siasatan masih dijalankan ke atas kes itu sama ada ia membabitkan sindiket atau sebaliknya.

Wanita itu kini ditahan mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Print Friendly

14 nelayan didakwa

Posted: 19 Aug 2014 07:50 AM PDT

Oleh Mohd Nazib Macpee

Perintah berkurung dilanjutkan hingga 2 September

LAHAD DATU: Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengumumkan pelanjutan arahan perintah berkurung di perairan enam daerah di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone), berkuatkuasa hari ini sehingga 2 September, dengan perubahan masa dari jam 7 petang hingga 5 pagi.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira semua faktor termasuk keadaan keselamatan terkini di Esszone.

"Setelah mendapat laporan daripada semua pihak termasuk Komander Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Abdul Rashid Harun, maka saya dengan kuasa yang ada mengisytiharkan perintah berkurung dilanjutkan esok (hari ini) dengan sedikit perubahan iaitu dari jam 7 petang hingga 5 pagi.

"Saya juga telah menulis surat kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai perkara ini dan beliau bersetuju perintah berkurung ini dilanjutkan dari 20 Ogos sehingga 2 September," katanya pada sidang media di sini kelmarin.

Mengikut undang-undang sedia ada, Pesuruhjaya Polis mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan perintah berkurung untuk tempoh sehari, manakala Menteri Dalam Negeri boleh mengisytiharkan perintah berkurung selama 14 hari.

Jalaluddin berkata, pihaknya berpuas hati dengan perjalanan arahan perintah berkurung yang dikuatkuasa di perairan enam daerah di Esszone sebelum ini.

"Kerjasama yang telah diberikan oleh masyarakat di sekitar enam daerah itu cukup baik dan saya berharap kerjasama seumpama itu diteruskan demi kebaikan bersama," katanya.

Beliau berkata, sepanjang tempoh fasa 2 perintah berkurung yang berakhir kelmarin, seramai 14 nelayan tempatan berusia antara 20an dan 40an telah didakwa di mahkamah kerana melanggar arahan perintah berkurung mengikut Seksyen 31 (2) Akta Polis 1967.

Katanya, kesemua nelayan lelaki itu masing-masing dikenakan hukuman penjara 10 hari dan denda RM500.

Sementara itu, Abdul Rashid yang turut hadir dalam sidang media itu berkata, perintah berkurung itu memudahkan pihak keselamatan menjalankan tugas di kawasan perairan terbabit, selain memudahkan pihak keselamatan mengenal pasti bot atau kapal penjenayah atau penceroboh yang cuba memasuki perairan negara.

"Oleh itu, saya minta semua masyarakat yang terlibat mematuhi arahan perintah berkurung bagi memastikan keselamatan negara khususnya di Sabah terus terjamin," katanya.

Arahan perintah berkurung fasa pertama mula berkuatkuasa sejak 19 Julai lepas iaitu bermula dari 6 petang hingga 6 pagi, susulan insiden serangan kumpulan bersenjata ke atas dua anggota polis marin di Pulau Mabul, Semporna pada 12 Julai lepas.

Selepas itu, Abdul Rashid telah mengumumkan pelanjutan arahan perintah berkurung fasa 2 yang berkuatkuasa pada 3 Ogos sehingga semalam.

Perintah berkurung itu merangkumi enam daerah di Esszone iaitu Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

Kawasan perintah berkurung bermula selepas tiga batu nautika dari pantai sepanjang perairan dari Sandakan melalui daerah Kinabatangan, Lahad Datu, Semporna hingga ke Jeti Tawau sejauh 362 batu nautika meliputi kawasan seluas 121,270 batu nautika persegi.

Print Friendly

Disquieting times for Malaysia’s ‘fish listener

Posted: 19 Aug 2014 12:10 AM PDT

One hand clinging to his boat's gunwale, Harun Muhammad submerges himself, eyes and ears wide open underwater as he "listens" for fish sounds emanating from the blue depths.

Harun is one of Malaysia's last "fish listeners," and he and his apprentice son Zuraini are believed to be the only active practitioners of this mysterious and dying local art.

"When you listen, it is like through a looking glass — you can see mackerel, sardine," said Harun, 68, who has fished the Setiu lagoons on Malaysia's rural east coast his whole life.

"For us, we only look for gelama (a type of croaker). But in the schools of gelama, there will be other fish. The gelama is the king of fish."

Other fish listeners have passed away, retired or turned to modern fish-detection technology as the traditional practice has retreated in the face of dwindling catches and proliferating undersea noise.

Studies show Malaysian waters lost 92 percent of fishery resources between 1971 to 2007 due to overfishing.

"You can't copy our technique. You must gain the skill and learn the lay of the waters," said Harun.

"The wholesalers tell me, 'if you're gone, there will be no more gelama'," which fetches up to 10 times the price of similarly sized fish.

- Sounds fishy -

"Pak Harun", as he is known locally — "Pak" is a Malay honorific similar to "Uncle" — finds it hard to describe exactly how fish sound, but likens it to pebbles being dropped into water.

"They have a voice. This sound is this fish, that sound is another. When someone is new, they can't tell one fish song from another."

Harun and his crew of a dozen can go nearly a week without hearing gelama — which invites scepticism about the claimed fish-listening ability.

But experts in sonifery (fish sounds) say sailors have long heard sounds of whales and fish through boat hulls.

"Scuba divers often do not hear anything because their breathing and bubble exhaust makes so much noise. However free divers, or divers using quiet re-breathers, can hear much better," said US-based marine ecologist Rodney Rountree.

Former fish listeners describe a range of techniques. Some claim they can feel changes in water temperature.

For Harun, it is a multi-sensory experience requiring eyes wide open.

"After a while, it is as if you can see. Even though the fish is very far, you can sense it in that direction and you go there. Only when you get close, you can hear the fish clearly," he said.

Though he sports a slight paunch on his sun-darkened frame under a spiky white head of hair, Harun remains sprightly despite his years, deftly clambering in and out of his boat in search of fish sounds.

Once he pinpoints a school of gelama, his crew — who have hung back with engines off — motor forward, drop their nets and strike the sides of their boats to spook the fish into the mesh trap.

"You think it's just stupid fish but they can see you coming. When they hear the sound of the boat, they run. The fish cry or shout and then their friends swim away," he said.

- Listening in vain -

Landing a rich catch was easy when stocks were abundant, Harun said.

But after decades of overfishing, he now "listens" up to several dozen times under the scorching equatorial sun before catching a snippet of gelama song.

Modernisation, including sand dredging, aquaculture, factories and fishing trawlers have transformed the Setiu wetlands, a rich but threatened coastal ecosystem centering on a 14-kilometre (9 mile) long lagoon along the South China Sea.

The state of Terengganu is seeking to make it a protected park.

But Harun's catch is increasingly unpredictable, averaging about $2,000 per week gross, leaving little left over after all crew are paid, and fuel, maintenance, and other costs are deducted.

"Each year, the catch has reduced. But I'm not good at anything else, so I still have to do this," said his son and apprentice Zuraini.

Malaysia ranks among the top consumers of seafood in the world.

Intergovernmental industry researchers Infofish say Malaysians eat an average of 56.5 kilogrammes of seafood per person annually, more even than Japanese.

The global average is 20 kilos.

WWF-Malaysia chief Dionysius Sharma said overfishing threatens to leave Malaysian waters "vast and barren".

The organisation warns Malaysia's waters could run out of seafood by 2048.

Despite the long odds, Zuraini, 44, said someday he will train one of his own sons.

"I don't want to see this practice die off," he said. -AFP

Print Friendly