Tergendala masuk Rafah

Tergendala masuk Rafah


Tergendala masuk Rafah

Posted: 17 Aug 2014 12:58 PM PDT

Ismailia (Mesir): Selepas hanya tiga anggota konvoi dibenarkan memasuki Gaza atas faktor keselamatan, misi menghantar bantuan itu tergendala lagi selepas mereka diarah bermalam di Arish, kira-kira 45 minit perjalanan dari Rafah.

Konvoi misi Kemanusiaan Malaysia ke Gaza yang membawa 12 tan barang bantuan dianggotai Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, Duta Besar Malaysia di Mesir dan Palestin, Datuk Ku Jaafar Ku Shaari dan Duta Besar Palestin di Malaysia, Dr Anwar Al-Agha terpaksa bermalam di Arish, berikutan pertempuran di sempadan berhampiran.

Mereka yang menaiki kereta perisai tentera Mesir bersama lori kontena membawa barangan itu tiba di Arish kira-kira jam 5 petang semalam (10 malam waktu Malaysia) sebelum dimaklumkan pihak tentera bahawa berlaku insiden tembak menembak di sempadan.

"Atas sebab keselamatan, mereka bermalam di Arish dan akan cuba masuk sekali lagi pagi esok," kata Timbalan Presiden KP1M Datuk Mohd Farid Hassan.

Foto

AZEEZ dan dua wakil misi menaiki kereta perisai untuk iringi barang bantuan ke Rafah.


Sebelum itu tentera Mesir hanya membenarkan tiga daripada 83 sukarelawan dengan membawa 12 tan bantuan melalui Utara Sinai untuk ke Rafah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/18

Akur Ali sudah tiada

Posted: 17 Aug 2014 12:53 PM PDT

The Hague: "Dalam tempoh 28 hari selepas pesawat penerbangan MH17 terhempas, rata-rata kami (penuntut Malaysia di Belanda) tidak percaya arwah Mohamed Ali Salim, 30, terbunuh sehingga kami melihat keranda dan melakukan sembahyang jenazah ke atas jasadnya," kata Pengerusi Persatuan Pelajar Malaysia di Belanda (MAS-NL), Mohd Sharil Abdullah.

Dia berkata, tragedi menimpa rakan karibnya itu sukar untuk dipercayai walaupun media melaporkan semua 298 penumpang di dalam penerbangan MH17 terkorban dalam nahas di timur Ukraine pada 17 Julai lalu.

Menurutnya, Ali yang juga memegang jawatan wakil penuntut daerah Rotterdam, di sini, disifatkan sebagai penuntut Melayu genius dan amat komited untuk menamatkan pengajian Ijazah Kedoktoran 'Development Neuropsychopathology' di Erasmus University Of Rotterdam di sini.

"Sebaik mendengar berita nahas itu, saya enggan percaya Ali terkorban. Saya harapkan berlaku keajaiban (Ali terselamat).

Foto

GAMBAR kenangan Ali (bulatan) bersama Muhyiddin.


"Sebelum ini, pernah juga berlaku mangsa nahas pesawat yang terselamat dan saya berharap perkara sama berulang terhadap Ali.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/18

Ribaan nanti ambulans

Posted: 17 Aug 2014 12:43 PM PDT

Kuala Lumpur: "Sejurus kejadian, saya terus berhentikan kenderaan dan meriba mangsa sehinggalah ambulans tiba," kata Zamri Zainal Abidin,43, saksi awal kemalangan membabitkan anggota tentera di persimpangan Festival City, Danau Kota malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, mangsa, Ridhwan Ismail, 25, yang menunggang motosikal cedera di kepala akibat dirempuh sebuah motosikal lain.

Zamri yang juga Pegawai Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berkata, dia melihat mangsa terpelanting beberapa meter akibat kejadian itu.

Menurutnya, lelaki yang melanggar mangsa dipercayai melanggar lampu isyarat.

Foto

ZAMRI meriba mangsa semasa menunggu ambulans.

Foto

ZAMRI (kanan) melawat mangsa.


"Saya nampak mangsa terpelanting beberapa meter dan pengsan. Saya bergegas ke arahnya dan meribanya sementara menunggu bantuan ambulans," katanya selepas melawat keadaan mangsa di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/18

Reds dapat momentum

Posted: 17 Aug 2014 12:05 PM PDT

Liverpool, England: Jaringan Raheem Sterling dan Daniel Sturridge membantu Liverpool memulakan era tanpa Luis Suarez dengan kemenangan 2-1 ke atas Southampton di Anfield, malam tadi.

Bagaimanapun, beraksi di gelanggang lawan sedikit tidak menggusarkan Southampton apabila mereka dilihat menguasai permainan pada lima minit pertama.

Pada minit ke-14 tuan rumah menjangkakan mereka akan memperoleh sepakan penalti selepas Sturridge dijatuhkan pertahanan Jepun, Maya Yoshida namun pengadil Mark Clattenburg tidak mengendahkannya.

Sterling memperoleh sedikit ruang dalam petak penalti pada minit ke-21 namun rembatannya menuju tepat ke dakapan penjaga gol Southampton, Fraser Forster.

Foto

PEMAIN tengah Liverpool, Philippe Coutinho (tengah) mengasak kubu Southampton.


Dua minit kemudian Liverpool berjaya memperoleh jaringan sulung musim ini hasil hantaran cantik Jordan Henderson yang menemui Sterling di dalam petak penalti sebelum pemain antarabangsa England itu menolak mudah menewaskan Forster.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/18

Sanggup tolak tawaran berlakon

Posted: 17 Aug 2014 06:06 AM PDT

Meskipun kedatangan Zul Ariffin dan Mon Ryanti ke Balai Berita, Jumaat lalu untuk mempromosikan filem lakonan terbaru mereka berjudul Jin, namun temubual itu bagaikan tidak lengkap tanpa bertanyakan Zul mengenai drama 28 episod, Rindu Awak 200 % yang sedang menjadi kegilaan ramai.

Drama itu mulai disiarkan di slot Akasia TV3, 15 Julai di TV3, jam 7 malam. Rindu Awak 200 % mencetuskan fenomena luar biasa kepada pelakon berusia 28 tahun itu. Wataknya sebagai Zill Faezrul dalam drama itu benar-benar memberi impak besar kepadanya.

Paling menarik drama itu turut mengundang penonton baru di kalangan kaum Adam untuk terus mengikuti pergolakan yang berlaku antara Zill dan isterinya, Armel (lakonan Ayda Jebat).

Pembawaan dirinya yang gentleman, lagak bersahaja dan susuk tubuhnya yang segak membawakan peranan sebagai juruterbang antara faktor Zill menjadi buruan ramai peminat wanita kini.

Foto

ZUL dan Mon bergandingan buat pertama kali dalam filem Jin.


Keberkesanan lakonan Zul kerana pengorbanan pelakon itu sendiri yang sanggup menolak tawaran lumayan semata-mata memenuhi impiannya untuk muncul dalam slot Akasia.


Tawaran berlakon dalam drama itu menamatkan kemarau penantian Zul selama empat tahun untuk muncul dalam slot itu yang menjadi tumpuan utama penonton TV3.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/18