Mati tersepit di pangkuan ibu

Mati tersepit di pangkuan ibu


Mati tersepit di pangkuan ibu

Posted: 27 Aug 2014 01:36 PM PDT

Bagan Serai: Seorang bayi lelaki berusia 15 bulan maut selepas tersepit apabila kenderaan yang dinaiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 177, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6.15 pagi, mangsa, Ariq Syahmi Abdul Karim maut di tempat kejadian selepas kenderaan Nissan Sentra yang dipandu bapanya, Abdul Karim Abu Bakar, 38, hilang kawalan selepas gagal memotong sebuah lori simen sebelum terbabas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kerian Deputi Superintendan Mohd Radzuan Bachik berkata, kenderaan terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbalik ke sebelah kanan jalan sebelum sebuah kenderaan Toyota Hiace milik Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Batu Kurau yang dalam perjalanan menghadiri satu sesi perbicaraan di Kangar, Perlis dikatakan tidak sempat mengelak dan merempuh kenderaan terbabit.

Kemalangan itu menyebabkan bayi berkenaan yang dipercayai berada di pangkuan ibunya, Mimi Suhaila Wahab, 36, maut akibat tersepit di tempat kejadian manakala seorang kakak mangsa, Amirah Sofea, 9, mengalami cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Parit Buntar sebelum dibawa ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut.

Foto

KERETA dipandu mangsa terbalik selepas cuba memotong lori simen.


"Bapa mangsa, Abdul Karim serta seorang lagi kakak mangsa, Nur Faqihah Farahiyah, 10, hanya mengalami kecederaan ringan dan mendapatkan rawatan di Hospital Parit Buntar," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/28

Penyamun 3 kampung

Posted: 27 Aug 2014 01:36 PM PDT

Kuala Pilah: Lapan lelaki warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas lapan pertuduhan membabitkan samun berkumpulan, bersenjata dan mencuri pelbagai jenis kenderaan, sejak Mei lalu.

Semua tertuduh yang berasal dari Lombok, Indonesia itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Lapan tertuduh itu, Okfi Dian Narta, Andika Jefri Adi, Satriawan, Suherman Mahsan, Sarinah, Muhsin, Fathur Sikir dan Muhiban tidak dibenarkan diikat jamin dan mahkamah menetapkan 13 Oktober depan untuk sebutan semula kes.

Mengikut pertuduhan membabitkan samun berkumpulan, mereka didakwa melakukan perbuatan itu terhadap tiga individu berbeza membabitkan kerugian RM84,500.

Foto

LAPAN lelaki dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan samun berkumpulan.


Kesalahan itu dilakukan di Kampung Londah, FELDA Jelai dan FELDA Bukit Rokan Utara, Tampin, dekat sini, antara jam 3.30 pagi hingga 4.15 pagi pada 13 Jun dan 2 Julai lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/28

'Tiba 2 September'

Posted: 27 Aug 2014 01:23 PM PDT

Putrajaya: Lima jenazah dan dua abu mayat mangsa nahas penerbangan MH17 dijadualkan tiba di tanah air pada 2 September ini.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan baki jenazah MH17 dijadualkan pulang Sabtu ini namun mesyuarat Kabinet semalam mengubah jadual itu berdasarkan faktor tertentu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, keputusan baru itu dibuat menerusi Mesyuarat Pasca Kabinet semalam.

Menurutnya, penukaran tarikh itu bagi membolehkan proses penghantaran mayat yang sudah dikenal pasti di Hilversum, Belanda dibuat serentak.

Foto

Orang ramai menurunkan tandatangan pada banting ucapan takziah kepada keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370 dan MH17 di pameran gambar kemerdekaan yang dianjurkan oleh The New Straits Times Press (NSTP) di ruang legar Setia City Mall, Setia Alam.


"Dalam sidang media sebelum ini, Menteri Pengangkutan (Datuk Seri Liow Tiong Lai) mengumumkan penghantaran pulang kumpulan ketiga jenazah dibuat pada 30 Ogos ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/28

Tolak babak intim

Posted: 27 Aug 2014 10:54 AM PDT

Selepas berkahwin dan memiliki anak, pelakon dan peng�acara Faezah Elai mengakui dia le�bih selektif dengan watak ditawarkan dalam drama dan filem ketika ini.

Menurut isteri kepada pengarah drama, Heykal Hanifah, 41, ini, dia juga terpaksa menolak babak panas dan ranjang untuk menjaga statusnya sebagai isteri sekali gus nama baik keluarga kedua-dua belah pihak.

"Sebelum ini, saya pernah berlakon watak suami isteri bergandingan dengan Rusdi Ramli yang juga arahan Heykal tetapi tiada babak panas pun. Saya percaya, tidak semestinya ada babak peluk dan pegang-pegang untuk menggambarkan kemesraan suami isteri dalam drama mahupun filem.

"Ada banyak cara atau simbolik untuk kita menunjukkan kemesraan dalam hubungan suami isteri dalam drama atau filem dan ia bergantung pada kreativiti seseorang pengarah itu," katanya.

Foto


Terus terang, kata pemilik nama sebenar Noor Faezah Elai, 32, ini, dia juga lebih selesa berlakon dalam produksi suaminya sendiri selepas berkahwin.


"Apabila berlakon dalam produksi sendiri kita juga boleh memilih watak yang sesuai untuk dilakonkan. Pada masa sama, saya juga boleh mengatur masa dengan baik dan berlakon mengikut kelapangan. Terbaru, saya bakal beraksi dalam drama arahan suami tidak lama lagi," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/28

Harap ihsan KBS

Posted: 27 Aug 2014 10:19 AM PDT

Kuala Lumpur: Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) menyerahkan 'nasib' Le Tour de Langkawi (LTdL) 2015 kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk memutuskannya.

Presiden PKBM Datuk Abu Samah Wahab berkata, pihaknya tidak mempunyai sumber kewangan untuk melaksanakan perlumbaan yang dijadual berlangsung pada awal tahun depan itu.

"Kami tidak mempunyai duit. Kami bergantung kepada KBS (untuk melaksanakan LTdL) seperti yang berlaku pada 2007 hingga 2014.

"Penganjuran LTdL banyak bergantung kepada bantuan kewangan KBS. Jika kami ada sumber kewangan, sudah pasti kami boleh menganjurkannya.

Foto

PERSIAPAN penganjuran LTdL 2015 masih belum dilaksanakan.


"Terpulang kepada KBS untuk memutuskan hak penganjuran diberikan kepada siapa cuma kami harap persefahaman antara penganjur dan PKBM dapat dilaksanakan kerana sebarang perkara berbangkit dan sebagainya akan menjadi tanggungjawab kami apabila dipersoalkan kelak," katanya.


Abu Samah diminta mengulas status perlumbaan berstatus hors class itu selepas bekas Ketua Pegawai Operasi LTdL 2014 Emir Abdul Jalal menyuarakan kebimbangannya berhubung persiapan yang masih belum dilaksanakan untuk menganjurkan edisi 2015 pada Februari atau Mac tahun depan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/28