LANGKAH KHALID SELEPAS DISINGKIR

LANGKAH KHALID SELEPAS DISINGKIR


LANGKAH KHALID SELEPAS DISINGKIR

Posted: 10 Aug 2014 03:01 PM PDT

LANGKAH KHALID SELEPAS DISINGKIRSultan Sharafuddin (tengah) bersama Abdul Khalid (dua dari kiri) pada Majlis Penyempurnaan Penutupan Kursus Perdana Haji Peringkat Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, semalam. - Foto Rosdan Wahid

Isu pecat MB Selangor: Abdul Khalid akan mengumumkan kedudukannya selepas menghadap Sultan Selangor sebaik mesyuarat Dewan Diraja Selangor hari ini

Shah Alam: Dewan Diraja Selangor yang akan bermesyuarat hari ini dijangka membincangkan kedudukan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dipecat PKR, berkuat kuasa kelmarin.

Abdul Khalid berkata, beliau akan mengumumkan kedudukannya selepas menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang akan mempengerusikan mesyuarat itu.

"Baginda akan mengadakan pertemuan dengan Dewan Diraja Selangor bagi membincangkan isu ini (pemecatan Abdul Khalid oleh PKR) pagi esok (hari ini).

Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

Sedia pinda Akta Hasutan

Posted: 10 Aug 2014 02:54 PM PDT

Sedia pinda Akta Hasutan Muhyiddin bersama Ismail Sabri (tiga dari kiri) dan barisan perwakilan mengangkat tangan bersama tanda sokongan pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bera di Kompleks Rakan Muda Bera. - Foto Halim Mat Ali

Langkah bagi bolehkan tindakan tegas individu hina agama, sebar provokasi

Bera: Kerajaan bersedia meminda Akta Hasutan dan undang-undang lain bagi membolehkan tindakan tegas diambil terhadap individu yang menggunakan media sosial untuk menghina agama atau menyebarkan kenyataan berunsur hasutan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Kabinet memberi jaminan tindakan tanpa mengira kaum dan agama itu akan dilakukan bagi memastikan individu atau pihak-pihak yang terbabit tidak terlepas daripada dikenakan tindakan tegas untuk mengelakkan negara menjadi huru-hara ekoran perbuatan tidak bertanggungjawab berkenaan.

Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

Semak harga dalam talian

Posted: 10 Aug 2014 02:51 PM PDT

Semak harga dalam talianAhmad Husni (dua dari kanan) bersama Samsolbari (kanan) beramah-mesra dengan beberapa perwakilan selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ayer Hitam, di Batu Pahat, semalam. - Foto Mustapha Ismail

Pelaksanaan GST: 10,000 produk disenarai dalam pangkalan data mudahkan pengguna

Batu Pahat: Panduan Pembeli yang akan menyenaraikan harga lebih 10,000 produk secara dalam talian mampu menyekat kenaikan harga barangan apabila Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan April depan.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata pangkalan data untuk senarai harga barangan di seluruh negara yang sedang dibangunkan itu, dijangka beroperasi Januari depan.

Katanya, pangkalan data itu membolehkan penguatkuasaan undang-undang lebih cekap, cepat dan menyeluruh dapat diambil terhadap pihak yang menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya.

Untuk berita lanjut dapatkan naskhah BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

Isu perpaduan jadi tumpuan

Posted: 10 Aug 2014 02:48 PM PDT

Mesyuarat Perwakilan UMNO: Sembilan bahagian UMNO mula mesyuarat

Kuala Lumpur: Sembilan bahagian UMNO yang memulakan mesyuarat perwakilan masing-masing semalam, memberi tumpuan kepada isu perpaduan selain meminta supaya dikaji semula sistem persekolahan vernakular diganti dengan sistem satu aliran.

Perwakilan UMNO Bahagian Bentong dan Bera, Pahang; Kota Kinabalu, Sabah; Baling, Kedah; Ayer Hitam, Johor, Jasin, Melaka dan Cheras, Kuala Lumpur, yang membahaskan isu mengenai perpaduan dan sistem pendidikan negara itu mahu kerajaan memberi perhatian perkara berkenaan.

UMNO Bahagian Batu Sapi dan Putatan, Sabah pula tidak mengemukakan sebarang usul untuk dibahas dan diluluskan dalam mesyuarat perwakilan masing-masing.

Di Bera, UMNO Bahagian Bera mahu sistem pendidikan sedia ada perlu dikaji semula jika didapati menjadi punca perpaduan antara kaum semakin rapuh.

Untuk berita lanjut dapatkan naskhah BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

DVI kenal pasti 42 identiti

Posted: 10 Aug 2014 02:41 PM PDT

Kerakyatan mangsa tidak didedahkan

Kuala Lumpur: Pasukan Proses Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) antarabangsa mengenal pasti identiti 42 lagi mangsa MH17, susulan kejadian pesawat berkenaan ditembak jatuh di timur Ukraine, 17 Julai lalu.

Kementerian Keselamatan dan Keadilan Belanda berkata, daripada 42 mangsa itu, seramai 21 orang disahkan rakyat negara berkenaan, bakinya warga negara lain.

"Ia menjadikan bilangan mangsa yang sudah disahkan identiti 65 orang," kata kementerian berkenaan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di The Hague, semalam.

Waris sudah dimaklumkan

Beliau berkata, ahli keluarga dan waris mangsa sudah dimaklumkan, manakala kerakyatan mangsa bukan dari Belanda tidak didedahkan atas permintaan pihak kedutaan masing-masing.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pasukan DVI selesai memeriksa 227 keranda dengan 150 daripadanya mengandungi jasad lengkap, manakala selebihnya adalah 404 cebisan dan fragmen tubuh mangsa.
"Keseluruhan proses ujian dan mengenal pasti semua mangsa dijangka selesai pada September atau Oktober ini," katanya kepada BH, semalam.

Proses DVI mangsa nahas MH17 dijalankan oleh kumpulan kira-kira 200 anggota pasukan pakar forensik antarabangsa di kem tentera Hilversum, kira-kira 45 kilometer dari Amsterdam, bermula 23 Julai lalu.

Malaysia turut menghantar pasukan 21 anggota yang diketuai oleh Ketua Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Mohd Shah Mahmood. Pasukan DVI bertanggungjawab mengumpul maklumat bedah siasat mangsa merangkumi cap jari, rekod pergigian dan sampel DNA.

Proses percantuman, iaitu memadankan data hasil bedah siasat dengan sebelum kematian (antimortem) dilakukan di ibu pejabat di The Hague.

60 kediaman rosak kena ribut, hujan batu

Posted: 10 Aug 2014 02:34 PM PDT

gambar sebelum  gambar berikut

Foto

Foto

Beberapa kawasan sekitar Segamat dinaiki air selepas kejadian ribut disertai hujan batu, semalam. - Foto Ahmad Ismail

Bumbung tercabut diterbangkan angin, beberapa kenderaan rosak ditimpa pokok

Segamat: Sekurang-kurangnya 60 rumah rosak termasuk sebuah rumah terbelah dua akibat dihempap pokok durian sebesar dua pemeluk dalam kejadian ribut yang disertai hujan batu, sekitar bandar ini, kelmarin.

Dalam kejadian kir a-kira setengah jam, mulai jam 6 petang itu, pemilik rumah terbabit, Omar Hassan, 67, dari Kampung Berata, menerima lima jahitan di kaki akibat cedera ditimpa dahan pokok itu yang dipercayai berusia ratusan tahun.

Bagaimanapun, isterinya, Siti Minaton Sabilan, 57, dan cucunya, Nor Qistina Abdullah, 5, terselamat kerana sudah keluar terlebih dahulu.

Kawasan yang turut terjejas termasuk sekitar Jalan Pemuda, Buloh Kasap, Jalan Hussain, Jalan Muar, Taman Bendahara, Taman Laksamana, Kampung Bendahara Lubok Batu, Jalan Temenggung, Kampung Berata, Jalan Omar dan Kampung Paya Dalam.

Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/