Wak mengaku Iman Mahadi

Wak mengaku Iman Mahadi


Wak mengaku Iman Mahadi

Posted: 17 Sep 2014 01:26 PM PDT

Melaka: Lelaki berusia 53 tahun dipercayai ketua ajaran sesat yang ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di Kampung Batu Gajah, Isnin lalu dikatakan mendakwa dirinya sebagai Imam Mahadi dan Sultan Mahmud.

Ketua Penguat Kuasa JAIM Rahimin Bani berkata, pendedahan itu dibuat bekas pengikutnya ketika siasatan dilakukan hasil beberapa laporan polis termasuk di Ampang, Selangor Isnin lalu.

Beliau berkata, bekas pengikut ajaran itu turut mengakui mereka perlu melafazkan kalimah syahadah yang membawa makna bercanggah dengan Islam selain berpuasa selama 44 hari bagi menyucikan diri.

"Suspek dikenali sebagai Pak Engku atau Wak dalam kalangan pengikutnya didakwa mengaku sebagai Imam Mahadi dan Sultan Mahmud.

Foto

RAHIMIN memegang dua senjata yang dirampas.

Foto

LAKARAN berbentuk naga yang dijumpai di dalam bilik pemujaan.


"Dia dipercayai memperkenalkan amalan puasa pemutih kepada pengikut bertujuan menyucikan diri selain dilarang memakan makanan berdarah," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat JAIM di Bukit Palah, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/18

Identiti dicuri 'peminjam hantu'

Posted: 17 Sep 2014 01:19 PM PDT

Georgetown: Seorang guru wanita di sebuah sekolah swasta, di sini, mendakwa kerugian hampir RM100,000 selepas identitinya 'dicuri' dan digunakan peminjam hantu untuk membuat kad pengenalan, surat beranak serta pinjaman daripada beberapa institusi kewangan sejak April lalu selepas lesen memandunya hilang.

Mangsa, Nurul Asilah Mohamed Sultan, 28, berkata, dia menyedari kejadian itu selepas mendapati wang tunai RM100 yang berada di dalam akaun simpanannya hilang dan semakan mendapati kad pengeluaran wang automatik (ATM) digunakan pihak lain untuk membuat transaksi pengeluaran tanpa kebenaran.

Beliau berkata, selepas aduan dan semakan dibuat termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dengan pihak bank, dia dimaklumkan seorang wanita dipercayai melakukan pengeluaran menggunakan kad ATM miliknya di sebuah bank di Bukit Jambul, di sini, hujung April, sedangkan ketika itu tiada transaksi pengeluaran dilakukannya.

Menurutnya, bermula daripada kehilangan RM100 itu, dia berjaya membongkar beberapa perkara lain dan mengesyaki ada pihak mencuri identitinya termasuk membuat permohonan kad ATM yang baru dan membuat penukaran nombor pin, menyebabkan dia membuat laporan polis.

Foto

NURUL Asilah menunjukkan laporan polis dan aduan yang dikemukakan kepada Bank Negara Malaysia.


"Saya turut membuat aduan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi menyekat identiti digunakan orang lain dan diberi jaminan pihak berkenaan akan mengambil tindakan dan siasatan segera berhubung kejadian itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/18

Bakar rumah berang pasangan lari

Posted: 17 Sep 2014 01:16 PM PDT

Gopeng : Seorang lelaki bertindak membakar rumahnya di Taman Gopeng Jaya, di sini, selepas bertengkar dan tidak berpuas hati dengan tindakan isterinya yang meninggalkannya, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, lelaki berusia 40-an dan tidak bekerja dikatakan bertengkar dan tidak lagi bersefahaman dengan isterinya sehingga menyebabkan isterinya itu kerap melarikan diri ke rumah ibunya yang terletak tidak jauh daripada rumah mereka.

Jiran mangsa yang enggan dikenali berkata, pasangan suami isteri itu kerap bertengkar menyebabkan si isteri sering lari ke rumah ibunya dan meninggalkan suaminya untuk beberapa hari sebelum kembali pulang ke rumah.

"Saya selalu menasihat mereka supaya bertolak ansur dan berbaik-baik semula, tetapi sebaliknya si suami memarahi saya kerana mencampuri hal rumah tangga mereka.

Foto

ANGGOTA bomba berusaha mengawal kebakaran.


"Si isteri ada mengadu kepada saya jika dia meninggalkan rumah lagi suaminya akan membakar rumah mereka. Saya tidak sangka tindakan itu benar-benar terjadi semalam (kelmarin)," katanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/18

Salah import?

Posted: 17 Sep 2014 12:13 PM PDT

Kuala Lumpur: Jika sebelum ini Datuk Ong Kim Swee pening kepala memikirkan ketumpulan jentera serangan ketika membimbing skuad senior, kini situasi sama turut menghantui Dollah Salleh apabila mengakui Harimau Malaya ketiadaan penyerang berwibawa.

Situasi itu dapat disaksikan dalam dua aksi persahabatan ketika skuad negara tewas 1-4 kepada Tajikistan dan terbaru 0-2 kepada Indonesia.

Menyedari kelemahan itu, bekas jurulatih Perak dan Kelantan Datuk M Karathu berpendapat antara punca penyakit yang melanda skuad negara adalah disebabkan kurangnya peluang diberikan kepada pemain tempatan beraksi dalam Liga Malaysia (Liga-M) apabila pasukan lebih cenderung memilih penyerang import.

Malah menurutnya, langkah FAM pada 2008 lalu yang menutup pintu kepada pemain import memberi kesan positif apabila Malaysia muncul pemenang pingat emas Sukan SEA 2009 dan menjuarai Piala AFF 2010 yang menyaksikan lahirnya penyerang seperti Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha dan Ashaari Shamsuddin.

Foto

PENYUDAH Safee makin tumpul.


"Seingat saya, FAM pernah menghalang kemasukan pemain import dalam kancah liga tempatan selepas kegagalan memalukan negara di Piala Asia 2007.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/18

Terharu dapat pencalonan

Posted: 17 Sep 2014 07:11 AM PDT

Perjalanan kerjaya seninya yang agak perlahan tidak mematahkan semangat Aisyah Aziz, 20, untuk terus membina nama dalam arena seni suara tanah air. Bakat baru ini yang dilahirkan menerusi program realiti Akademi Fantasia 2013 (AF2013) turut memanjatkan kesyukuran kerana pertandingan itu berjaya mengetengahkan bakat seni yang ada padanya.

Bercita-cita untuk menjadi pramugari pada asalnya namun impian untuk berkhidmat di awan biru tidak lagi berada dalam kamus hidupnya kerana dia kini semakin yakin dunia nyanyian paling sesuai dengannya. Adik kembarnya, Norain, 20, meneruskan impian Aisyah menjadi pramugari dengan Penerbangan Singapura.

Memiliki tubuh tinggi lampai dengan rupa paras menawan, dia kini fokus kepada nyanyian saja meskipun tawaran untuk menjadi modeling dan berlakon turut mendatanginya.

"Meskipun graf kerjaya nyanyian saya perlahan, namun saya yakin boleh berjaya andai kata peminat dan penggiat seni terus memberikan saya ruang dan sokongan. Saya sangat positif dan kerana itulah saya tidak mahu tamak mengejar peluang dengan menceburi bidang seni lain buat masa ini.

Foto


"AF2013 memberi impak besar kepada saya meskipun saya tidak berjaya sehingga ke final. Walaupun saya suka menyanyi tetapi saya tidak pernah merancang untuk menjadi penyanyi dan apabila rakan-rakan minta saya pergi ke uji bakat AF2013, saya berserah saja pada nasib dan hari ini, inilah saya yang berada dalam fasa kehidupan baru," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/18