Apple lancar jam pintar, iPhone 6

Apple lancar jam pintar, iPhone 6


Apple lancar jam pintar, iPhone 6

Posted: 09 Sep 2014 03:03 PM PDT

Cupertino (Amerika Syarikat): Apple Inc mengejutkan penggemar teknologi seluruh dunia hari ini dengan melancarkan jam tangan pintar yang dikenali sebagai Apple Watch, peranti boleh pakai yang menjadikan produk pertama kategori baru sejak melancarkan iPad pada tahun 2010.

Ia menjadi langkah besar Apple kerana masih ramai mempersoalkan kredibiliti syarikat berkenaan selepas kematian pengasas bersama Steve Jobs pada 2011.

Perlancaran yang dibuat secara langsung itu menunjukkan iPhone 6 dan 6 Plus mempunyai skrin yang lebih besar serta ciri terbaru seperti mod tontonan mendatar yang cukup sesuai dengan saiz skrin yang diperkenalkan Apple.

IPhone 6 mempunyai skrin berukuran 4.7 inci, manakala iPhone 6 Plus 5.5 inci. Dalam pada itu, pembina aplikasi akan dapat mereka bentuk app yang boleh dilihat secara berbeza apabila telefon dipegang secara mendatar.

Foto

TIM Cook semasa perlancaran produk Apple. FOTO Reuters


Apple juga memperkenalkan sistem baru bagi menggunakan telefon untuk membuat pembayaran kad kredit di kedai-kedai yang terpilih.


Bagi Apple, iPhone yang menjadi sumber utama keuntungan syarikat itu dapat membantu bersaing dengan peranti Android.

Resolusi skrin model 6 Plus jauh lebih tajam daripada iPhone sebelumnya iaitu 401 piksel per inci dan bukannya 326.

Telefon pintar baru ini tidak sebesar telefon terkini keluaran Samsung iaitu 5.1 inci Galaxy S5 dan 5.7 inci Note 4, namun produk terbaru ini dijangka dapat mengimbangi produk-produk Android yang lain.

Apple berkata, iPhone 6 dan 6 Plus lebih pantas dan mempunyai hayat bateri yang lebih baik daripada model sebelumnya.

Telefon pintar ini juga mempunyai sensor baru iaitu barometer, bagi menganggarkan berapa banyak yang anda memanjat tangga, bukan sekadar sejauh mana anda telah berjalan atau berlari.

Apple masih mengekalkan resolusi kamera pada 8 mega piksel, manakala saingan Android dan Windows telefon telah meningkatkan jumlah piksel berbanding iPhone.

Walau bagaimanapun, kiraan mega piksel bukanlah satu faktor dalam mengambil gambar yang baik.

Apple berkata, sensor baru yang direka semula dapat mengambil gambar yang lebih baik berbanding iPhone sebelum ini.

Apple juga meningkatkan ciri video gerak perlahan dengan 240 frame sesaat, dua kali ganda apa yang ada di iPhone 5s tahun lalu.

Telefon baru ini mula dijual di Amerika Syarikat pada 19 September, dengan pesanan awal bermula Jumaat ini.

Berkenaan dengan harga pula, ia sama dengan iPhone sebelum ini iaitu RM640 dengan kontrak dua tahun bagi model iPhone 6 dengan memori dalaman 16gb bagi pasaran Amerika Syarikat.

Manakala untuk memori dalaman 64gb berharga RM960 dan RM1,280 bagi 128gb. iPhone 6 Plus pula ditambah RM320 iaitu RM960 bagi 16gb, RM1,280 bagi 64gb dan RM1,600 bagi 128gb.

Walau bagaimanapun, harga bagi pasaran di Malaysia masih belum diketahui umum.

Suasana tiba-tiba menjadi riuh dengan tepukan penonton selepas Tim Cook mengumumkan peranti boleh pakai iaitu Apple Watch.

Kebanyakan interaksi antara muka dilakukan menerusi butang dail pada jam tangan pintar itu.

Ia dapat digunakan untuk mengezum dekat atau jauh bagi aplikasi peta dan gambar, supaya pemakai tidak terganggu jika mencubit masuk dan keluar untuk zum.

Difahamkan, jam tangan pintar ini akan hadir dalam pelbagai gaya dan tali dengan pilihan dua saiz.

Walaupun banyak perhatian tertumpu kepada peranti terbaru, sistem operasi yang bakal menjana iPhone baru ini juga dikemas kini kepada iOS8 dan pengguna iPhone 5 ke atas akan dapat memuat turun pada 17 September ini.

Apple Inc mula meperkenalkan iPhone generasi pertama pada 29 Jun 2007 yang hanya menggunakan rangkaian 2G dan sistem operasi iPhone OS 1.0.

Semenjak kemunculan produk ini, mendiang Steve Jobs yang juga CEO Apple pada ketika itu membuat revolusi terhadap produk telefon pintar sekaligus memberi impak yang besar kepada pengguna.

Saban tahun, Apple memperkenalkan iPhone 3G pada Jun 2008 diikuti iPhone 3Gs pada Jun 2009, iPhone 4 pada Jun 2010, iPhone 4s pada Oktober 2011, iPhone 5 pada September 2012 dan dua iPhone iaitu iPhone 5s dan 5c pada September 2013.

Sekalipun legasi Apple bertukar tangan kepada Tim Cook sebagai CEO yang baru selepas kematian Steve Jobs, rata-rata penggemar teknologi tetap berpuas hati dengan produk yang dihasilkan syarikat berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/10

Culik depan mata ibu

Posted: 09 Sep 2014 12:35 PM PDT

Pasir Gudang: Setiap kali ternampak van putih melintas di depan rumahnya di Taman Cahaya Masai di sini, jantung Rahayah Bul, 42, berdegup kencang dan badannya menggigil berikutan kejadian anak perempuannya yang berusia sembilan tahun cuba diculik seorang lelaki menaiki kenderaan seperti itu, Sabtu lalu.

Rahayah berkata, sehingga kini dia tidak dapat melupakan detik cemas anak tunggalnya, Nur Ainna Haili dicekik dan diacu pisau pada leher oleh penjenayah yang mahu mencuri Perodua Myvi anak saudaranya.

Menurutnya, sejak heboh dengan kejadian van putih menculik kanak-kanak, dia sentiasa berjaga-jaga dan tidak jemu berpesan kepada pengasuh supaya tidak membenarkan anaknya bermain di luar rumah ketika dia bekerja.

Bagaimanapun, dalam kejadian jam 2 petang itu, dia tidak menyangka lelaki memandu van putih bertulis 'Majlis Perbandaran Pasir Gudang' (MPPG), cuba menculik anaknya yang dipanggil Ain, di depan matanya.

Foto

RAHAYAH mencium anaknya yang nyaris dilarikan seorang lelaki, Sabtu lalu.


"Sejak kejadian itu saya jadi macam orang tak betul. Tak boleh nampak van putih, tak boleh nampak orang tak kenal. Saya jadi trauma dan menggigil.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/10

Kembali bersatu dengan ibu

Posted: 09 Sep 2014 12:21 PM PDT

Sepang: Selepas 17 hari, mangsa tragedi MH17, mendiang Benjamin Lee Jian Han akhirnya dapat disatukan dengan ibunya, Ng Shi Ing selepas tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, semalam.

Benjamin, 1, anak kepada pensyarah Fakulti Psikologi dan Pendidikan Jurusan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL), Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu antara dua korban tragedi MH17 warga tempatan yang pulang ke tanah air dari Amsterdam sebelum diberi penghormatan negara pada Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17, semalam.

Turut tiba, jenazah jurutera syarikat petroleum Shell, Tambi Jiee, 48.

Mendiang Ng sebelum ini dibawa pulang pada 24 Ogos lalu selain ibu saudaranya, Elisabeth Ng Lyeti pada 22 Ogos lalu.

Foto

BAPA mendiang Benjamin, Lee Vee Weng membawa abu mayat anaknya setibanya di Pusat Xiao En Bereavement di Cheras.


Cuaca baik pagi semalam tidak dapat menyembunyikan perasaan hiba dan sedih ahli keluarga kedua-dua mangsa apabila saling berpelukan dan menangisi ketibaan jenazah terutama ketika dibawa turun dari pesawat MH19.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/10

Ben10 sedia gempur!

Posted: 09 Sep 2014 11:42 AM PDT

Kuala Lumpur: Tugas lebih berat menanti pemain senior Mohd Nor Farhan Muhammad apabila dijangka memainkan peranan penting untuk menerajui serangan skuad bawah 23 tahun (B-23) di Sukan Asia Incheon bermula Ahad ini.

Hanya tiga pemain serangan berada dalam senarai 20 pemain skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu dan selain Nor Farhan yang beraksi atas kuota pemain lebih usia, dua lagi penyerang lain membabitkan Ahmad Hazwan Bakri dari Selangor dan Ferris Danial Mat Nasir (Harimau Muda A).

Keputusan itu mencetuskan persoalan sejauh mana keupayaan jentera serangan skuad B-23 negara yang dilihat kurang menjadi ketika tewas 0-1 pada aksi persahabatan menentang Yaman Sabtu lalu di Shah Alam.

Nor Farhan yang pernah beraksi di Sukan Asia Doha pada 2006 ketika berusia 22 tahun bersedia membalas kepercayaan Kim Swee jika diberi peluang untuk menggempur kubu lawan selepas kehadirannya mencetuskan pertikaian kerana didakwa tidak layak bersama pasukan.

Foto

FARHAN (kanan) bakal terajui serangan skuad B-23.


"Saya berterima kasih kepada jurulatih kerana memberi kepercayaan kepada saya dan saya perlu berusaha untuk merebut tempat dalam pasukan ini. Saya tidak kisah untuk bermain di mana-mana posisi," kata pemain dari Terengganu itu yang turut boleh beraksi sebagai pemain sayap kanan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/10

Pasang badan bukan sebab ada kekasih

Posted: 09 Sep 2014 06:48 AM PDT

Selain artis, personaliti televisyen juga menjadi perhatian masyarakat. Apatah lagi, jika empunya diri itu seorang personaliti wanita berstatus solo serta berpenampilan menawan.

Itulah yang kini terserlah pada personaliti diri pengacara program bual bicara popular TV3, Wanita Hari Ini (WHI), Siti Hasfizza Aswaty Sabjahan atau Fiza.

Wanita berusia 32 tahun dan petah berbicara itu juga kelihatan semakin ramping.

Bersua dengannya baru-baru ini memberi peluang untuk mendekati sekali gus berkongsi petua diamalkan.

Foto


Nyata, wanita berkulit sawo matang ini tidak berbelanja besar dalam soal penjagaan kulit muka.


Katanya, dia hanya mengamalkan mencuci muka dengan sabun setiap hari serta memakai topeng muka di rumah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/10