Kopi pembunuh syarikat misteri |
- Kopi pembunuh syarikat misteri
- Abu mayat ditabur ke laut
- Gempar cahaya dari langit
- Pemain simpanan menyinar
- Sheera bukan nak riyak
Kopi pembunuh syarikat misteri Posted: 03 Sep 2014 11:54 AM PDT Kuala Lumpur: Kejadian serangan sakit jantung mendadak terhadap beberapa mangsa lelaki akhirnya membongkar kegiatan penjualan pelbagai produk kopi beracun yang dikesan mengandungi kimia berbahaya. Kewujudan pelbagai produk kopi campuran dihasilkan syarikat 'hantu' ini dikesan kian berleluasa apabila ia mudah dibeli dengan harga RM5 sebungkus. Menyedari bahaya produk kopi campuran ini yang mengandungi kimia analog sibutramine dan taladafil, Cawangan Penguat Kuasa Farmasi (CPF) Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melakukan operasi besar-besaran bagi merampas produk itu di pasaran petang semalam. Dalam operasi bermula jam 3 petang itu, sepasukan 90 pegawai CPF diketuai Ketua CPF Kuala Lumpur Asniza Alias menyerbu 23 premis menjual jamu dan ubat-ubatan tradisional di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini. PEGAWAI Cawangan Penguat Kuasa Farmasi menunjukkan kopi 'maut' yang dirampas dalam serbuan di Jalan Tunku Abdul Rahman petang semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/04 |
Posted: 03 Sep 2014 11:50 AM PDT Georgetown: Suasana pilu mengiringi perjalanan terakhir pramugara pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17, Sanjid Singh Sandhu, 41, apabila abu mayatnya ditabur ke laut berhampiran perairan Pulau Rimau, di sini, semalam. Sebelum upacara itu, bapa mendiang, Jijar Singh, 71, dilihat memegang bekas abu mayat anaknya yang tiba di jeti Jabatan Laut Wilayah Utara di Batu Uban, di sini, jam 9.40 pagi. Jijar yang kelihatan sugul ditemani isteri mendiang, Tan Nee Gok, 43, anak tunggal pasangan itu, Hans Singh Sandhu, 10, dan beberapa ahli keluarga mangsa. Tan yang dilihat tenang pada awalnya kemudian gagal menahan kesedihan sebaik bekas abu mayat mendiang suaminya dibawa menaiki bot Pasukan Polis Marin (PPM) menuju ke tempat persemadian terakhirnya. AHLI keluarga mendiang Sanjid menabur abu mayat berhampiran Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Pulau Rimau, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/04 |
Posted: 03 Sep 2014 11:44 AM PDT Kota Kinabalu: Kemunculan cahaya merah di langit yang jelas dilihat selama beberapa minit bukan saja menyebabkan orang ramai panik, malah ada antaranya pantas membuat pelbagai andaian termasuk mendakwa kejadian itu disebabkan oleh meteor atau tahi bintang. Difahamkan, cahaya merah pegun itu mula jelas kelihatan sekitar Penampang dan Putatan bermula jam 7 malam semalam, sebelum mulai kabur dan akhirnya hilang begitu saja kira-kira jam 10 malam. Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Winnie, 22, berkata, dia menyedari fenomena itu ketika memandu kereta untuk pulang ke rumahnya, kira-kira jam 9 malam. "Ketika itu, saya memandu ke Tanjung Aru dan orang ramai keluar dari rumah selain ada yang membanjiri kawasan pantai. CAHAYA misteri yang menggemparkan orang ramai.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/04 |
Posted: 03 Sep 2014 10:17 AM PDT Selayang: Tiada jurang! Itu perkataan paling sesuai diberikan kepada skuad kendalian Irfan Bakti apabila jurulatih berusia 63 itu hanya mempertaruhkan barisan keduanya pada aksi terakhir FELDA United FC bertemu Lions XII di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MP Selayang), kelmarin. Dalam pertemuan berat sebelah itu, tuan rumah cemerlang memungut tiga mata maksimum dengan menundukkan pelawat 3-1 buat muncul juara kumpulan A meninggalkan juara bertahan Piala Malaysia Pahang ditangga kedua. "Kali pertama dalam lima perlawanan kempen Piala Malaysia ini saya tidak tertekan langsung, malah saya berpuas hati dengan prestasi mereka (pemain simpanan) yang diturunkan pada malam ini (kelmarin). "Mereka bermain dengan baik sekali, dan ia bagus untuk kami sebelum memulakan aksi berikutnya di peringkat kalah mati nanti terutama jika adanya pemain utama yang mengalami kecederaan," katanya. Keupayaan benam LionsXII petanda positif anak buah Irfan hadapi suku akhir.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/04 |
Posted: 03 Sep 2014 09:27 AM PDT Tidak pernah terdetik di hatinya untuk riyak mahupun menunjuk-nunjuk kepada orang apabila tampil berhijab sejak Ramadan lalu. Bagi pelakon berbakat, Sheera Iskandar, penghijrahan dirinya pada bulan yang mulia itu hanya untuk mendapat keredaan Allah SWT semata-mata. "Sebenarnya, sudah lama saya memendam hasrat untuk berhijab dan hanya menunggu masa yang sesuai saja. Saya juga lebih suka membuat perubahan diri secara perlahan-lahan dengan mengenakan selendang pada Ramadan tahun lalu. Hasrat untuk berubah juga lahir dari hati dan tanpa paksaan dari sesiapapun. "Semuanya bermula ketika saya menjayakan program Gaza bersama rakan artis seperti Yatt Hamzah yang berlangsung di Masjid Shah Alam, tahun ini.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/04 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |