Drama Si Munchkin |
- Drama Si Munchkin
- Debaran 10 minit
- Gempar artifak disangka bom
- Jangan panik!
- Galaksi tambah segmen baru
Posted: 16 Sep 2014 10:48 AM PDT Kajang: Seorang pemilik kucing baka Munchkin tidak menyangka penyewa bilik di rumahnya sanggup mencuri dan menjual tiga ekor kucingnya bernilai RM 5,700 melalui Internet untuk mendapat wang cara mudah. Dalam kejadian pada 13 September lalu itu, pemilik kucing yang mahu dikenali sebagai Adam Putra, 38, keluar dari rumahnya di Taman Bukit Kenangan di sini, untuk ke tempat kerja. Menurut Adam, dia mengetahui kehilangan kucingnya selepas pulang ke rumah kira-kira jam 9 malam hari sama. "Saya dapati kucing yang diletakkan dalam sebuah bilik khas sudah dilarikan. Suspek juga tiada di dalam biliknya ketika itu. KUCING yang dicuri dijual lelaki di Internet sebelum dikembalikan semula kepada pemiliknya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/17 |
Posted: 16 Sep 2014 10:44 AM PDT Kapar: Sebanyak 11 motosikal musnah terbakar di Flat Taman Kapar Setia, di sini, awal pagi semalam, selepas kejadian 29 kenderaan dibakar di Shah Alam, Serdang Perdana serta Senawang, Negeri Sembilan, Ahad lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, seorang penghuni juga hampir maut selepas terperangkap lebih 10 minit di dalam kediamannya akibat kebakaran motosikal berkenaan. Mangsa, R Suresh, 34, berkata, itu adalah 10 minit yang mendebarkan dalam hidupnya apabila dia terperangkap di dalam rumah di tingkat satu flat berkenaan sebelum nekad terjun melalui tingkap balkoni bagi menyelamatkan diri. Menurutnya, dia sedang tidur di ruang tamu rumahnya ketika itu sebelum terasa bahang panas mengakibatkan dia terjaga. SURESH terselamat dalam kebakaran 11 motosikal penghuni flat. PENDUDUK Flat Taman Kapar Setia melihat rangka motosikal yang terbakar.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/17 |
Posted: 16 Sep 2014 10:35 AM PDT Sik: Kira-kira 400 penduduk di Kampung Chichar Mukim Jeneri, dekat sini, gempar apabila menemui dua struktur artifak berbentuk tempayan besar yang disangka bom lama dipercayai berusia ratusan tahun dulu. Nordin Ahmad, 48, berkata dia menemui artifak berkenaan pada pertengahan Ramadan lalu sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah dari dusun buah-buahan yang terletak kira-kira 25 meter daripada lokasi penemuan artifak berkenaan. Katanya, pada hari berkenaan, dia dalam perjalanan pulang dari dusun kira-kira jam 7 malam sebelum terlihat satu bentuk bulatan yang timbul kesan daripada mendapan tanah di kawasan terbabit. "Saya agak terkejut melihat kesan bulatan berkenaan kerana tidak pernah melihatnya sebelum ini walaupun sering berulang-alik di kawasan terbabit untuk ke kebun setiap hari. PENDUDUK melihat struktur artifak berbentuk tempayan besar. NORDIN bersama artifak yang ditemuinya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/17 |
Posted: 16 Sep 2014 10:04 AM PDT Incheon: Tidak perlu panik dan terburu-buru mencari gol. Itulah pendekatan diterapkan Datuk Ong Kim Swee bagi menghadapi misi hidup mati menentang Laos pada perlawanan Kumpulan A bola sepak Sukan Asia di Stadium Ansan Wa, hari ini. Selepas kecundang 0-3 kepada tuan rumah Korea Selatan pada perlawanan pertama Ahad lalu, skuad Harimau Muda tidak boleh alpa lagi sebaliknya mesti bangkit mencetak kemenangan andai mahu menghidupkan peluang mara ke pusingan kalah mati. Lantas Kim Swee tidak mahu anak buahnya memandang remeh cabaran lawan yang turut tewas 0-3 di tangan Arab Saudi pada perlawanan pertama mereka. "Bukannya mudah buat pemain selepas kalah kepada Korea, tapi kami mesti berusaha memenangi dua perlawanan terakhir kumpulan. Kami memandang serius cabaran Laos dan tidak boleh mengambil mudah pertemuan ini. KIM Swee (tengah) memberi arahan kepada pemain.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/17 |
Posted: 16 Sep 2014 09:02 AM PDT Selepas empat tahun bersama Galaksi, pengacara Ikhwan kini digantikan dengan pelakon jelita dan sensasi, Tasha Shilla serta pelawak terkenal tanah air, Ajak Shiro. Pada Mac lalu, Ajak dan Tasha dijemput untuk mengendalikan program Galaksi. Secara tidak langsung, undangan itu dijadikan sebagai 'uji bakat' terhadap mereka bagi menggalas tugas sebagai pengacara baru program berkenaan. Biarpun tidak pernah bergandingan dalam mana-mana program sebelum ini, Tasha dan Ajak selesa mengendalikan Galaksi bersama sejak memulakan tugas pada 4 Julai lalu. Mengulas mengenai tugasnya sebagai pengacara Galaksi, Tasha atau nama sebenarnya, Natasha Sheila Abdul Razak mengakui agak gementar kali pertama mengendalikan program itu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/17 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |