Atuk 'terajang' perogol berbogel |
- Atuk 'terajang' perogol berbogel
- 40,000 samseng kepanasan
- Pilu pergi sendirian
- Tebus kekalahan
- Cabaran jiwai peranan isteri Seniman Agung
Atuk 'terajang' perogol berbogel Posted: 23 Sep 2014 12:20 PM PDT Gombak: "Saya tergamam melihat lelaki itu dalam keadaan berbogel menindih tubuh isteri menyebabkan saya terus menyepaknya sekuat hati," kata seorang lelaki yang sempat menyelamatkan isterinya dari diperkosa pagi semalam. Suami mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 50-an berkata, kejadian berlaku jam 7 pagi apabila dua lelaki berusia 20-an dan 40-an menceroboh masuk kediamannya di Kampung Laksamana, di sini. Menurutnya, insiden berlaku ketika isterinya yang berusia 50-an berada di dalam rumah bersendirian sebelum diserang kedua-dua suspek. "Isteri saya yang ketika itu berada di ruang tamu kediamannya terus menjerit memanggil nama saya. Saya kemudian berlari masuk ke dalam rumah sebelum terkejut melihat keadaan isteri. RUMAH milik Ahmad yang diceroboh, semalam. Gambar kecil, kain batik milik mangsa.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/24 |
Posted: 23 Sep 2014 12:02 PM PDT Kuala Lumpur: Peringatan polis mengenai gerakan besar-besaran untuk memburu lebih 40,000 samseng dan ahli kumpulan kongsi gelap di seluruh negara menyebabkan mereka kini bagai cacing kepanasan dan mula mengatur strategi untuk mengelak daripada dicekup. Ini terbukti apabila mesej menerusi aplikasi WhatsApp mula tersebar dalam kalangan ahli kumpulan gengster untuk memperingatkan sesama mereka agar berhati-hati dan mengambil langkah yang perlu bagi mengelak ditahan polis. Mesej yang disebarkan itu turut sampai ke tangan wartawan akhbar ini dan pemerhatian mendapati ia jelas menggambarkan kebimbangan dirasai golongan itu. Antara kandungan mesej itu ialah : "Tolong buang sticker (pelekat) dekat motor dan kereta. 18&04, nazi dan double coin. 08, spider hitam dan net 8 angle matahari 8 penjuru. 21, 777 tiga warna, 36 naga merah, pakua, ang bi hoi merah, 77, Batas dan Bersatu..semua tolong tanggal. DR Wan Junaidi (kanan) pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pengurniaan Pingat Jasa Pahlawan Negara di Dewan Sri Pinang.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/24 |
Posted: 23 Sep 2014 11:07 AM PDT Kelana Jaya: "Siapalah yang tidak mahu menunaikan haji bersama suami tercinta, tapi apakan daya kesihatannya semakin merosot dan tidak boleh banyak bergerak," kata Ramlah Puteh, 62, yang nekad menunaikan Rukun Islam kelima itu bersendirian. Namun, Ramlah ketika ditemui di Kompleks Tabung haji, di sini, tetap menyatakan kesyukuran apabila terpanggil menunaikan ibadah haji kerana sudah lebih lima tahun menunggu giliran. "Jika ikutkan naluri seorang isteri, memang saya tidak mahu meninggalkan suami yang menderita sakit tua dan kencing manis di tanah air. "Namun, suami tetap galakkan saya ke Tanah Suci dengan nasihat supaya pandai jaga diri dan berniat beribadat saja apabila berada di sana nanti," katanya. Ramlah mencium cucunya sebelum berlepas ke Makkah di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/24 |
Posted: 23 Sep 2014 10:05 AM PDT Incheon: Datuk Lee Chong Wei berpeluang menamatkan badi gagal memenangi sebarang kejuaraan utama apabila turun beraksi acara perseorangan lelaki Sukan Asia Incheon di Gimnasium Gyeyang, bermula hari ini. Kegagalan di Sukan Olimpik Beijing 2008 dan London 2012, Kejohanan Dunia London 2011, Guangzhou 2013, Copenhagen 2014 dan Sukan Asia Guangzhou 2010 pasti mahu ditebus pemain veteran berusia 32 tahun itu. Bagaimanapun, kemampuannya mengakhiri badi kejohanan utama diragui semula selepas kalah kepada Chen Long pada separuh akhir acara berpasukan kelmarin, kekalahan keduanya kepada pemain China itu dalam tempoh 23 hari selepas aksi hambar di Copenhagen. Laluannya juga getir apabila dijangka bertemu musuh tradisi, Lin Dan dari China, pemain sama yang mengecewakannya beberapa kali sebelum ini, pada separuh akhir perseorangan lelaki di Incheon.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/24 |
Cabaran jiwai peranan isteri Seniman Agung Posted: 23 Sep 2014 07:20 AM PDT Selepas Liza Hanim dan Elly Mazlein, watak utama Biduanita Negara Puan Sri Saloma dalam Pementasan P Ramlee The Musical musim ketiga (PRTM3) bakal digalas pelakon berbakat besar, Nadia Aqilah Bajuri. Ketika ini, watak Saloma untuk super telefilem Saloma siaran Astro dilakonkan Nabila Huda. Berbalik kepada teater muzikal P Ramlee, selain Nadia, dua lagi watak isteri kepada Seniman Agung Tan Sri P Ramlee dibawakan Datin Seri Tiara Jacquelina yang juga penerbit tetaer ini sebagai Norizan dan aktres popular, Lisa Surihani pula sebagai Junaidah yang juga isteri pertama P Ramlee. Secara peribadi, Nadia, 29, mengakui cabaran besar dihadapi untuk menjiwai watak Saloma yang juga pemilik nama sebenar, Salmah Ismail itu. GAMBAR Tony Eusoff dan Nadia Aqilah untuk pementasan terbaru.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/24 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |