3 terselamat tali gantung

3 terselamat tali gantung


3 terselamat tali gantung

Posted: 11 Sep 2014 03:03 PM PDT

Ampang: "Kamu bertiga bernasib baik kerana terlepas daripada hukuman mati apabila pihak pendakwaan meminda pertuduhan membunuh kepada menyebabkan kematian.

"Diharap hukuman diberikan dapat memberikan pengajaran kepada kamu semua dan insaf serta sentiasa ingat niat tidak menghalalkan cara," kata Hakim Manira Mohd Noor di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian dalam penghakimannya sebelum menjatuhkan hukuman penjara setahun enam bulan terhadap tiga bekas pengawal keselamatan atas tuduhan menyebabkan kematian seorang remaja lelaki yang dipercayai mencuri wang tabung di sebuah masjid di Pandan Indah, tahun lalu.

Mereka Mohd Aswenry Majon, 27, dan dua lagi warga Indonesia, Iweldo Putra, 20, dan Pondri Neriko, 21.

Foto

Tiga bekas pengawal keselamatan dibawa ke mahkamah, semalam.


Mahkamah memerintahkan hukuman berjalan bermula dari tarikh mereka ditangkap.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/12

Cuba kejutkan mayat

Posted: 11 Sep 2014 03:02 PM PDT

Kuantan: Seorang pemilik kedai yang cuba mengejutkan pekerjanya selepas mendapati restorannya masih belum dibuka terkejut apabila menemui mayat lelaki itu terbaring dengan kesan luka di bilik sewanya di Air Putih di sini, semalam.

Mayat Azrul Saman, 30, dari Kampung Sungai Pergam, Kemaman, Terengganu ditemui kira-kira jam 7 pagi di dalam bilik di tingkat satu bangunan restoran itu yang turut menempatkan beberapa penghuni lain.

Difahamkan, mangsa biasanya akan membuka restoran itu seawal jam 6 pagi dan kegagalan mangsa berbuat demikian menimbulkan kehairanan majikannya yang kemudian naik ke bilik sewa mangsa untuk cuba mengejutkannya.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, sebaik tiba di bilik mangsa, pemilik restoran berusia 50-an itu terkejut melihat pekerjanya terbaring di atas lantai dan sudah tidak bernyawa.

Foto

ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa untuk dibawa ke hospital.


"Majikan mangsa terus menghubungi polis memaklumkan kejadian itu dan hasil pemeriksaan menemui beberapa kesan luka di badan mangsa.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/12

Gudang sunyi makmal dadah

Posted: 11 Sep 2014 03:02 PM PDT

Shah Alam: Rahsia sebuah gudang yang jarang dikunjungi pemiliknya di Seksyen U5, di sini, selepas ia beroperasi sejak beberapa bulan lalu terbongkar apabila ia sebenarnya dijadikan makmal memproses dadah jenis syabu yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit.

Bagaimanapun, 'kerja haram' yang dijalankan di dalam gudang itu dihidu pihak berkuasa seterusnya membawa kepada serbuan sepasukan pegawai dan anggota Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman, Jumaat lalu.

Berdasarkan bahan kimia yang dirampas dalam serbuan jam 9.30 pagi itu, polis tidak menolak kemungkinan makmal di gudang itu boleh menghasilkan dadah syabu dalam skala yang besar sehingga mencecah nilai jutaan ringgit.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, serbuan dijalankan hasil intipan sejak sebulan lalu selepas mendapat maklumat awam.

Foto

BARANGAN yang dirampas polis dalam serbuan di Shah Alam.


Beliau berkata, hasil serbuan yang dijalankan itu, polis berjaya merampas 1.67 kilogram (kg) kristal syabu, enam liter cecair syabu, 112 kg pil yang disyaki mengandungi bahan untuk menghasilkan syabu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/12

Datin naik kandang saksi

Posted: 11 Sep 2014 02:55 PM PDT

Shah Alam: Bekas ibu mentua penyampai radio, Jimmy Shanley menafikan suaminya menghalang bekas menantunya itu mengambil cucu mereka, Zahrah Rania ketika giliran bermalam di rumah Jimmy.

Datin Muniroh Kassim, 53, yang juga pengasas produk kosmetik Natasya memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam, suaminya, Datuk Suhaimy Othman tidak membenarkan Zahrah Rania diambil kerana yang datang ke rumahnya ketika itu bukanlah Jimmy, sebaliknya kakak iparnya, Datin Mastura Marliza Razali.

"Bukan tak benarkan kakak ipar dia datang, suami saya suruh Jimmy sendiri datang ambil (ZahrahRania).

"Kenyataan suami saya tak benarkan Jimmy ambil anak, tak betul," katanya menyangkal cadangan peguam syarie Mohd Nor Aizan Md Idrus yang mewakili Jimmy bahawa anak guamnya dihalang mengambil Zahrah Rania di rumah keluarga bekas isterinya Nursuhaila Eliani Suhaimy di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh.

Foto

MUNIROH (kiri) dan Nursuhaila Eliani Suhaimy keluar dari Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.


Wanita itu berkata demikian pada sesi soal balas perbicaraan kes perintah komital kerana melanggar perintah mahkamah membabitkan hak lawatan dan bermalam yang difailkan Jimmy terhadap Nursuhaila Eliani.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/12

Tanggung risiko?

Posted: 11 Sep 2014 08:54 AM PDT

Kuala Lumpur: Langkah berani dilakukan pengendali sementara skuad hoki negara Arul Selvaraj apabila seperti dijangka beliau hanya membawa seorang penjaga gol, S Kumar ke temasya Sukan Asia Incheon, Korea Selatan bermula 19 September ini.

Lebih menarik, pertahanan Mohammad Izad Hakimi Jamaluddin akan menjadi bidan terjun menjaga gawang negara andai penjaga gol nombor satu itu mengalami kecederaan.

Jelas Arul, beliau percaya Izad yang juga adik penjaga gol veteran negara, Roslan Jamaluddin mampu menggalas tugas itu selepas skuad negara hanya dibenarkan membawa seramai 16 pemain ke Incheon.

Pengendali yang menggantikan Muhammad Dhaarma Raj Abdullah selepas Sukan Komanwel lalu menegaskan, beliau mempunyai alasan sendiri mengapa hanya perlu membawa seorang penjaga gol ke Incheon.

Foto

ARUL (dua dari kiri) ketika sesi latihan skuad negara.


"Setakat ini dalam sukan hoki, pemain yang paling selamat dalam padang ialah penjaga gol.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/12