Terkandas di KLIA

Terkandas di KLIA


Terkandas di KLIA

Posted: 26 Sep 2014 01:38 PM PDT

Kuala Lumpur: Mereka bukan calang-calang individu berikutan memiliki kerjaya hebat, namun tiga lelaki rakyat Malaysia sanggup meninggalkan tanah air demi menyertai kumpulan pengganas Negara Islam (IS) serta berjuang di Syria.

Ketiga-tiga mereka bagaimanapun ditahan Bahagian Petugas Khas(Operasi/Counter Terrorism) Bukit Aman di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, kelmarin, selepas dipercayai mahu menyertai perjuangan di Timur Tengah.

Dua lelaki masing-masing berusia 26 tahun itu bekerja sebagai juruteknik dan arkitek sementara lelaki ketiga berusia 42 tahun mengendalikan perniagaan runcit.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, penahanan tiga individu itu dilakukan kerana mereka disyaki merancang berlepas ke Syria bagi menyertai kumpulan IS.

Foto

ANGGOTA polis yang identiti mereka dilindungi menyoal siasat suspek yang ditahan (kanan).


Menurutnya, pihak polis turut merampas sehelai bendera kumpulan pengganas IS milik seorang daripada suspek.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/27

Hanya mata selamat

Posted: 26 Sep 2014 01:34 PM PDT

Kuala Lumpur: Seorang pemilik bengkel motosikal bagaikan mengetahui ajalnya hampir tiba apabila sempat mendaftar sebagai penderma organ sebelum maut digilis bas, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.15 malam, mangsa, Leong Chee Min, 44, yang menunggang motosikal dari arah Pandan Indah menuju ke Cheras terlanggar belakang sebuah kenderaan mengakibatkan mangsa tercampak sebelum dirempuh sebuah bas dan motosikal.

Abang mangsa, Leong Chee Hong, 50, berkata, kejadian nahas itu amat menyedihkan, namun mereka gembira kerana hajat mangsa untuk menderma organ tercapai.

Menurutnya, sebelum ini, mereka enam beradik memang sepakat untuk mendermakan organ sekiranya ada di antara mereka mati dahulu.

Foto

MANGSA mati di tempat kejadian.


"Adiknya itu pernah menyatakan hasrat untuk mendermakan semua organ miliknya, tetapi doktor mengesahkan hanya organ mata sahaja yang masih boleh digunakan kerana semua organ lain rosak dalam kemalangan itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/27

Bomoh 'objek' didakwa

Posted: 26 Sep 2014 01:31 PM PDT

Seremban: Seorang bomoh dihadapkan secara berasingan di Mahkamah Sesyen dan di dua Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas tuduhan melakukan seks dengan menggunakan objek, kelucahan melampau dan mencabul kehormatan seorang pelanggan wanitanya.

Selain itu, isterinya turut dihadapkan ke mahkamah sama terhadap dua pertuduhan bersubahat atas perbuatannya itu.

Pasangan terbabit, Mohd Rashid Mohd Din, 59, dan Noralia Daie, 51, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan ke atas semua pertuduhan.

Di Mahkamah Sesyen, Mohd Rashid didakwa melakukan hubungan seks menggunakan objek dengan pelanggannya di sebuah rumah di Gedung Lalang, Ampangan, di sini antara jam 2.30 petang dan jam 7 malam, 20 September lalu.

Foto

MOHD Rashid (kanan) dan Noralia di Mahkamah Sesyen Seremban, semalam.


Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 377 CA Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat jika disabitkan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/27

Sandaran emas

Posted: 26 Sep 2014 12:14 PM PDT

Incheon: Skuasy mampu menambah dua pingat emas pada Sukan Asia Incheon hari ini apabila kedua-dua pasukan lelaki dan wanita mengalahkan Hong Kong 2-0 pada separuh akhir di Gelanggang Skuasy Yeorumul, semalam.

Low Wee Wern mengutip mata pertama skuad wanita apabila menundukkan Joey Chan 11-5, 11-5, 11-7 sebelum Datuk Nicol David memastikan mata kemenangan dengan menewaskan Annie Au 4-11, 11-5, 11-8, 11-6.

"Saya amat gembira dapat mengalahkan Joey sekali lagi hari ini kerana saya fikir lebih sukar menundukkannya ketika saya menang 3-1 acara individu. Amat penting saya mengutip mata pertama negara," kata Wee Wern yang turut menganggotai skuad juara 2010.

Malaysia yang akan mempertahankan emas dimenangi di Guangzhou empat tahun lalu, akan berdepan India pada perlawanan akhir hari ini. India mengetepikan tuan rumah Korea Selatan 2-0 pada separuh akhir semalam.

Foto

NICOL (kanan) dan Wee Wern bawa Malaysia ke final.


"Mulanya agak sukar, tapi selepas Wee Wern menang bergaya, saya tampil untuk menyempurnakan apa yang harus saya lakukan dengan meraih mata kemenangan," kata Nicol, yang mampu mengutip pingat emas Sukan Asia keenam peribadi hari ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/27

Tak gusar tuju 40 tahun

Posted: 26 Sep 2014 09:40 AM PDT

Berbaki satu tahun saja lagi dia bakal memasuki gerbang '4 Series'. Jika kebanyakan lelaki boleh berubah tingkah lakunya kepada seorang yang lebih galak seperti orang bujang pada usia begini, berbeza pula penerimaannya dengan wanita.

Bagi wanita, melangkah usia 40-an adalah mimpi ngeri kerana bimbang kulit wajah tidak lagi anjal manakala penampilan dan tubuh tidak lagi mengancam seperti sebelumnya. Kerisauan itu termasuklah masalah putus haid yang menyebabkan ramai wanita mengalami ketidakstabilan emosi.

Pastinya untuk melangkah dan meniti usia itu menimbulkan kegusaran di hati penghibur terkenal dari Indonesia, Krisdayanti yang bakal meraikannya pada tanggal 24 Mac, tahun depan.

Apatah lagi, Krisdayanti yang mesra disapa Kade itu dikenali umum sebagai artis yang meletakkan kecantikan dan kesempurnaan penampilan dalam senarai rutin utama kehidupannya.

Foto


Kenyataan ini diperkuhkuhkan dengan pengakuan Kris menerusi cacatan biografi Catatan Hati Krisdayanti, My Life My Secret yang ditulis Aberthiene Endah pada 2009.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/27