Leicester ikat Arsenal

Leicester ikat Arsenal


Leicester ikat Arsenal

Posted: 31 Aug 2014 02:41 PM PDT

London: Arsenal terlepas peluang menduduki tangga ketiga Liga Perdana Inggeris apabila sekadar seri 1-1 dengan Leicester City dalam perlawanan di Stadium King Power, Leicester, malam tadi.

Alexis Sanchez membuka tirai jaringan pada minit ke-20 dengan gol Liga Perdana pertamanya sejak berpindah daripada Barceolona.

Namun, Leonardi Ulloa cepat menyamakan kedudukan untuk Leicester dua minit kemudian selepas menyempurnakan hantaran Jeff Schlupp dengan tandukan yang menewaskan Wojciech Szczesny.

Leicester hampir menjaringkan gol kemenangan tetapi cubaan Ulloa gagal menepati sasaran dan Szczesny juga berjaya menghalang cubaan Jamie Vardy.

Foto

HANTARAN Sanchez (kiri) dihalang penyerang Leicester Jeff Schlupp. FOTO AFP


Walau pun Arsenal banyak mendominasikan perlawanan, ketiadaan Oliver Giroud yang tidak akan beraksi selama empat bulan kerana patah kaki jelas menjejaskan corak permainan pasukan itu.


Arsenal kini di tangga ketujuh Liga manakala Leicester yang di tempat ke-15 masih memburu kemenangan pertama.

Namun, mereka menunjukkan prestasi yang baik sejak kembali ke Liga Perdana. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/01

Pengsan mata pecah

Posted: 31 Aug 2014 02:04 PM PDT

Kota Bharu: Seorang kanak-kanak lembam berusia 12 tahun dikhuatiri buta mata sebelah kanan selepas terkena serpihan kaca cermin mata renang ketika mandi di Sungai Belahak, dekat Jeli, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu mangsa, Mohd Syazwan Afiq Mohd Zaki dikatakan terjun dari tebing sungai sebelum cermin mata renang dipakai tertusuk pada kayu di dalam sungai berkenaan.

Kejadian itu menyebabkan serpihan kaca dari cermin mata renang itu masuk ke dalam mata mangsa sehingga menyebabkannya mengalami pendarahan teruk dan pengsan di tempat kejadian.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Jeli sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II)di sini untuk rawatan lanjut.

Foto

MOHD Syazwan yang parah di muka berkemungkinan hilang penglihatan.


Menceritakan kejadian itu, ibu mangsa, Zarina Zawawi, 34, berkata, ketika kejadian dia bersama suami, Mohd Sayuti Hassan, 35, dalam perjalanan ke Kota Bharu untuk membeli peralatan elektrik.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/01

Khabar pilu tengah malam

Posted: 31 Aug 2014 02:00 PM PDT

Ulu Tiram: "Arwah seboleh-bolehnya hendak memakai kain pelekat arwah datuknya pergi solat Jumaat sedangkan sebelum ini dia lebih selesa memakai seluar saja," kata ibu kepada pemain bola sepak Piala Presiden Johor Darul Ta'zim (JDT) Mohamad Amirul Hakim Samsuddin, 18, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 43.5, Lebuhraya Senai-Desaru menghala ke Kota Tinggi, dekat sini, semalam.

Sapiah Elias, 44, berkata, anak lelaki tunggalnya itu tidak banyak berubah, tetapi berperangai pelik apabila mengenakan baju peninggalan datuknya Jumaat lalu.

Menurutnya, walaupun Mohamad Amirul berperangai pelik ketika itu, tetapi dia sekeluarga tidak mencurigainya hinggalah menerima berita kemalangan itu.

"Apabila dapat tahu dia terbabit dalam kemalangan dan meninggal dunia, baru saya teringat perangai peliknya yang memakai kain pelekat dan baju arwah datuknya pada Jumaat lalu.

Foto

SAPIAH menunjukkan gambar rakan sepasukan Mohamad Amirul (gambar kecil).


"Mungkin itu petanda dia meninggalkan saya selama-lamanya," katanya yang juga ibu kepada empat anak itu ketika ditemui di rumahnya di Kampung Mulia, Sungai Tiram, dekat sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/01

Dua kali hampa

Posted: 31 Aug 2014 01:39 PM PDT

Teluk Intan: Ibu saudara kepada pembantu juruterbang pesawat Penerbangan Malaysia MH17, Muhamad Firdaus Abdul Rahim bersyukur kerana penantiannya menunggu jenazah anak saudaranya itu dibawa pulang ke Malaysia akhirnya menjadi kenyataan, esok.

Rohani Che Embi, 70, berkata, dia lega kerana penantiannya selama ini dimakbulkan Tuhan dan urusan penghantaran jenazah anak saudaranya diharapkan berjalan lancar.

"Saya diberitahu oleh kakak Muhammad Firdaus yang kini berada di Belanda bahawa jenazahnya akan dibawa pulang, Selasa ini (esok), dan perasaan saya jadi lega. Kami mahu segera menyempurnakan jenazahnya.

"Sebelum ini dua kali kami agak hampa kerana jenazah arwah tidak tersenarai untuk dibawa pulang melalui kumpulan pertama dan kedua.

Foto

ROHANI menunjukkan SMS yang diterima daripada kakak Firdaus berhubung penangguhan penerbangan sebelum ini.


"Saya juga diperlihatkan pada visual abang kepada Muhammad Firdaus sedang sembahyang jenazah di sebelahnya dan kini tidak sabar menunggu untuk melihat jenazah apabila sampai nanti," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/01

Bangkit daripada kekecewaan

Posted: 31 Aug 2014 06:35 AM PDT

Kali terakhir, penyanyi, pelakon, pengacara dan penyampai radio Mix FM, Sarimah Ibrahim muncul dengan single ialah Bila Kau Tiada yang dihasilkan pada 2002.

Kini, selepas 12 tahun berlalu, Sarimah, 36, kembali de�ngan mempertaruhkan single terbarunya, You On My Mind yang juga 'comeback'nya di persada hiburan tanah air.

Penyanyi berdarah kacukan Melayu-Irish ini tidak bersendirian sebaliknya single terbarunya ini turut menampilkan model, penyanyi dan penari profesional dari London, Simon J Bailey.

Secara peribadi, kata Sarimah yang tampil jelita dan langsing, single itu ditulis ketika dia berdepan dengan saat paling getir dalam hidupnya sebelum ini.

Foto


"Selepas bercerai pada 2009, saya menjalinkan hubungan cinta dengan jejaka Perancis selama tiga tahun. Namun, hubungan cinta yang diharapkan ke jenjang pelamin itu akhirnya putus di tengah jalan.


"Bermula dari situlah, saya dapat idea untuk menulis lagu You On My Mind ini dan bangkit daripada kekecewaan lalu. Saya juga ingin buktikan pada orang, walaupun saya sudah berusia lebih 30 tahun dan pernah bercerai, tidak bermakna hidup saya sudah berakhir.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/01