Berkorban demi ibu

Berkorban demi ibu


Berkorban demi ibu

Posted: 22 Sep 2014 12:16 PM PDT

Kangar: Seorang lelaki warga emas terpaksa melupakan hasratnya untuk berkahwin ketika muda semata-mata mahu menjaga ibunya yang uzur.

Che Ramli Che Osman, 63, berkata, dia pernah terlintas untuk mendirikan rumah tangga, tetapi apabila mengenangkan nasibnya dan keluarga, dia terpaksa melupakan hasrat itu.

Menurutnya, dia yang tinggal di Kampung Sena di sini, pernah dikeji, malah diherdik kerana tidak bergaji besar oleh wanita yang cuba dikenalinya dan dia sedar dirinya tidak seperti orang lain kerana hanya bekerja kampung.

"Dulu ketika berusia 30-an memang saya ingin berumah tangga seperti lelaki lain, tetapi kini segala perasaan itu sudah tiada dan sudah tidak mahu berkahwin.

Foto

CHE Ramli bersama ibunya berehat di hadapan rumah mereka di Kampung Sena.

Foto

CHE Ramli membantu melakukan kerja harian di kediaman mereka di Kampung Sena.


"Ditambah pula selepas kakak, Norliah Che Osman, 60, berkahwin dan tiada siapa menjaga ibu Chah Hamzah, 86," katanya ketika ditemui, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/23

'Tetapkan imanku'

Posted: 22 Sep 2014 12:15 PM PDT

Kelana Jaya: Ketetapan iman supaya teguh sehingga akhir hayat adalah doa yang mahu dipanjatkan sebaik berada di Tanah Suci Makkah.

Juruteknik Amat Jupri Ahmad, 55, berkata, itu antara doa utamanya yang mahu dipohon ketika mengerjakan ibadat haji pertamanya.

"Dengan keadaan sekarang yang dipenuhi pelbagai dugaan, susah bagi seseorang untuk memelihara iman.

"Keizinan yang diberikan Tuhan ini saya memohon supaya Allah sentiasa memelihara iman saya dan keluarga hingga ke hujung nyawa," katanya ditemui semalam.

Foto

AMAT bersama isteri, Rokiah melihat surat tawaran haji.


Amat Jupri yang ditemani isteri Rokiah Omar, 54, antara 448 jemaah bagi penerbangan KT57 dengan menaiki pesawat Arab Saudi SV5113.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/23

Semua sudah terlambat

Posted: 22 Sep 2014 12:15 PM PDT

Ampang: "Saya sedih kerana kakak, Nurain Othman, 27, dan adik bongsu, Nuramanina Aminah Othman, 11, tenggelam lemas ke dasar kolam tanpa disedari orang ramai yang turut berenang di kolam sama," kata Muhd Iqbal Nazmim, 23.

Dalam kejadian jam 2.30 petang kelmarin, mangsa dua beradik itu lemas ketika melakukan aktiviti riadah di sebuah kelab renang di Taman Melawati, Hulu Klang di sini.

Iqbal berkata, kejadian itu hanya disedari salah seorang adiknya, Muhd Alif Haziq, 12, sebelum bertindak meminta bantuan orang ramai yang berada berhampiran kolam itu.

"Walaupun berjaya ditarik keluar dari kolam namun semuanya sudah terlambat," katanya ketika ditemui wartawan semalam.

Foto

DI KOLAM ini dua beradik lemas petang kelmarin. Gambar kecil, Nurain dan Nuramanina maut dalam kejadian lemas petang kelmarin.


Dia mendakwa lebih kecewa apabila pihak pengurusan kolam renang seakan-akan menyalahkan adik dan kakaknya itu kerana tidak mengikut prosedur.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/23

Alif langsung dua majlis

Posted: 22 Sep 2014 11:51 AM PDT

Majlis perkahwinan penyanyi dan pe�ngacara Alif Satar, 24 dengan isterinya, Sha Dila Halid, 30, berlangsung cukup meriah di Marina, Putrajaya, Sabtu lalu.

Menariknya, pasangan itu melangsungkan dua majlis berasingan di lokasi sama pada hari berkenaan.

Bertemakan kain songket, majlis pertama bermula pada tengah hari dan dihadiri 1,600 tetamu terdiri daripada ahli keluarga serta rakan rapat.

Majlis kedua pula diadakan pada sebelah malam dengan jemputan lebih 450 tetamu dan dimeriahkan dengan kehadiran rakan, artis serta media.


Majlis bertemakan 'Suit and Tie' itu menyaksikan Sha Dila tampil anggun dengan memperagakan busana berwarna putih manakala Alif memakai kot putih dan dipadankan dengan seluar hitam.


Lebih istimewa di majlis itu, Alif diberikan beberapa kejutan oleh keluarga dan rakan-rakannya. Selain ucapan khas daripada semua keluarganya, adik-beradik pengacara itu turut berkongsi klip video memaparkan gambar Alif ketika kecil hingga dewasa dengan tetamu.

Malah, air pancut khas mengikut rentak irama lagu Lelaki Seperti Aku yang dipopularkan Alif turut menghiasi perkara�ngan luar dewan resepsi.

Alif berkata, hidupnya kini ceria dan tenang sejak hampir seminggu mendirikan masjid dengan wanita pilihan hati.

"Sepanjang minggu ini, saya banyak meluang�kan masa bersama isteri dan keluarga. Buat masa ini, saya dan isteri bercuti di Kuala Lumpur dengan menginap di beberapa hotel di sekitar ibu kota. Selepas itu, insya-Allah kami akan berbulan madu di Langkawi pada Disember ini," katanya.

Mengenai majlis perkahwinannya pula, Alif menggambarkan maj�lis itu penuh emosi de�ngan beberapa kejutan istimewa.

"Hati saya tersentuh apabila menyaksikan klip video yang dihasilkah adik-beradik saya. Kehadiran sahabat, rakan artis dan 'ahli keluarga' dari pada Sony Music membuat�kan saya cukup gembira," katanya.

Bukan itu sahaja, menurut Alif, anggota kumpulan Persis turut membuat kejutan apabila turut hadir di majlis resepsinya.

"Mereka memberitahu tidak dapat datang dan disebabkan itu saya terkejut apabila mereka tiba-tiba muncul," katanya.

Antara artis yang hadir pada majlis sebelah malam ialah Datuk Aznil Nawawi, Azwan Ali, Sari Yanti, Intan Ladyana, Tomok dan Erin Malik.

Alif sah bergelar suami kepada Sha Dila dengan sekali lafaz di majlis akad nikah yang berlangsung di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur pada 15 September lalu.

Majlis pernikahan pasangan itu disempurnakan bapa pengantin perempuan, Halid Mohamad dan disaksikan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Zaki Mahmood.

Alif menyerahkan wang hantaran RM19,000 serta sebentuk cincin berlian bersama lima dulang hantaran kepada isterinya dan dibalas tujuh dulang hantaran daripada pihak perempuan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/23

Popular itu bukan tiket

Posted: 22 Sep 2014 10:48 AM PDT

Incheon: Haruskah skuad bola sepak Bawah 23 Tahun negara dibenar menyertai temasya Sukan Asia pada masa depan? Perlukah ada kriteria pemilihan atau tahap kelayakan seperti beberapa sukan lain?

Dalam 14 penyertaan di temasya Sukan Asia sejak kali pertama di Tokyo 1958, skuad negara hanya mampu meraih dua pingat gangsa di Jakarta 1962 dan Teheran 1974.

Sejak dipertandingkan untuk bawah 23 tahun pada 1998 di Bangkok, pencapaian terbaik skuad negara hanya di Guangzhou empat tahun lalu apabila mara ke pusingan kedua sebelum tewas kepada Iran.

Bumi Incheon menyaksikan skuad Harimau Muda mengalami nasib sama seperti 10 penampilan lain apabila Malaysia terkandas di peringkat kumpulan.

Foto

Skuad Harimau Muda ketika menjalani latihan di Padang Pembangunan Dan Teknologi Korea.


Kekalahan 0-3 di tangan Arab Saudi kelmarin menamatkan impian anak buah Datuk Ong Kim Swee untuk mara lebih jauh selepas tumpas 0-3 kepada Korea Selatan dan mengatasi Laos 4-0.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/23