Hajat terkandas di KLIA |
Posted: 27 Sep 2014 04:09 PM PDT Sepang: Seramai 98 bakal haji dari Kemboja terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejak Khamis lalu, selepas berlaku kesilapan tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Jeddah. Difahamkan, bakal jemaah haji terbabit tiba dengan menaiki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) dari Phnom Penh dan sepatutnya ke Jeddah, semalam, menaiki pesawat Saudi Airlines. Mereka tiba ke negara ini menerusi dua penerbangan iaitu MH755 dan MH763 dan transit di KLIA sebelum ke Jeddah. Ketua rombongan, Ariffin Ismail, 45, berkata, mereka tidak boleh berlepas ke Jeddah berikutan kesilapan pembelian tiket diuruskan pihak agensi haji di Phnom Penh yang ditempah sebagai penerbangan biasa. BAKAL haji dari Kemboja yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana kesilapan tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Jeddah. FOTO Mohd Fadli Hamzah dan Bernama
Ariffin yang juga guru agama di Kemboja, berkata mereka berharap ada pihak yang membantu menguruskan perjalanan ke tanah suci. "Waktu wukuf adalah pada Rabu depan dan kami berharap sangat dapat ke tanah suci seboleh-bolehnya Isnin ini. Niat kami memang ke tanah suci dan sekiranya tidak dapat ditunaikan, kami berasa terkilan," katanya. Bakal jemaah haji, Yousoh Yab, 35, berkata, dia berharap masalah berkenaan dapat diselesaikan dengan segera memandangkan mereka menghadapi kesukaran sepanjang terkandas di KLIA. "Kami terpaksa tidur di beramai-ramai di atas lantai. Malah, menghadapi kesukaran untuk mandi memandangkan terlalu ramai. "Ada di antara kami mempunyai saudara di Malaysia dan mereka datang membawakan makanan. Saya berharap sangat dapat ke Tanah Suci kerana ini kali pertama saya mahu ke Makkah," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/28 |
Posted: 27 Sep 2014 04:08 PM PDT Kuala Lumpur: "Nama adalah anugerah pertama yang diberikan ibu bapa ketika dilahirkan, jadi untuk menghargai segala pengorbanan mereka, saya mahu kekal menggunakan nama Cina walaupun sudah memeluk Islam." Itu luahan saudara baru, Ng Pooi Kheng, 24, atau nama panggilannya Sophea Ng yang mengambil keputusan tidak menukar nama dalam kad pengenalan seperti kelaziman saudara baru lain selepas memeluk Islam pertengahan tahun lalu. Katanya, ketika dia menyuarakan hasrat untuk bergelar muslimah kepada ibunya, antara kerisauan yang dibangkitkan adalah dia akan meninggalkan keluarga, menukar namanya dan 'masuk Melayu'. "Ibu menceritakan bagaimana sukarnya dia mencari nama untuk saya ketika dilahirkan dan dia amat sedih apabila memikirkan saya akan tukar nama setelah memeluk Islam," kata jururawat berkenaan yang ditemui selepas majlis perkahwinannya bersama seorang ahli farmasi, Muhammad Zuhair Mokhtar di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong, hari ini. Bagaimanapun, setelah merujuk kepada guru agama dia dimaklumkan tiada syarat dalam Islam yang mewajibkan saudara baru menukar nama, asalkan nama asal memberi maksud yang baik. *Untuk berita penuh dan laporan video imbas dapatkan akhbar Metro Ahad esok. SOPHEA dan suami serta ahli keluarganya. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali |
Posted: 27 Sep 2014 04:01 PM PDT Kajang: "Saya bersyukur kerana hasrat bekas pelakon drama radio Kebun Pak Awang yang terkenal sekitar 1970-an dan 1980-an iaitu Ibrahim Othman, 83, untuk menghembus nafas terakhir di rumah sendiri tertunai. "Seminggu sebelum Aidilfitri, bekas pelakon itu dijemput anak untuk berhari raya bersama keluarga di Taman Keramat, Kuala Lumpur dan pihak kami tiada masalah melepaskan arwah. "Namun, selepas empat hari berhari raya bersama mereka, saya dihubungi seorang anak arwah menyatakan ayah mereka meninggal dunia," kata Pengerusi Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia (FIKRAH) di Taman Sekamat, di sini, Azmi Md Zain. Mengimbau kedatangan arwah ke FIKRAH pada 2012, Azmi menyatakan, arwah pendiam dan gemar menyendiri. ARWAH Pak Berahim (kiri) menerima lawatan dari Persatuan Veteran RTM Wilayah Persekutuan ketika menghuni FIKRAH.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/28 |
Posted: 27 Sep 2014 03:24 PM PDT Seremban: Itulah tahap mereka saja. Ini reaksi Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang kecewa prestasi hambar dipamerkan pasukan sepak takraw dan skuad bola sepak negara di Sukan Asia Incheon. Khairy berkata, sememangnya dua acara itu tidak pernah diletakkan sasaran emas berikutan mutu permainan pasukan negara hanya setakat itu. Katanya, kekalahan berpasukan sepak takraw kepada Thailand di separuh akhir memang dijangkakan kerana mereka gagal menundukkan negara Gajah Putih itu sejak sekian lama. Menurutnya, pasukan negara wajar dipersalahkan kerana tunduk kepada Indonesia dalam saingan peringkat kumpulan sebelum menewaskan China. Khairy Jamaluddin Abu Bakar (kiri).
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/28 |
Posted: 27 Sep 2014 03:13 PM PDT Dia dikatakan mahu bersara dari dunia seni, tetapi hakikatnya perkara itu tidak benar hingga memaksa Fathia Latiff, 27, tampil memberi penjelasan. Agak lama menyepi, Fathia tampil mengatur fotografi bersama Selebriti Metro Ahad untuk memberi ruang kepadanya membetulkan tanggapan umum terhadap kerjayanya. Fathia juga tidak menyalahkan media yang menyiarkan berita mengenai dirinya mahu bersara hingga menjadi isu besar. Malah, katanya, ia sekadar memperjelaskan me�ngapa dia menyepi kebelakangan ini. Bagaimanapun, kata Fathia, dia tampil membuat penjelasan kerana risau perkembangan itu boleh menjejaskan kerjayanya.
"Contohnya, syarikat yang me�lantik saya sebagai duta mereka kerana saya baru menandatangani kontrak sebagai wajah Avon untuk kempen haruman mereka. Apabila isu saya bersara diperbesarkan sehingga tersebar di laman sosial, tentu ia membuatkan mereka risau. "Apabila menjadi wajah produk kecantikan mereka, tentu syarikat terbabit mahu wakilnya terus aktif di samping membawa jenama mereka kepada umum dengan lebih meluas. "Jika duta mereka tidak lagi bergelar pelakon atau selebriti dan tiada keistimewaan lain, buat apa mereka melantik seseorang itu sebagai wajah mewakili mereka. Perkara itu saya sangat faham kerana ia sebahagian daripada kerja dan tugas saya," kata�nya. Fathia mengakui perkara itu timbul apabila sebelum ini setiap kali bertemu beberapa pihak yang bertanyakan perkembangan dirinya, dia menjawab sedang bercuti rehat. Begitu juga apabila dia menemani Aiman Hakim Ridza ke lokasi dan berjumpa rakan, mereka bertanya mengapa dia tidak berlakon dan Fathia menjawab mahu berehat. Kalau ada tawaran yang datang, begitu juga jawapan diberi. "Saya cuti berehat perkara biasa. Sejak awal pembabitan dalam dunia seni, jadual kerja saya memang begitu memandangkan pada waktu sama saya masih belajar dalam bidang perundangan. "Pengajian saya belum tamat dan disebabkan itu, saya selalunya membahagikan masa. Saya hanya terima tawaran berlakon drama bersiri pada cuti semester panjang dan kalau pada hari kuliah, pembabitan saya hanya untuk fotografi atau penggambaran telefilem yang tidak mengambil masa panjang," katanya. Dalam heboh orang bercakap me�ngenai dia mahu bersara, Fathia meluahkan rasa lega kerana dalam waktu terdekat dia akan kembali ke lokasi menjayakan penggambaran drama bersiri Bercinta untuk TV3 yang bakal mengisi slot Samarinda. Fathia akan digandingkan dengan hero baru dan dijangka untuk siaran akhir tahun ini. Dia berharap apabila drama itu disiarkan, peminat akan tahu kedudukan sebenar bahawa dia sebenarnya masih dan mahu terus berlakon. "Dulu saya memang menganggap bidang lakonan sebagai satu keinginan disebabkan sekarang ini saya masih belajar. Namun sebaik pengajian tamat, saya merancang dan mengatur untuk terus aktif dalam bidang ini dan menjadikan dunia lakonan sebagai kerjaya tetap," katanya. Sudah lama tidak beraksi di layar lebar, Fathia akan kembali dengan membintangi filem terbitan Datuk Raja Rezza Shah atau Shah Reza, Puteri Limau Purut yang dijangka memulakan penggambaran pada April tahun depan. Perasaan teruja turut dirasai Fathia sebaik dikhabarkan projek yang dirancang sekian lama akhirnya akan dijalankan dalam waktu terdekat kerana kerja-kerja post-produksi awal semakin selesai. "Saya sudah bertemu penerbit dan pengarah. Malah, beberapa pelakon utama disenaraikan dan saya akan digandingkan dengan Zul Ariffin. Turut membintangi filem ini ialah Awie dan Fazura. "Sebagai Puteri Limau Purut, saya harus tahu menari dan bersilat. Untuk itu, saya harus menjalani beberapa latihan intensif selama tiga bulan. Kami juga akan menziarah makam dan mengenali watak dengan lebih mendalam,"katanya. Sebagai pelakon, Fathia akui sa�ngat menantikan peluang beraksi dalam filem epik seperti Puteri Limau Purut. Sebelum ini dia pernah terbabit dalam teater bangsawan kontemporari Bidasari. "Saya berterima kasih kepada pihak Istana Budaya kerana peluang diberi, tetapi tempoh singkat menjalani latihan dalam menjayakan pementasan itu menyebabkan persembahan saya kelihatan kurang meyakinkan. "Namun, ia menjadi tapak permulaan. Dengan latihan lebih intensif untuk menjayakan watak Puteri Limau Purut, diharapkan ia mampu memberi impak apabila siap kelak. "Sebelum ini dua filem yang pernah saya bintangi gagal mengang�kat bakat saya sebagai pelakon filem dan tentu saya meletak harapan tinggi pada Puteri Limau Purut. Saya mahu bekerja keras sepanjang menjayakannya,"katanya. Mengenai pemilihannya memegang peranan utama, Fathia akui penerbit mencari pelakon asal dari Perak kerana Puteri Limau Purut berasal dari negeri itu. Katanya, mungkin ini dikatakan tuah anak Perak dan menganggapnya satu penghormatan. "Pihak produksi begitu teliti sampaikan untuk berlakon pun mereka mencari mereka yang ada darah anak Perak. Saya sudah melihat beberapa persiapan, terutama baju yang bakal dikenakan untuk setiap watak. Ia nampak mewah. Setiap perincian diambil kira dan saya tidak mahu mensia-siakan usaha besar yang bakal dilaksanakan," katanya. INFO: - Nama sebenar: Nur Fathia Abdul Latiff |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |