Kuari rentap nyawa

Kuari rentap nyawa


Kuari rentap nyawa

Posted: 08 Sep 2014 05:16 PM PDT

Kuantan: Seorang pekerja asing ditemui mati manakala dua rakan sekerjanya dikhuatiri maut akibat tertimbus runtuhan kuari di Bukit Sagu 4, Panching, dekat sini, jam 5 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, anggotanya bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat berhubung kejadian.

Katanya, dipercayai mangsa adalah warga Indonesia dan Myanmar namun identiti mereka masih belum dapat dikenalpasti.

"Pasukan penyelamat giat mencari lagi dua mangsa dan siasatan masih dijalankan bagi mengenalpasti punca kejadian," katanya.

Foto

LOKASI kejadian runtuhan kuari.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/08

100 rumah jadi abu

Posted: 08 Sep 2014 02:48 PM PDT

Tawau: Dianggarkan sebanyak 100 rumah setinggan musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran di Kampung Tanjung Batu Laut, petang tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Mohd Affendy K Ramin berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.20 petang.

"‎Kebakaran membabitkan rumah setinggan dan seramai 37 anggota bomba bersama tiga jentera dikejar ke lokasi kejadian.

"Setakat ini, operasi memadamkan api masih dilakukan dan dilaporkan belum dapat dikawal," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Foto

ANTARA rumah yang terbakar. FOTO Norasikin Daineh


Bagaimanapun, Affendy berkata tiada mangsa dilaporkan setakat ini ‎dan pihak bomba masih bertungkus lumus mengawal kebakaran.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/08

29 pelajar kita terkandas bah

Posted: 08 Sep 2014 01:57 PM PDT

Putrajaya: Kementerian Luar mengesahkan 29 pelajar Malaysia dilaporkan terperangkap dalam bencana banjir teruk di Jammu dan Kashmir, India.

Menterinya, Datuk Seri Anifah Aman berkata, seramai 10 pelajar terperangkap di Pahalgam dan masih gagal dihubungi Konsulat Malaysia manakala 19 pelajar lain pula terperangkap di sebuah hotel di Srinagar.

Beliau berkata, semua pelajar berkenaan terdiri daripada pelajar perubatan dari Universiti Perubatan Manipal di Karnataka yang dibiayai Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan juga pelajar persendirian.

"Hujan lebat dan banjir di kedua-dua negeri itu menenggelamkan 450 kampung dan memberi kesan buruk kepada 2,000 kampung yang lain.

Foto

ORANG ramai berkumpul di jambatan yang runtuh akibat arus deras dalam bencana banjir di Sungai Tawi di pinggir Jammu, India, kelmarin.


"Konsulat Malaysia di Chennai menghubungi pelbagai pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan laporan keadaan semasa pelajar berkenaan," katanya dalam kenyataan dikeluarkan, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/09

PBNJ, Valencia jalin kerjasama

Posted: 08 Sep 2014 11:23 AM PDT

Johor Bahru: Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) dan Kelab La Liga Sepanyol, Valencia CF, mencapai persetujuan untuk menjalin kerjasama bagi pembangunan bola sepak di Johor.

PBNJ dalam kenyataan menerusi laman sosial rasminya berkata, persetujuan mengenai kerjasama itu dicapai oleh Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Presiden PBNJ dan Pengerusi Valencia CF, Peter Lim.

Tunku Ismail dan Lim bersepakat untuk membantu bola sepak Johor dari segi pembangunan, pengambilan pemain secara pinjaman serta latihan pemain remaja Johor Darul Takzim (Johor DT) ke Valencia CF mulai musim depan.

Lim, hartawan Singapura yang turut mempunyai pelbagai kepentingan perniagaan di Iskandar Malaysia, bersetuju membeli 70 peratus kepentingan dalam kelab Sepanyol itu bulan lepas.

Foto

TUNKU Ismail


Empat tahun lalu, beliau cuba membeli kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool, tetapi gagal.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/09

'Boy band' pertama terima anugerah Guinness

Posted: 08 Sep 2014 08:54 AM PDT

Di sebalik khabar angin mendakwa mereka bakal berpecah, kumpulan penyanyi kegilaan remaja perem�puan dari London, One Direction begitu sibuk menjayakan siri konsert jelajah Where We Are di Eropah dan Amerika Syarikat.

Desas-desus perpisahan 'boy band' diang�gotai Harry Styles, Niall Horan, Zayn Malik, Louis Tomlinson dan Liam Payn ternyata sekadar gosip kerana mereka bakal merakamkan album keempat dalam masa terdekat ini.

Malah, anak muda berwajah comel itu turut membawa konsert jelajah stadium pertama mereka ke layar perak.

Where We Are The Concert Film bakal ditayangkan di 70 negara pada 11 & 12 Oktober ini.


Namun sebelum itu, trailer memaparkan anggota One Direction mendendangkan lagu hit Story of My Life dan What Makes You Beautiful di hadapan peminat sudah dimuat naik di laman sosial YouTube pada Khamis lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/09