Putih mata |
- Putih mata
- Budak maut diserang tebuan, ibu kritikal
- Penyangak cuba curi ‘Yoko Yoko’ dicekup
- Dapur, bilik rumah 16 sekeluarga terbakar
- Kelala pengering sereta tetapka kuing diri
- Regatta Sarawak alai ngayanka pengeraja enggau pesaka asal
Posted: 06 Sep 2014 09:23 AM PDT Oleh Sandy Mark Luna // KUCHING: Usaha seorang lelaki berlari sekuat hati sambil memikul televisyen yang dicuri daripada majikan sendiri ternyata sia-sia apabila dia bukan sahaja berjaya ditangkap, malah menerima pengajaran menyakitkan daripada penduduk Kampung Lintang di sini, pagi semalam. Menurut seorang penduduk kampung, dia cuba mengejar pemandu sebuah kereta Perodua Viva yang terlibat dalam kejadian itu, apabila ternampak seorang lagi lelaki yang turut mengejar rakannya sambil memikul televisyen bersaiz 42 inci di atas bahunya. "Saya sedang berlari mengejar lelaki yang memandu Viva itu apabila ternampak lelaki itu (suspek) berlari di tepi saya sambil memikul televisyen. "Pada saat itulah saya menyedari pemandu itu tidak berseorangan. Dia (suspek) kemudian mencampakkan televisyen itu ke tepi jalan dan terus berlari sekuat hati namun kecundang jua apabila berjaya ditangkap," ujarnya kepada pemberita ketika ditemui di One Stop Centre, awal pagi semalam. Dalam insiden sekitar jam 12.15 pagi itu, suspek berusia 26 tahun itu dipercayai memecah masuk kediaman Bojet Idris, 63, dan melarikan televisyen, jam tangan dan cincin kepunyaan pemilik rumah. Rakan subahatnya yang menunggu dalam Viva bagaimanapun terus memecut laju sebelum suspek sempat masuk ke dalam kereta itu apabila kegiatan mereka disedari isteri pemilik rumah serta jiran berhampiran. "Dia cuba mengejar rakannya sambil memikul televisyen. Namun akhirnya dia berjaya ditangkap, lalu dibelasah. "Saya yang cuba menahan mereka daripada terus membelasah suspek, terkejut apabila mendapati pencuri itu merupakan pekerja saya sendiri," katanya. Jelasnya, dia baharu memasuki bilik tidur apabila terdengar anak dan isterinya menjerit 'Pencuri!' berulang kali dari tingkat bawah sehingga menarik perhatian jiran-jirannya. "Isteri saya juga sempat berbual dengan pemandu kereta itu selepas curiga melihat kereta yang mana pintu belakangnya dalam keadaan terbuka berhenti di hadapan rumah kami. "Dia (isteri) hanya menyedari mereka sebenarnya pencuri selepas melihat seorang lagi lelaki mengangkat keluar televisyen," katanya. Suspek kemudian diikat menggunakan tali sebelum diserahkan kepada pihak polis. Laporan polis telah dibuat dan kes sedang disiasat. |
Budak maut diserang tebuan, ibu kritikal Posted: 06 Sep 2014 09:20 AM PDT KOTA SAMARAHAN: Seorang budak perempuan berusia enam tahun meninggal dunia, manakala ibunya kritikal selepas mereka dan empat yang lain termasuk suami dan anak lelakinya diserang tebuan ketika mencari daun atap di sini, semalam. Insiden berlaku sekitar tengah hari apabila wanita terbabit yang berusia 24 tahun dan suaminya, 31, meninggalkan rumah mereka di Muara Tuang dan pergi ke Kampung Tanjung Bundong untuk mencari daun atap bagi membungkus kuih. Mereka ditemani dua anak mereka serta kakak kepada si suami serta anak buah yang berusia lapan tahun. Menurut sumber, tiga mangsa dewasa sedang mencantas daun apabila dipercayai terkena sarang tebuan yang menjurus kepada serangan tersebut. Mangsa dewasa dilaporkan paling parah disengat tebuan kerana menggunakan badan untuk melindungi anak-anak kecil sambil mengendong mereka ketika lari ke tempat selamat. Mereka kemudian dikejarkan ke Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak di Kota Samarahan sebelum dirujuk ke HUS untuk rawatan lanjut. Semua mangsa stabil selepas insiden tersebut kecuali si ibu yang dimasukkan ke Zon Merah bersama anak perempuannya yang meninggal dunia pada jam 6.30 petang semalam. Setakat berita ini ditulis semalam, si ibu dilaporkan masih dalam keadaan kritikal. |
Penyangak cuba curi ‘Yoko Yoko’ dicekup Posted: 06 Sep 2014 09:19 AM PDT SIBU: 'Yoko Yoko' antara barangan yang ditemui pada seorang 'penyangak pasar raya' yang dicekup mencuri di sebuah pasar raya di Jalan Mahsuri di sini, petang kelmarin. Difahamkan, pencuri berumur 20 tahun berbangsa Iban terbabit pernah terlepas daripada kesalahan yang sama di pasar raya yang lain ekoran kekurangan bukti. Suspek juga pernah meringkuk di dalam penjara atas kesalahan mencuri, namun dia tidak pernah serik mengulangi jenayah sama yang seolah-olah sudah menjadi 'periuk nasinya.' Menurut sumber, suspek tidak akan memasuki kedaikedai atau pasar raya yang menampal notis atau gambargambar suspek curi di luar pintu masuk, sebaliknya hanya menyasarkan kedai yang tidak berbuat sedemikian. Kali ini, modus operandi suspek tidak menjadi apabila taktik menyembunyikan barang curi di dalam beg sandangnya terbongkar selepas gelagatnya berjaya diperhatikan oleh seorang pembantu kedai di pasar raya terbabit. Suspek terus ditahan oleh 'detektif' kedai itu, sebaik sahaja dia cuba beredar dari situ. Ketika diperiksa, pihak pasar raya mendapati pelbagai jenis barang runcit seperti syampu, makanan tin dan ubat urut 'Yoko Yoko' ditemui di dalam beg sandangnya. Pasukan polis Cawangan Pencegah Jenayah (CPJ) yang dimaklumkan mengenai tangkapan itu segera pergi ke lokasi untuk membawa suspek ke Balai Polis Sentral untuk tindakan lanjut. Suspek kini telah direman empat hari untuk membantu siasatan lanjut. |
Dapur, bilik rumah 16 sekeluarga terbakar Posted: 06 Sep 2014 09:19 AM PDT MIRI: "Semuanya berlaku dengan cepat. Api marak dengan besar. Kami cuma mampu menyelamatkan diri," cerita Mohdzar Aman tentang kejadian kebakaran yang menimpa kediamannya di Piasau Lorong 4, petang semalam. Mohdzar, 59, berkata, api marak dengan cepat dari sebuah bilik anaknya ketika kesemua 16 ahli keluarga sedang berehat di bilik masing-masing. Empat keluarga mendiami rumah setingkat itu. Api segera merebak ke tiga bilik tidur lain serta meranapkan bahagian dapur kediaman konkrit berusia 38 tahun itu. Dua bayi berusia kurang sebulan dan tujuh kanak-kanak berusia kurang tujuh tahun dipindahkan segera ke kediaman sebelah. "Kami semua berada di rumah. Ketika itu jam 5 petang dan kami semua sedang berehat. Tetiba-tiba, saya terdengar anak saya menjerit api-api dari biliknya," jelas Mohdzar lagi. Bahagian ruang tamu kediaman mangsa masih dapat diselamatkan setelah 70 peratus api yang marak membakar bahagian dapur dan bilik. Dua jentera pemadam api dan 10 anggota bomba dari Balai Bomba Lopeng bergegas ke tempat kejadian setelah menerima panggilan kecemasan pada jam 5.04 petang. Api berjaya dikawal dari terus marak pada jam 5.20 petang. Tiada kecederaan dilaporkan. Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan. |
Kelala pengering sereta tetapka kuing diri Posted: 06 Sep 2014 09:18 AM PDT Dikarang Chris Bishop // Ngambika bala nembiak ulih besemekih sereta bulih pemujur ba pengawa belajar sida KUCHING: Nembiak sekula patut nemu pengering diri empu ba pekara pelajar ngambika pejalai sida ba pengawa nya jemah tau nempa pemujur, ku Chairlady Serakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Dato Sri Empiang Jabu. Empiang netapka diatu raban nembiak sekula tau milih sekalika deka nampung pelajar akedemik tauka ngalih, ngulihka pengelandik ba pekara teknikal. "Asaika pengering diri, sekalika nuan rinduka mata pelajar ke bekaul enggau pelajar akedemik tauka pelajar teknikal. "Diatu, perintah bebendar ngansak raban nembiak sekula ngambi pelajar teknikal laban Sarawak diatu udah netapka juluk deka nyadi menua industri manggai ba taun 2030. "Kitai patut mansang ba industri lalu pemandai sereta pengelandik ba pekara teknikal diguna kena nyapai juluk nya. "Raban nembiak patut nyendiaka diri besemekih ngerebut peluang gawa ti bisi disediaka, tang enti ngasaika diri ulih nangkup sereta rinduka pelajar akedemik, pajakka aja. Nya meh kebuah kami SIDS nyendia perais peransang sekula," ku iya. Iya mansutka jaku tu ba Pengerami Meri Perais Peransang Nembiak Nyulut 2013 (Wang Turu) SIDS ditu, kemari. Ba pengerami nya, Empiang ngansak nembiak sekula seruran ngemeratka pengawa pelajar lebih agi ari pekara bukai. Ku iya, pelajar pengawa ke pemadu beguna laban kitai Iban nadai mayuh ke ngembuan puku besai enti dibandingka enggau menyadi kitai bansa bukai. "Kita anang enda mansang lalu rinduka pengawa sekula laban pengelandik teknikal sebengkah agi pekara ti tau dipelajar enti kita enda mujur nampung pelajar ba universiti," ku iya. Ngenang kaul ke sama, Sekretari SIDS Datin Senorita Linang ba jaku pengelalu madahka pengawa meri perais peransang diatur ninting taun kenyau ari 15 taun ke udah. Ku iya, perais nya dikearap ulih meransang raban nembiak bulih pemujur ke besai agi ba pengawa sekula lalu nampung pelajar sida ngagai tikas ke tinggi agi. "Jaku puji mega dituju ngagai bala apai indai ti udah bebendar nyengula sereta nyukung pengawa besekula anak sida. "Pemeri dikena meransang sida belajar bebendar agi ngambika datai ba tikas ke tinggi," ku iya. Bisi 28 iku nembiak sekula anak serakup nya ti mujur ba peresa UPSR, PMR, SPM enggau STPM 2013 udah nerima setipikit sereta perais peransang ke disuaka Empiang. |
Regatta Sarawak alai ngayanka pengeraja enggau pesaka asal Posted: 06 Sep 2014 09:18 AM PDT Dikarang Rengenyan Labang // KUCHING: Bepuluh ribu iku mensia bisi datai ke nyengkaum temuai ari menua luar kelimpah peranak Sarawak datai ngemataka pengerami asal iya nya Regatta Sarawak 2014 sereta Regatta Perau Naga Antarabansa 2014, ti diatur ba Waterfront Kuching. Regatta Sarawak 2014 berengkah diatur 4 nyentuk 7 Spetember ti ngena rambai jaku 'The Race for Harmony', lalu udah dipenyadi Kepala Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem kemari (6 September). Nitihka sejarah enggau cherita asal ti nyemetak Regatta Sarawak berengkah diatur dalam taun 1872 iya nya maya jeman Rajah Charles Brooke nyentuk ke seharitu. Regatta Sarawak ukai semina ngembuan sejarah ti nyelai, tang mega ngembuan pemanah ke diri empu, kelimpah diterima nyadi sebengkah pengerami ti mujur nempa penyerakup enggau ngerapitka kaul pupu bansa di nengeri tu. Lumba tu dikena ngingatka baru jeman pengerami belumba perau panjai enggau perau naga ke kala dipejalaika jeman Brooke kelia, kelimpah ari mayuh macham pekit enggau main asal diatur nyerumba Regatta Sarawak, nyentukka diatu. Entara lumba perau ke dipekitka ba Regatta Sarawak 2014 baka perau Balok 7 Pengkayuh Lelaki, Bidar (10, 15, 20, 30) Pekayuh Lelaki, Kayak Perseorangan Lelaki, Kenyalang Tebuka Lelaki, Tambang Berdayung, Kayak Bergu Wanita enggau ke bukai. Senipak enggau juluk perintah nengeri deka ngangkatka Regatta Sarawak nyadi penegerami renggat antarabansa, seiti pengerami baru diberi kelala iya nya Lumba Perau Naga Antarabansa. Bisi 11 menua enggau 550 iku pesereta nyereta Lumba Perau Naga Antarabansa ke sekali tu iya nya Australia, Kanada, Hong Kong, Macau, Brunei, Singapore, Filipina, Thailand, Taiwan, Indonesia enggau Malaysia. Tetiap taun nyerumba Regatta Sarawak mayuh program bukai bisi diatur, ambika banding taun tu senipak enggau Taun Nemuai Malaysia enggau Taun Nemuai Sarawak, Opis Menteri Dagang Temuai ti nyadi pengatur pengerami bisi nyelitka program bukai. Entara program diatur nyerumba Regatta Sarawak 2014 ti nyengkaum Promosi Kraf Malaysia 2014 (Opis Pemansang Krafjari Malaysia), Pengawa Mandangka Pemakai enggau Asil Pengelandik Jari Malaysia (Unit Pemansang Dagang Bumiputera enggau FAMA), Pekit Gendang Melayu Sarawak (Opis Main Asal enggau Pengawa Seni) enggau East Asia Inter-Region Tourism Forum (EATOF) Food Festival (Opis Menteri Dagang Temuai Sarawak). Dua tiga taun ke udah sereta ketegal ti udah dipasukka dalam kalender dagang temuai, pengerami Regatta Sarawak sebengkah ari chara dikena matak temuai datai ke Sarawak kelimpah ari bala pesereta Regatta. Regatta Sarawak sebengkah pengerami ke dikelakuka dalam kalender Taun Nemuai Malaysia 2014 enggau Taun Nemuai Sarawak 2014. Nitih penerang ari Menteri Dagang Temuai Datuk Amar Abang Johari Tun Openg ba jaku pengelalu iya ke ditulis ba bup pengerami Regatta Sarawak 2014, iya madahka atur pengerami Regatta Sarawak senipak enggau juluk Opis Menteri Dagang Temuai Sarawak dikena ngerembaika industri dagang temuai ngagai temuai ari serata dunya. Iya ngarapka nengah pemujur pengerami Regatta Sarawak 2014, nengeri tu deka dipilih nyadi palan endur nemuai. "Nengah mayuh macham program ke diatur renggat nengeri enggau antarabansa, tetiap taun Sarawak nerima penatai temuai ke mayuh sereta majak nambah iya nya ba taun 2011 bisi 3.795 juta iku, taun 2011 bisi 4.069 juta iku (2012) enggau bisi 4.371 juta iku ba taun 2013. "Regatta Sarawak penarit temuai kedua pemadu besai ba nengeri Sarawak pengudah Rainforest World Music Festival. "Asal pengerami Regatta diberikelala maya jeman Rajah Brooke ti ngujungka Regatta Sarawak nyelai sereta kaya enggau sejarah ari kelia nyentukka diatu. "Ke narit ati sereta ditemegahka rayat Sarawak ba pengerami Regatta tu iya nya lumba perau ti berebutka gelar Raja Sungai. "Kelimpah ari nya, promosi asil pengelandik jari ari mayuh bengkah pupu bansa, mandangka tanda enggau main asal sereta pengawa mandangka pemakai mega bisi diselitka nyerumba pengerami tu, alai kitai ngayanka pengeraja enggau pesaka asal Sarawak," ku iya. Bisi datai ba pengerami bejadika Regatta Sarawak kemari, bini Kepala Menteri,Puan Sri Datuk Jamilah Anu, Menteri Pemansang Rama Tan Sri William Mawan Ikon, Menteri Perengka Guna Mensia Mayuh Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan enggau ke bukai. |
You are subscribed to email updates from BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |