Bapa geram tiru aksi biawak |
- Bapa geram tiru aksi biawak
- Kekejaman bersarang di hati
- Terlelap di pucuk kelapa
- Gagal lagi
- 9 bulan kenali hati budi
Posted: 28 Sep 2014 01:08 PM PDT Kuala Lumpur: Seorang lelaki berusia lewat 20-an kini menjadi buruan polis kerana selepas 'menggigit' pipi anak lelakinya hingga cedera parah di rumah mereka di Subang Jaya, di sini, Jumaat lalu selepas isterinya enggan memberi wang dimintanya. Perbuatan kejam suspek jam 11 malam menyebabkan kanak-kanak berusia setahun tiga bulan itu menerima sekurang-kurangnya empat jahitan di pipi. Menurut sumber, sebelum kejadian suspek bertengkar dengan isterinya yang berusia awal 20-an kerana wanita terbabit tidak mahu memberinya RM200 yang dimintanya dipercayai untuk membayar hutang. "Suspek mengancam akan menggigit anak mereka seperti biawak yang menyerang kanak-kanak perempuan di Pulau Tioman minggu lalu, namun ugutannya itu tidak diendahkan isterinya kerana menyangka suaminya hanya mahu menggertaknya," kata sumber itu. WANITA menunjukkan keadaan pipi anak yang digigit suaminya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/29 |
Posted: 28 Sep 2014 01:03 PM PDT Pasir Puteh: Tidak cukup begnya dirampas, seorang wanita cedera parah apabila ditikam sebanyak empat kali di tangan dan paha kanannya dalam satu kejadian samun di depan sebuah kedai borong di bandar ini, petang kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang, mangsa, Ching Bi Lai, 59, parah selepas ditikam dengan objek tajam sebaik keluar dari kedai berkenaan yang menjual telur secara borong. Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal berkata, sebelum kejadian, mangsa meletakkan keretanya di depan premis berkenaan di Jalan Pasir Puteh-Kota Bharu untuk membeli telur. "Sebaik selesai urus niaga, wanita berkenaan masuk semula ke dalam keretanya dan terus menghidupkan enjin. Ketika hendak menutup pintu kereta, mangsa melihat ada sebuah kereta Toyota Vios berwarna putih menghampiri dan seorang lelaki tidak dikenali keluar dari kereta berkenaan serta berjalan menuju ke arahnya. MANGSA yang cedera parah dibantu orang ramai untuk dihantar ke hospital selepas ditikam empat kali oleh penyamun.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/29 |
Posted: 28 Sep 2014 12:57 PM PDT Ranau: Merajuk kerana tidak diberikan sebotol arak, seorang warga emas mengambil keputusan memanjat pokok kelapa dan enggan turun selama lebih lima jam sehingga memaksa orang ramai menghubungi pasukan penyelamat bagi membantu menurunkan mangsa. Dalam kejadian jam 7 pagi di Kampung Sinarut Lama, di sini, semalam, warga emas berusia 70 tahun itu dipercayai berbuat demikian selepas dikatakan merajuk dengan rakan yang enggan memberi arak kepadanya. Lelaki terbabit memanjat pokok kelapa setinggi lebih enam meter untuk mengambil nira, tetapi enggan turun. Menurut saksi, orang ramai memujuknya turun, tetapi lelaki itu berkeras mahu berada di atas pokok. WARGA emas yang enggan turun dari pokok kelapa di Kampung Sinarut Lama, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/29 |
Posted: 28 Sep 2014 12:44 PM PDT Incheon: Datuk Lee Chong Wei gagal menamatkan badi Lin Dan dan kejohanan besar selain daripada kejohanan Terbuka dan Siri Super Dunia. Juara dunia lima kali itu sekali lagi menghancurkan impiannya merebut pingat emas Sukan Asia selepas Chong Wei kecundang dalam perlawanan tiga set pada separuh akhir akhir di Gimnasium Gyeyang, semalam. Sebelum ini Chong Wei dikecewakan seteru utamanya itu pada final lima kejohanan utama, Sukan Olimpik Beijing 2008 dan London 2012, Kejohanan Dunia London 2011 dan Guangzhou 2013 dan Sukan Asia Guangzhou 2010. Kegagalan menamatkan perlawanan pada detik penting sekali lagi menghantuinya semalam walaupun mendahului selesa pada set pertama 20-16. CHONG Wei kecewa gagal atasi badi Lin Dan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/29 |
Posted: 28 Sep 2014 07:26 AM PDT Pada tanggal 27 September lalu, tepat jam 2.50 petang, bertempat di Hotel Doubletree By Hilton, penyanyi, pelakon, pengacara dan penyampai radio Mix FM, Sarimah Ibrahim, 36, selamat bergelar tunangan cucu kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar (Tunku Jamie), 42. Majlis ringkas berkonsep tradisional dengan penuh adat istiadat perkahwinan Melayu yang diselangi acara berbalas pantun itu juga hanya dihadiri 40 tetamu daripada keluarga terdekat kedua-dua belah pihak. Acara bermula dengan majlis merisik dan menyarungkan cincin pertunangan yang disempurnakan ibu saudara Tunku Jamie iaitu Raja Datin Massaha Raja Harun. Pada majlis yang cukup bermakna itu, pengacara popular berdarah kacukan Melayu-Ireland ini tampil menawan dengan busana rona pastel rekaan pereka terkenal tempatan, Arma Abd Rahman. PASANGAN bergambar bersama keluarga terdekat kedua-duan belah pihak.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/29 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |