Kasihan si kucing

Kasihan si kucing


Kasihan si kucing

Posted: 01 Sep 2014 10:45 AM PDT

Kuala Lumpur: Tanpa perikemanusiaan, seekor kucing menerima azab apabila mulutnya hancur manakala hampir semua giginya patah akibat dipukul kerana kesalahan mencuri ikan untuk mengisi perut.

Kisah seekor kucing dibelasah seorang peniaga sebuah pasar di Selayang, menjadi kemarahan orang ramai kerana tindakan itu disifatkan keterlaluan.

'Posting' berkaitan kejadian melalui sebuah laman blog popular yang dimuat naik di Facebook petang kelmarin, menerima lebih 99,000 likes, 25,000 komen selain 11,349 yang berkongsi ke laman masing-masing.

Rata-ratanya marah, malah ada yang mengutuk tindakan peniaga berkenaan selain meminta pembelaan atas kucing itu.

Foto


Difahamkan, kucing berwarna putih oren itu, kini berada dalam jagaan seseorang yang menetap di Kajang.


Presiden Kelab Kucing Malaysia Khalid Rashid menganggap tindakan itu sebagai tidak bertamadun dan melampaui batas.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/02

'Mabuk' pandu lalu

Posted: 01 Sep 2014 10:41 AM PDT

Petaling Jaya: Menggunakan konsep jualan arak 'pandu lalu'. Itu kaedah digunakan premis menjual arak murah kepada golongan lelaki tempatan termasuk golongan belia di sekitar Taman Sri Manja, di sini.

Premis berkenaan terletak di lorong sunyi antara bangunan rumah kedai dikesan menjadi 'syurga' golongan kaki botol berikutan harga arak dijual jauh lebih murah berbanding pasaran.

Tinjauan wartawan Harian Metro sejak seminggu lalu mendapati pemilik premis bebas menjual minuman keras kepada orang awam termasuk pelanggan Melayu serta remaja bawah umur.

Hasil uji beli dilakukan wartawan, pemilik premis menjual minum keras pada harga cukup murah iaitu RM10 bagi tiga tin minuman keras.

Foto

SUASANA kedai menjual minuman keras di Taman Sri Manja.


Ia berbeza dengan harga pasaran iaitu sekitar RM7 bagi setin minuman keras.


Dipercayai pemilik premis mampu menjual arak itu pada harga murah berikutan minuman keras itu belum dibayar cukai Kastam Diraja Malaysia (KDRM).

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/02

Cabaran bukan kepalang

Posted: 01 Sep 2014 10:38 AM PDT

Sepang: "Selama 44 hari di sana, ia pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Kami hanya berharap pengurusan jenazah dapat dilakukan sebaik-baiknya dalam menyempurnakan kewajipan fardu kifayah," kata Imam Besar Masjid Putra, Abdul Manaf Mat.

Beliau menceritakan pengalaman sepanjang mengetuai petugas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam melaksanakan tugas pengurusan jenazah mangsa beragama Islam di Amsterdam yang terbabit dalam nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17.

Abdul Manaf berkata, walaupun berdepan pelbagai cabaran termasuk prosedur yang menyebabkan mereka perlu menunggu lama untuk menguruskan jenazah, beliau bersyukur pasukan terbabit dapat menyempurnakan tugas dengan baik.

"Kami hanya fikir mahu melaksanakan tuntutan fardu kifayah ini kerana tanggungjawab kami ke sana adalah melaksanakan pengurusan jenazah bermula dengan mandi, kafan dan sembahyang.

Foto

ABDUL Manaf (kanan) melihat petugas disambut ahli keluarga di KLIA, semalam.


"Sebaik menerima jenazah untuk diuruskan, kami berdoa kepada Allah SWT dan alhamdulillah, segala urusan berjalan lancar," katanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/02

Prestasi meningkat!

Posted: 01 Sep 2014 09:35 AM PDT

Kuala Lumpur: Jurulatih Datuk Ong Kim Swee tetap mempertahankan keputusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menghantar skuad Harimau Muda A beraksi di Liga Perdana Kebangsaan (NPL) Queensland, Australia meskipun ada pihak menganggap ia kerja sia-sia kerana menyertai liga bertaraf kampung.

Menurut pengendali itu, walaupun liga NPL bertaraf amatur namun adalah tidak wajar untuk mana-mana pihak memperlekehkan kerana jurang tahap bola sepak Malaysia dengan Australia juga berbeza.

"Memang benar liga itu bertaraf amatur tapi kita kena lihat ranking Australia dengan kita, adakah kita lebih baik daripada mereka? Kalau liga itu liga kampung sudah pasti kita sudah menjadi juara jadi ini bermakna pasukan kita belum berada di tahap terbaik.

"Kalau bukan di Australia, liga negara mana yang sudi menerima kita untuk menyertai mereka? Setakat ini kita hanya boleh pergi ke Singapura, itu kerana kita mempunyai perjanjian dengan mereka. Malah sebelum ini kita pergi ke Slovakia hanya beraksi dalam perlawanan persahabatan dan bukannya menyertai liga.

Foto

KIM Swee (kanan) mahu pemain mendapat pendedahan di Australia.


"Memang kalau boleh kita mahu bermain di tempat lebih baik tapi pada saya program ke Australia ini bukan sia-sia kerana pemain-pemain mempamerkan peningkatan sepanjang berada di sana," katanya semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/02

Galas gelaran Datin Paduka

Posted: 01 Sep 2014 06:48 AM PDT

Sejak petang kelmarin hati pelakon remaja, Eina Azman, 19, tidak henti-henti berdebar. Namun, tepat jam 9.03 malam kelmarin perasaan itu berakhir apabila dia sah bergelar isteri kepada lelaki yang menjadi pilihan hatinya untuk sehidup semati, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden, 35, dengan sekali lafaz.

Berkaca-kaca mata Eina menahan air mata daripada mengalir ke pipi apabila mengetahui dirinya kini sah menjadi milik Gurmeet atau lebih dikenali dengan nama Datuk Gmix.

Pasangan itu dinikahkan bapa Eina, Azman Abdullah, 51, disaksikan Imam dan Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Zulkapili Abdul Mutalib.

Majlis pernikahan yang diadakan di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur itu turut dihadiri keluarga kedua-dua belah mempelai dan rakan rapat.

Foto


Pada malam pernikahan bertemakan Bollywood itu, Eina menerima mas kahwin sebanyak RM770, wang hantaran berjumlah RM77,000 serta barang hantaran berupa beg tangan, kasut, sejadah, tepak sirih dan manisan.


Paling menarik, Eina turut menerima sebuah kereta Chevrolet Camaro edisi khas Transformers berharga lebih RM300,000. Kereta berwarna kuning dan hitam seperti digunakan dalam filem berkenaan untuk watak Bumblebee itu yang diletak di depan pintu masuk lobi hotel serta diikat reben itu menarik perhatian orang ramai di situ.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/02