'Taiko' sudah kena cam |
- 'Taiko' sudah kena cam
- Penangan cinta
- Lori datang 'bersarapan'
- Takraw longlai
- Ayah Anis suka Sharnaaz
Posted: 24 Sep 2014 12:47 PM PDT Kuala Lumpur: Biarpun sudah hampir setahun kongsi gelap diburu Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Op Cantas Khas, Geng 04 dan Geng 36 dikesan masih bergiat aktif dan dianggap antara kumpulan paling ganas berbanding pertubuhan haram yang lain. Operasi memburu ahli kumpulan kongsi bermaharajalela dalam kegiatan pemerasan, samun, rompakan dan pembunuhan menggunakan senjata api dilancarkan Ogos tahun lalu selepas kadar jenayah meningkat. Sumber berkata, selepas setahun Op Cantas Khas dilancarkan kumpulan kongsi gelap sememangnya kepanasan dan mula mengurangkan aktiviti jenayah mereka berikutan ramai ahli dan ketua kumpulan ditahan. "Ini kita dapat lihat dengan penurunan kadar jenayah di seluruh negara. Bagaimanapun, mutahir ini terdapat kes jenayah keganasan meningkat dan maklumat risikan menunjukkan yang kumpulan terbabit kembali aktif dan disebabkan itu, polis melancarkan Op Cantas Khas semula," katanya. KETUA Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi menunjukkan tukul dan kapak yang dirampas daripada ahli kumpulan kongsi gelap. TATU di lengan seorang anggota kongsi gelap.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/25 |
Posted: 24 Sep 2014 12:23 PM PDT Tampin: Seorang pelajar lelaki tingkatan tiga ditemui tidak sedarkan diri di belakang sekolahnya dipercayai selepas meminum sejenis racun rumpai, semalam. Difahamkan, dalam kejadian jam 7 pagi itu, mangsa berusia 15 tahun dipercayai meminum racun rumpai di belakang sekolah berkenaan sebelum rebah. Menurut sumber, pelajar itu yang dipercayai baru putus cinta dikatakan gagal mengawal perasaan dan meminum racun yang dibawa ke sekolah secara diam-diam. "Selepas minum pagi di sebuah warung berdekatan, mangsa terus menuju ke belakang bangunan sekolah dan mengeluarkan botol racun daripada beg lalu meminumnya sebelum dia rebah dalam keadaan mulut berbuih. MANGSA tidak sedarkan diri selepas dipercayai minum racun dirawat di Hospital Tampin.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/25 |
Posted: 24 Sep 2014 11:35 AM PDT Kota Bharu: "Saya pengsan seketika kerana terlalu terkejut melihat lori pasir itu tiba-tiba meluru laju ke arah kedai makan bapa saudara, Fauzi Yakob," kata Zarifah Hasan, 45, menceritakan kejadian lori merempuh kedai makan tempatnya bekerja di Kampung Dewan Beta, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, 10 pelanggan yang sedang menjamu selera lari lintang-pukang untuk menyelamatkan diri berikutan lori dipandu lelaki berusia lingkungan 30-an gagal dikawal dan terbabas ke kiri jalan sebelum merempuh kedai. Difahamkan, brek kenderaan itu gagal berfungsi dengan baik menyebabkan pemandunya merempuh apa saja halangan di depannya. Turut rosak teruk sebuah kereta Proton Iswara kepunyaan pemilik kedai dan motosikal Honda pelanggan. KEADAAN lori yang merempuh sebuah kedai makan di Kampung Dewan Beta.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/25 |
Posted: 24 Sep 2014 10:38 AM PDT Incheon: Aksi mengaibkan pasukan sepak takraw negara pada Sukan SEA Myanmar tahun lalu bagaikan berterusan di Sukan Asia Incheon. Pasukan lelaki negara memulakan kempen dengan nota kecewa selepas kecundang 1-2 kepada Indonesia di Gimnasium Bucheon, semalam selepas turut kecundang di Nay Pyi Taw, November lalu. Kini mereka perlu mengalahkan China pada perlawanan kedua dan terakhir kumpulan hari ini, namun jika menang sekalipun, mereka dijangka sukar layak ke perlawanan akhir kerana terpaksa bertemu juara Kumpulan A, Thailand di separuh akhir. Jika kalah, skuad negara akan mencatat sejarah baru gagal melayakkan diri ke final buat kali pertama. ZAMREE (tengah) melakukan rejaman walaupun dihadang pemain Indonesia, Nofrizal.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/25 |
Posted: 24 Sep 2014 07:04 AM PDT Pada awal kemunculan�nya tiada siapa mengenali gadis cantik bernama Anis Al Idrus, 26, ini. Hampir lima tahun membabitkan diri dalam bidang lakonan, namanya kini menjadi sebutan ekoran hubungan akrab dengan pelakon Sharnaaz Ahmad, 29. Mengakui mula berkenalan dengan Sharnaaz sejak dua tahun lalu, pemilik nama penuh Sharifah Anis Syed Zainal Al-Idrus ini kelihatan semakin rapat apabila masing-masing berniaga di bazar Medan MARA Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada Ramadan lalu. Ditemui pada sesi taya�ngan filem Dollah Superstar di Damansara, baru-baru ini, Anis berkata, cukuplah orang tahu yang dia sudah mengenali Sharnaaz dua tahun dan tidak perlulah diceritakan bagaimana mereka mula berkenalan. ANIS anggap Sharnaaz seorang yang 'gila-gila.'
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/25 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |