'Trojan'' bantu kebas RM2.5 juta |
'Trojan'' bantu kebas RM2.5 juta Posted: 29 Sep 2014 12:31 PM PDT Kuala Lumpur: Sindiket penggodam mesin pengeluaran wang automatik (ATM) didapati menggunakan sejenis malware Trojan Horse dikenali sebagai Backdoor.Padpin yang hanya mensasarkan mesin ATM dengan membuka 'pintu belakang' sistem komputer terbabit. Maklumat diperoleh berdasarkan rujukan ke laman web syarikat keselamatan internet terkemuka, Symantec Corporation selepas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazerene mendedahkan malware yang digunakan dikenali sebagai 'ulssm.exe..'. 'ulssm.exe..' adalah fail yang diaktifkan dalam sistem komputer berkenaan sebaik malware dimuat naik dan mula beroperasi. Mortadza yang dipetik Bernama berkata malware berkenaan akan memberi arahan untuk membuat pengeluaran wang yang masih terdapat di dalam mesin ATM yang digodam "Suspek didapati membuka panel atas mesin ATM dipercayai tanpa menggunakan kunci, kemudian memasukkan satu cakera padat ke dalam pusat pemprosesan mesin itu yang kemudiannya akan 'reboot' sistem mesin ATM berkenaan," katanya malam tadi. Menurutnya lagi, maklumat yang diperoleh daripada jurutera bank mendapati sebanyak 40 keping wang boleh dikeluarkan dalam satu transaksi menggunakan cara berkenaan. Untuk rekod, Backdoor.Padpin adalah sejenis malware dikenali sebagai Trojan Horse yang direka untuk menceroboh sistem keselamatan komputer dan berupaya melakukan tugasan tertentu. Sebaik malware berkenaan dimasukkan, penggodam bukan saja berupaya memberi arahan menggunakan pad kekunci untuk membuat pengeluaran wang malah boleh menghentikan sistem penggera. Backdoor.Padpin, yang mula dikesan pada bulan Mei 2014 turut berupaya 'memadam' dirinya sendiri jika gagal mengawal pad kekunci atau tempat pengeluaran wang. RAKAMAN CCTV dipercayai salah seorang suspek di Kota Damansara. FOTO PDRM |
Posted: 29 Sep 2014 11:08 AM PDT Alor Gajah: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun terperangkap hampir sejam dalam pacuan empat roda bapanya yang terkunci secara automatik di stesen minyak di Durian Tunggal, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 1.20 petang itu, Akid Aisy Mohd Alamin ditinggalkan di dalam Toyota Hilux bapanya dalam keadaan enjin dan pendingin hawa dihidupkan sebelum pintu terkunci menyebabkan anak sulung daripada dua beradik itu terperangkap. Kanak-kanak itu bagaimanapun diselamatkan sepasukan anggota bomba dan penyelamat yang memecahkan cermin kenderaan selepas terperangkap hampir sejam. Bapa mangsa, Mohd Alamin Ramli, 28, berkata, dia bersama anak sulungnya itu dalam perjalanan dari Ayer Keroh menuju ke Kuala Terengganu atas urusan perniagaan. ANGGOTA bomba dan penyelamat cuba mengeluarkan mangsa. MOHD Alamin mengeluarkan anaknya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/30 |
Posted: 29 Sep 2014 10:46 AM PDT Shah Alam: Mereka masuk ke negara ini sebagai pelancong sebelum bertindak menjalankan kegiatan pecah rumah di kawasan taman perumahan elit di bandar raya ini sebagai punca pendapatan utama. Itu dilakukan tujuh warga Amerika Latin apabila mereka berjaya diberkas polis dalam dua serbuan berasingan, Jumaat lalu. Kumpulan terbabit yang dikenali sebagai 'Geng Latino Botak Tatu' itu terdiri daripada enam lelaki dan seorang wanita berusia antara 24 hingga 43 tahun ditahan di Subang Avenue dan USJ 19 Subang Jaya, kira-kira jam 4.30 pagi. Modus operandi kumpulan ini ialah menggunakan rakan wanita mereka untuk meyakinkan pengawal keselamatan bagi membolehkan mereka masuk ke kawasan perumahan elit sebelum bertindak menekan loceng atau membaling batu ke kediaman mangsa untuk memastikan rumah itu berpenghuni atau sebaliknya. AZISMAN (tengah) menunjukkan peralatan yang berjaya dirampas. PERALATAN yang digunakan penjenayah untuk memecah masuk rumah.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/30 |
Posted: 29 Sep 2014 10:10 AM PDT Incheon: Datuk Lee Chong Wei (gambar) berdepan detik lebih sukar dalam usahanya memburu kegemilangan pada Kejohanan Dunia tahun depan dan Sukan Olimpik Rio 2016. Selepas gagal pada temasya Sukan Asia Incheon dengan sekadar meraih pingat gangsa perseorangan lelaki, Chong Wei perlu bekerja lebih keras mengekalkan kecergasan dan prestasinya dalam persiapan ke Rio. Bagaimanapun, jurulatihnya Tey Seu Bock tetap yakin anak didiknya itu mampu mempertahankan kedudukannya dalam kelompok lima terbaik dunia bagi tempoh dua tahun akan datang sekalipun sedar persembahannya perlu diperbaiki. "Dua tahun satu jangka masa yang panjang dan banyak perkara boleh berlaku dalam tempoh itu," jelas Seu Bock selepas kekalahan Chong Wei di tangan Lin Dan pada separuh akhir di Incheon. Lee Chong Wei
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/30 |
Posted: 29 Sep 2014 08:18 AM PDT Datang dari dua negara berbeza, namun mereka bertemu dalam sebuah drama bagi mendekatkan lagi peminat setia masing-masing untuk sama-sama bersatu berkumpul di depan televisyen menyaksikan drama terbaru hasil buah tangan anak tempatan. Nurul Aini,32, berasal dari Singapura manakala Demmy Febriana, 25, dari Indonesia. Meskipun pertama kali disatukan dalam drama bersiri 13 episod Kasih Berbisik, nyata masing-masing tiada masalah untuk menjayakan drama arahan Jamal Khan ini. Biarpun pada dasarnya masing-masing belum pernah mengenali hati budi, itu bukan penghalang untuk mereka digandingkan bersama menerusi drama terbitan Malaysia dan Singapura ini. Peluang muncul dalam produk drama membabitkan pelakon negara Malaysia, Singapura dan Indonesia itu dianggap sebagai satu rezeki yang cukup sempurna.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/30 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |