3 maut motor bertembung |
- 3 maut motor bertembung
- 'Raja ganja' tumpas
- Anugerah 110 tahun
- V Shem membara
- Ariana Grande dapat jolokan 'Mariah Carey Mini'
Posted: 05 Sep 2014 01:29 PM PDT Betong: Tindakan tiga sahabat menaiki sebuah motosikal dengan melawan arus membawa padah apabila motosikal itu bertembung dengan sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki menyebabkan tiga maut dalam kejadian di Jambatan Sungai Bakir, Bungin, Spaoh, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 9.30 malam, penunggang motosikal pertama jenis Yamaha, Asmirul Sanusie, 21, maut di lokasi kejadian, manakala dua rakan perempuannya, Era Naziera Yusof dan Natasha Nurul Afikah, masing-masing berusia 17 tahun parah dan dikejarkan ke Hospital Betong. Manakala, sebuah lagi motosikal Modenas Kriss yang ditunggang Saimi Mazali, 52, dan pembonceng, Awet Sapali, 48 maut di lokasi kejadian. Ketua Polis Daerah Betong Deputi Superintendan Aidil Bolhassan berkata, motosikal yang dinaiki seorang penunggang dan dua pembonceng itu dipercayai dalam perjalanan ke Bungin dengan menunggang di laluan bertentangan. TIGA mangsa maut dalam kemalangan di Jambatan Sungai Bakir.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/06 |
Posted: 05 Sep 2014 01:10 PM PDT Kuala Lumpur: Seorang pengedar dadah digelar 'raja ganja' akhirnya tumpas selepas polis berjaya menahan suspek dalam operasi khas dijalankan di Kampung Baru, semalam. Dalam serbuan jam 12.30 tengah hari itu, sepasukan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur berjaya menahan suspek berusia 54 tahun. Ketika diberkas, suspek sedang membungkus beberapa ketulan ganja mampat di sebuah rumah teres dipercayai mahu diserahkan kepada pembeli. Ketua JSJN Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Wan Abdullah Ishak berkata, hasil serbuan itu polis merampas ganja seberat 60 kilogram dianggarkan mencecah nilai RM500,000. WAN Abdullah (kanan) menunjukkan ganja yang dirampas.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/06 |
Posted: 05 Sep 2014 12:08 PM PDT Kuala Berang: "Boleh dikatakan setiap malam saya meminum air suam bagi mengekalkan kesihatan selain banyak menjadikan sayur sebagai hidangan bersama nasi," kata Idris Hassan yang berusia 110 tahun. Idris dari Kampung Tapah, dekat sini berkata, selain amalan berkenaan dia juga tidak mengamalkan meminum minuman berais dan petua itu diamalkannya sejak remaja sehingga kini. Katanya, dia tidak mengamalkan sebarang pantang dalam pemakanan dan biasanya memasak sayur bersama air selain memakan ulam-ulaman yang mudah diperoleh di kampung. "Biasanya antara jam 11 malam hingga 2 pagi saya pasti bangun meminum air suam walaupun sekali berikutan menjadi kebiasaan sejak sekian lama. IDRIS dan isterinya Halimah bermesra dengan cucu mereka. IDRIS menunjukkan kad pengenalan yang tertera tarikh lahirnya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/06 |
Posted: 05 Sep 2014 11:43 AM PDT Kuala Lumpur: Pemain beregu negara, Goh V Shem bersemangat semula menjelang Sukan Asia 2014 Incheon apabila kembali bergandingan bersama pasangan pingat emas Sukan Komanwel 2014 Glasgow, Tan Wee Kiong. Dia sudah pasti mahu mengulangi pencapaiannya di Glasgow apabila cemerlang bergandingan bersama Wee Kiong pada perlawanan akhir mengalahkan Danny Bawa Chrisnanta-Chayut Triyachart dari Singapura untuk mengekalkan penguasaan emas negara dalam acara beregu lelaki. V Shem sebelum ini mengalami kecederaan bahagian otot belakang badan di Kejohanan Dunia 2014 Copenhagen dan terpaksa menarik diri di pusingan kedua namun kini dia sudah kembali cergas untuk menggalas tanggungjawab negara. Menurut pemain yang berpasangan dengan Lim Khim Wah di Kejohanan Dunia itu, dia tidak berhasrat untuk menarik diri sebaliknya berlatih lebih keras bersama Wee Kiong. V SHEM (kiri) miliki persefahaman jitu bersama Wee Kiong.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/06 |
Ariana Grande dapat jolokan 'Mariah Carey Mini' Posted: 05 Sep 2014 08:29 AM PDT Seorang wartawan pernah bertanya kepada penyanyi tersohor Mariah Carey; "Apa pendapat kamu mengenai Ariana?" menerusi temu bual dengannya dan diva itu menjawab, "Sekarang kamu bercakap mengenai saya bukan?" sekali gus mematikan soalan itu! Daripada dialog itu saja kuat menyimpulkan betapa kehadiran pendatang baru Ariana Grande, 21, memberi impak tersendiri dalam industri muzik pop kala ini. Meledak dan terus meledak, penyanyi dengan ketinggian 5 kaki itu tidak keterlaluan berada di kedudukan nombor satu penyanyi remaja sekarang. Namanya disebut di mana-mana dan bakatnya menjadi perbualan sedunia. Mana tidaknya, sekian lama tidak menikmati nyanyian hebat setanding vokal diva seperti Whitney Houston, Mariah Carey, Celine Dion dan ramai lagi, Ariana muncul tiba-tiba menakluk dunia dengan vokal luar biasa.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/06 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |