Lapan puluh jejak bukti

Lapan puluh jejak bukti


Lapan puluh jejak bukti

Posted: 07 Sep 2014 01:11 PM PDT

Sepang: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempersiapkan 80 pegawai dan anggota pasukan khas bagi meneruskan misi mencari bahan bukti dan baki mangsa di kawasan nahas MH17, yang ditembak jatuh di timur Ukraine, 17 Julai lalu.

Ini termasuk penghantaran pasukan fasa pertama terdiri 30 pegawai dan anggota pasukan khas PDRM yang berlepas ke Ukraine dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, 11.45 malam tadi.

Kesemua 30 pegawai dan anggota yang berlepas ke Ukraine, adalah dari cawangan Komando VAT 69, Forensik, Cawangan Foto, Persenjataan, Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan Perhubungan Awam.

Mereka diketuai Timbalan Pengarah Pasukan Gerakan Am, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim.

Foto

ANGGOTA polis yang akan ke Ukraine sebelum berlepas dari KLIA. FOTO Mohd Fadli Hamzah


Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun, berkata: "Baki 50 anggota dan pegawai dijangka berlepas ke sana (Ukraine) dalam masa terdekat dan kita akan maklumkan kemudian."


Beliau yang ditemui selepas menyempurnakan majlis penghantaran pegawai dan anggota pasukan khas itu turut menjelaskan bahawa mereka yang berlepas itu adalah kumpulan pertama bagi dua fasa dan petugas sama bagi misi sebelum ini.

"Berikutan gencatan senjata di kawasan nahas selepas dipersetujui antara Ukraine dan pemberontak, mereka (petugas khas PDRM) ini akan meneruskan amanah, termasuk mencari bahan bukti sebanyak boleh serta baki mangsa masih hilang.

"Justeru, kita berdoa supaya pasukan ini dapat menjalankan tugas dengan selamat sepanjang berada di sana lebih-lebih lagi musim sejuk hampir tiba" katanya.

Mohamad Fuzi berkata, tempoh bagi misi berkenaan belum dapat dipastikan dan ia bergantung kepada arahan dari semasa ke semasa.

"Biarpun pasukan ini bakal berdepan dengan cabaran, kita tidak boleh berputus asa. Kita berharap mereka memperoleh seberapa banyak bahan bukti bagi membantu siasatan dan proses pendakwaan di peringkat antarabangsa," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/08

Bawa semangat anak

Posted: 07 Sep 2014 01:08 PM PDT

Kelana Jaya: "Jika diizinkan Allah, perkara pertama yang akan saya buat apabila jejak saja kaki ke sana (Makkah) sudah tentu mendoakan anak kesayangan saya itu cepat sembuh," kata seorang bapa yang mahukan anak perempuannya Norliana Natasha, 14, yang terlantar akibat kemalangan pada Jun lalu pulih.

Azman Mohamad, 44, berlepas ke Madinah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 1.30 pagi semalam bersama 442 jemaah lain.

Menurut Azman, anak ketiganya itu tidak mampu bercakap dan terlantar selepas motosikal yang dinaikinya terhumban dalam longkang dan akibat kejadian itu gadis berkenaan koma selama 17 hari.

Menurutnya, dia turut membawa semangat anaknya itu ketika berlepas menunaikan rukun Islam kelima berkenaan.

Foto

AZMAN menyuapkan makanan untuk anaknya.


"Sebelum ini, tiga kali saya menolak panggilan Tabung Haji, kerana masalah yang tidak dapat dielakkan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/08

Menangis sampai buta

Posted: 07 Sep 2014 12:53 PM PDT

Kuala Terengganu: "Fatimah buta kedua-dua matanya akibat sering menangis apabila teringatkan arwah ibunya yang meninggal dunia 18 tahun lalu," kata Asmah Salleh, 59, menceritakan kisah hidup sepupunya, Fatimah Sulaiman, 71, yang buta kedua-dua belah mata sejak 10 tahun lalu.

Menurutnya, Fatimah sering termenung dan kemurungan sehingga jatuh sakit akibat teringatkan arwah ibunya dan kesannya 10 tahun lalu, matanya tidak mampu lagi melihat.

"Akibatnya keseluruhan kehidupannya berubah selepas tidak lagi mampu melihat seperti sebelumnya dan hanya bergantung hidup kepada keluarga saya," katanya ketika ditemui di rumahnya, di Ladang Sahat, di sini, semalam.

Menurutnya, walaupun buta, namun sepupunya itu mampu menguruskan diri sendiri dan dia hanya membantu menyediakan makanan harian sahaja kepada warga emas berkenaan.

Foto

Fatimah hilang penglihatan selepas kematian ibu tersayang.


"Fatimah tinggal bersendirian bersebelahan rumah saya, namun bagi menjamin keselamatannya, saya terpaksa mengunci rumah berkenaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/08

Idam lawan Nicol

Posted: 07 Sep 2014 11:19 AM PDT

Kuala Lumpur: Kejuaraan Terbuka China 2014 dilihat mampu meningkatkan semangat pemain skuasy negara, Low Wee Wern untuk beraksi cemerlang pada Sukan Asia 2014 Incheon.

Semalam, Wee Wern menceriakan peminat skuasy negara selepas menumpaskan pemain pilihan utama dari Perancis, Camille Serme 11-8, 11-6, 8-11, 8-11, 12-10 pada perlawanan di Shanghai.


Wee Wern akan beraksi di Incheon bersama ratu skuasy negara, Datuk Nicol David, Delia Arnold dan Vanessa Raj dalam usaha untuk mempertahankan pingat emas individu dan berpasukan wanita yang dimenangi di Guangzhou empat tahun lalu.

"Memang sasaran saya untuk bertemu Nicol pada perlawanan akhir acara individu wanita di Incheon nanti," katanya selepas perlawanan semalam.


Jelasnya, kemenangan ke atas Camille semalam setidak-tidaknya meningkatkan lagi semangatnya untuk beraksi cemerlang di Sukan Asia walaupun sedar akan berdepan tentangan pemain Hong Kong dan India.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Foto

Low Wee Wern

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/08

Chacha nak jadi usahawan

Posted: 07 Sep 2014 08:31 AM PDT

Dilahirkan dalam keluarga seni, ia membuatkan segala tindak-tanduknya sering menjadi tarikan ramai. Malah, paling tak diinginkannya apabila diri dikaitkan dengan gosip dan kisah sensasi.

Namun, itulah yang dihadapi pelakon meningkat naik, Chacha Maembong, 18, baru-baru ini. Pada awal Ogos lalu, Chacha dikaitkan dengan insiden bersikap kurang ajar kepada se�orang pelakon.

Dalam insiden itu, Chacha dikatakan bertindak kasar apabila secara tiba-tiba dia menghayunkan beg tangannya hingga terkena kepala seorang pelakon hanya gara-gara kurang berpuas hati soal pakaian. Kisah itu nyata cukup mengejutkan.

Chacha yang tegas mempertahankan dirinya tidak bersalah apatah lagi pernah terbabit dalam insiden memalukan seperti itu me�ngakui ia gosip yang tidak berasas. Ujarnya, dia masih waras dan tidak pernah bertindak kejam kepada orang lain.


"Saya masih tetap de�ngan pendirian gosip yang pernah tersebar dan hebat diperkatakan itu sama sekali tidak benar. Ia adalah cerita rekaan dan tidak berasas semata-mata untuk merosakkan reputasi saya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/08