'Tawaran mengarut' |
Posted: 06 Jul 2014 11:59 AM PDT Kuala Lumpur: "Bukan saja gadis Syria, malah nak berkahwin dengan gadis Mesir sekalipun bukan mudah kerana kosnya tinggi. Jadi, ini semua bohong dan mengarut." Itu kata Duta Besar Malaysia ke Mesir Datuk Ku Jaafar Ku Shaari mengenai iklan tawaran harga murah untuk lelaki Malaysia berkahwin dengan gadis Syria yang melarikan diri ke Mesir akibat pergolakan di negara mereka. Iklan itu tersebar luas dalam kalangan pengguna telefon pintar menggunakan aplikasi WhatsApp di negara ini yang memaparkan wajah empat gadis jelita didakwa dari Syria, kononnya sedia untuk dikahwini dengan bayaran cuma RM4,420. Antara maklumat yang tertera di iklan berkenaan, semua gadis itu kini berada di beberapa masjid sekitar Kaherah, Mesir dan mana-mana lelaki Malaysia yang berminat mengahwini mereka boleh menghubungi Ustaz Azizul dengan nombor telefon disediakan. IKLAN tersebar dalam kalangan pemilik telefon bimbit kononnya gadis Syria yang ingin dikahwini.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/07 |
Posted: 06 Jul 2014 11:36 AM PDT Sandakan: Hajat seorang pemandu teksi pulang ke rumah untuk berbuka puasa bersama keluarga musnah apabila kenderaannya bertembung pacuan empat roda menyebabkan dia bersama tiga penumpang maut di Batu 21 Jalan Labuk Batu dekat sini, kelmarin. Dalam insiden membabitkan tiga kenderaan pada jam 5 petang itu, pemandu teksi Salah Ibno, 64, bersama dua penumpang Kee Kwok Edein, 63, dan Jaafar Kasim, 40, mati di tempat kejadian selepas tersepit di tempat duduk masing-masing. Seorang lagi penumpang, Pedro Pajimola, 36, yang parah berjaya dikeluarkan dan dikejarkan ke hospital, namun meninggal dunia pada jam 8.30 malam hari sama, selepas empat jam mendapat rawatan di Hospital Duchess of Kent (HDK) Sandakan. Tiga mangsa yang cedera ialah pemandu pacuan empat roda, Vijal Jusmun, 24, dan dua penumpang wanita Grace Zito, 32, dan Maryana Mansul, 25, yang menerima rawatan pesakit luar di hospital sama. PEMANDU teksi tersepit di dalam kenderaannya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/07 |
Posted: 06 Jul 2014 11:13 AM PDT Gua Musang: "Saya terkejut apabila anak angkatnya yang berbangsa Cina menjerit meminta tolong sebelum mengucap panjang melihat jiran terlentang dalam keadaan berlumuran darah," kata Rosnah Harun, 52, selepas jirannya Isa Hamat, 65, ditemui mati dipercayai ditikam dan ditetak di kepala dalam kejadian di rumahnya di Kampung Jerek, Bertam, di sini, pagi kelmarin. Dalam kejadian 8 pagi itu, mangsa yang juga seorang penoreh getah dikejarkan ke Hospital Gua Musang (HGM) selepas cedera parah, namun meninggal dunia di hospital terbabit pada jam 7.15 malam. Kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa bersama anak angkatnya itu berada di rumah, manakala isterinya Che Eshah Hamid, 58, keluar ke rumah anak mereka tidak jauh dari situ sejak jam 7.30 pagi. Menurut Rosnah, ketika kejadian dia berada di rumah sebelum dikejutkan dengan suara lelaki menjerit di seberang jalan menyebabkan dia bergegas melihat tempat kejadian. JENAZAH mangsa dituntut di Hospital Gua Musang.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/07 |
Posted: 06 Jul 2014 10:26 AM PDT Sao Paulo: Penyerang Brazil Neymar berterima kasih kepada semua yang menyokongnya dan berkata, rakan sepasukannya pasti menunaikan janji untuk menjulang Piala Dunia kali ini. "Impian saya belum berakhir. Ia hanya terganggu, tetapi tetap berterusan," kata Neymar yang tidak boleh beraksi pada baki saingan kejohanan akibat retak tulang belakang. "Saya yakin rakan sepasukan akan melakukan apa saja untuk merealisasikan impian saya bergelar juara dunia. "Untuk beraksi di final Piala Dunia juga impian saya, tetapi kali ini ia tidak berlaku," kata pemain berusia 22 tahu itu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/07 |
Posted: 06 Jul 2014 06:57 AM PDT Dalam radar peminat tempatan mungkin sudah jarang namanya disebut-sebut, maklumlah lambakan artis baru antarabangsa muncul kala ini. Bukan tenggelam sebaliknya sudah pudar sedikit ingatan terhadap penyanyi lelaki bersuara emas ini. Sekitar April 2004 lalu, bertandangnya dia ke sini ibarat sirih pulang ke gagang kerana pasti masih tersisa sedikit kenangan penyanyi kelahiran Klang, Selangor itu mengenai negara ini. Memang seluruh hidupnya dihabiskan di Australia, namun hakikatnya Malaysia adalah bumi pertama tempat dia membuka mata. Lagu Angels Brought Me Here dendangan Guy Theodore Sebastian atau Guy Sebastian, 32, tentunya masih segar di mana kerana lagu berhantu itulah juga namanya mula dijulang di dunia. Kemerduan vokalnya yang satu dalam sejuta ditambah nyanyiannya menerusi lagu itu, hasilnya magis. Sehingga kini jika mendengar lagu itu, sekali gus mengimbas semula kegemilangan juara sulung program realiti nyanyian Australian Idol pada 2003 itu. Rambut ala afro miliknya memang menyerlahkan lagi pesona serta keunikan Guy pada ketika itu. GUY Sebastian mahu takluk semula peminat Asia.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/07 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |