Luiz buka jalan |
Posted: 04 Jul 2014 04:19 PM PDT Fortaleza (Brazil): Brazil lolos ke separuh akhir untuk bertemu Jerman selepas menang 2-1, ke atas Colombia, pada saingan di Estadio Castelao, awal pagi ini. David Luiz menutup ruang buat Colombia untuk bangkit apabila menjaringkan dol kedua yang menakjubkan menerusi sepakan percuma dari kedudukan 50 meter yang menumpaskan dinding lawan pada minit ke-69. Gol itu hadir dua minit selepas jaringan Yepas dibatalkan oleh pengadil perlawanan berikutan pemain Colombia berada di kedudukan off-side. Tuan rumah memperoleh gol pembukaan menerusi Thiago Silva yang menjaringkan gol pada minit ketujuh dan sekali gus memberikan Brazil kelebihan satu gol sehingga babak tama separuh masa pertama. FOTO Agensi
Silva yang tidak dikawal meluru ke kawasan penalti Colombia dan menjaringkan gol menggunakan lutut selepas menerima hantaran sepakan sudut oleh Neymar. Colombia turut memperoleh beberapa peluang untuk menyamakan kedudukan, termasuk percubaan pemain tengahnya, Juan Cuadrado tetapi rembatan kaki kirinya tersasar sedikit daripada tiang gawang Brazil. Pada perlawanan kalah mati ini, Maicon disenaraikan dalam kesebelasan utama menggantikan Dani Alves selain Paulinho mengambil tempat pemain tengah, Luiz Gustavo - terima kad kuning pada pertemuan pusingan kedua menentang Chile. Jurulatih Colombia, Jose Pekerman pula melakukan dua pertukaran dengan menyenaraikan Victor Ibarbo dan Fredy Guarin. Ayam tambatan, James Rodriguez, yang menyumbang dua gol pada pertemuan dengan Uruguay, di Stadium Maracana, turut disenaraikan. BRASIL: Julio Cesar, Maicon, Thiago Silva, David Luiz, Marcelo; Paulinho, Fernandinho, Oscar; Neymar (Henrique), Hulk (Ramires), Fred COLOMBIA: David Ospina; Cristian Zapata, Mario Yepes, Pablo Armero, Juan Camilo Zuniga; Carlos Sanchez, Fredy Guarin, Juan Guillermo Cuadrado, Victor Ibarbo; James Rodriguez, Teofilo Gutierrez (Becca). PENGADIL: Carlos Velasco Carballo (ESP) Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/05 |
Posted: 04 Jul 2014 12:05 PM PDT Petaling Jaya: Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar, 61, menghembuskan nafas terakhirnya di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Damansara di sini, pada 1.26 pagi ini. Beliau yang lebih mesra dipanggil Kak Pah, meninggal dunia selepas enam hari dirawat akibat komplikasi paru-paru kronik atau fibrosis. "Turut berada di sisi Allahyarham ketika beliau menghembuskan nafas terakhir adalah anak lelakinya Alif Omar serta ibunya Sharifah Noor Syed Ahmad Al-Attas selain ditemani beberapa rakan karib," kata rakan baiknya Aishah Ali ketika dihubungi di hospital berkenaan, awal pagi ini. Sharifah Aini yang dianugerahkan gelaran Biduanita Negara pada 2006 dilahirkan di Nee Soon, Singapura pada 2 Julai 1953 hasil perkongsian hidup Syed Jaafar Syed Sahil dan Sharifah Noor. Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar lebih mesra dipanggil Kak Pah.
Beliau menjadi artis rakaman EMI selama 38 tahun hingga dicatatkan Buku Rekod Malaysia (MBR) sebagai penyanyi paling lama dengan sesebuah syarikat rakaman dengan pencapaian 135 album. Biduanita negara ini popular dengan lagu Dekatlah Padaku, Bunga Tanjung dan Mak Inang Melayu dan pernah berduet dengan ramai penyanyi popular tanah air termasuk Sudirman Haji Arshad. Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/05 |
Posted: 04 Jul 2014 06:35 AM PDT "Biar kami selesaikan masalah ini bersama. Tak perlulah orang luar masuk campur urusan kami anak beranak." Ini kata pelakon, Nabila Huda Suhaimi, 30, berhubung tindakan bapanya yang juga penyanyi rock terkenal, Amy Search memberi komen dengan kata-kata kesat pada laman Instagram pelakon itu, baru-baru ini hingga menimbulkan tanda tanya ramai pihak. Nabila ketika dihubungi memohon supaya peminat tidak mencampuri urusan dia dengan keluarganya dan dia sendiri mahu menyelesaikan permasalahan itu secara baik dengan bapanya. Kontroversi membabitkan dua beranak ini tercetus apabila Nabila memuat naik gambar seakan-akan mempamerkan kemesraan pelakon itu dengan teman lelakinya di laman Instagram ketika bercuti di luar negara, baru-baru ini. GAMBAR di Instagram Nabila yang menjadi punca hubungannya dengan Amy Search renggang.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/05 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |